Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 27, 2009

Fakta Sejarah Adalah Benar

Saya pastekan n3 ini dari Tranungkite.net. Inilah fakta yang saya tulis dalam n3 saya yang lepas bertajuk "Melayu Bergantung Di dahan Rapuh?" .

Saya tahu orang-orang kuat UMNO akan marah sepertimana yang diluahkan oleh
Taiko di ruang komen pada n3 "Melayu Bergantung Di dahan Rapuh?". Tapi sekuat mana pun kita menyokong, fakta adalah fakta dan sejarah adalah perkara benar yang telah berlaku. Jangan pula manusia yang memaparkan fakta sejarah dilebelkan pula sebagai penghasut dan pembuat fitnah. Saya sayangkan bangsa saya, saya sayangkan tanah air saya dan saya terlalu sayangkan Islam agama saya.

Semua organisasi politik boleh dilahirkan dan boleh juga berkubur. Tetapi saya tidak rela agama, tanah air dan bangsa saya berkubur.

Fikir-fikirkanlah dengan hati nurani kata Dr. Mahathir!. Walau pun penulis article ini menamakan manusia yang bertanggung jawab di dalam onar di bawah sebagai Petualang, namun saya masih tidak mahu melebelkannya sebegitu hina.

Walau pun di dalam article ini DSAI dilambung sehingga ke langit namun bagi saya beliau hanyalah seorang insan biasa, seorang pemimpin yang disegani oleh lawan dan tetap melakukan kesilapan sebagai manusia, makhluk yang jauh dari sempurna.

Siapa Petualang Bangsa

Dilulus terbit pada Thursday, March 26 @ 15:34:54 MYT oleh TokPenghulu
Oleh awwal

"Ketua Pondan Umno dalam ucapannya menyatakan ada petualang bangsa di luar sana yang sangat pendendam dan sanggup menjualkan bangsanya kerananya.Sepintas kilat saya tahu yang dirujukkan itu adalah DSAI.

Kerana UMNO sekarang ni sangat takut dengan DSAI. DSAI merupakan tokoh yang begitu berpengaruh sekarang ini,baik dalam maupun luar negera,walaupun berbagai fitnah mihnah dilakukan bagi membunuh ketokohannya.Tokoh yang tidak terdapat dalam UMNO sekarang ini.Mana ada tokoh yang boleh di tandingkan dengan DSAI.Semuanya sama ada budak2 hingusan,bila berucap berbuih2 mulut,atau tua sasau yang bercakap tidak serupa bikin.

Siapa sebenarnya petualang bangsa?

Seawal pemerintahan UMNO,masa itu Perikatan,Menteri Pelajarannya Khir Johari telah menghapuskan tulisan Jawi dan menggalakan Perancangan Keluarga.

Kemudian Tungku Abd Rahman,PM pertama telah dengan percuma menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Siapakah sebenarnya petualang bangsa??

DSAI semasa menjadi mahasiswa Universiti Malaya telah berjuang untuk memertabatkan bahasa Melayu.

Kemudian DSAI menjadi penggerak kepada masyarakat mahasiswa mahasiswi dan siswa siswi ketika itu untuk menjadikan Islam sebagai alternatif kepada ideologi kapitalis dan sosialis dalam penyelesaian permasaalahan masyarakat.Pada ketika itu di kampus2 universiti fahaman sosialis begitu meluas dikalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Kalau tidak kerana usaha DSAI untuk itu,hari ini Malaysia akan dipenuhi oleh pemimpin2 yang kuat pegangan terhadap sosialis.Malah Tun Dr Mahathir sendiri dalam tahun2 enam puluhan begitu terpengaruh dengan ideologi sosialis ini.Cuba rujuk tulisan2nya dalam Utusan Melayu ketika itu.

Jadi siapakah sebenarnya petualang bangsa dan agama??

Hari ini setelah lebih lima dekad memerintah,apa jadi dengan bangsa Melayu!!!

Pengajaran Matematik dan Sains didalam bahasa Inggeris.Siapakah yang melakukan itu?

Ekonomi orang Melayu sejauh mana pencapaiannya sekarang?? Siapa yang bertanggung jawab??

Kemana hilangnya lebih separuh tanah reserve melayu dari yang asalnya di wartakan semasa kemerdekaan.Siapakah yang melahapnya???

Siapakah yang mula2 mencadangkan penghapusan hak istimewa orang Melayu dalam parlimen?? Kalau bukan tokoh UMNO yang sangat disanjungi

Jadi apakah DSAI seorang petualang!?

Siapakah yang telah menghapuskan kekebalan raja2 Melayu?? Kalau bukan UMNO

Siapakah yang ucapkan "natang" kepada Yang DiPertuan Agong?? Kalau bukan UMNO

Siapakah yang tendang pagar istana Sultan Perlis??? Kalau bukan UMNO

Jadi siapakah yang sebenarnya petualang bangsa dan agama???

Ini adalah tambahan saya. Yang terakhirnya adalah tenggelamnya Pulau Batu Puteh dari peta Malaysia. Dan ingat, Limbang juga masih di dalam kuali panas!

JAWABNYA TIDAK LAIN TIDAK BUKAN UMNO

16 comments:

  1. Mountdweller, saya tumpang lalu di sini :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    betullah bagai yang ditulis.. cuma masih ada yang belum sedar.. itulah kita.. bangsa melayu yang semakin layu...
    t dh tampalkan award uncle di blog t... terima kasih sekali lagi..
    selamat berhujung minggu uncle.. sampaikan salam buat auntie ye!!

    ReplyDelete
  3. Mak Su.

    Silakan. Mak Su dan teman-teman selalu di alu-alu di sini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam T.

    Terima kasih kerana sudi terima.

    Tujuan n3 ini adalah semata-mata untuk memberi ingatan kepada kita semua. Jangan kita berpaling dan lupakan kisah lampau. Kita harus membuat panduan dari sejarah. Sejarah jugalah yang menentukan masa depan.

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Ada kebenarannya seperti yang Tok Penghulu katakan. Petualang bangsa!!! jika diamati perkara ini telah berlalu hasil pemikiran bertaraf 1950an.

    Bagi diri saya, perkara telah berlaku, dan saya akui banyak kepincangannya dan sejarah juga diputarbelitkan mengikut selera pemerintah pada masa itu.

    Berkenaan Tun Mahathir, walaupun saya tidak suka pada beliau, tahap kebencian saya adalah dari pelbagai sudut, dan ada juga perkara atau cara beliau yang saya sanjung dan ambil sebagai pengajaran.

    Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, ada juga perkara yang saya tidak suka dengannya.

    Itulah sebabnya dalam blog, ada masanya saya hentam ada masanya saya sokong, bergantung pada situasi dan isunya.

    Berbalik pada sejarah, adalah diharapkan sangat supaya ada pakar2 sejarah yang boleh memperbetulkannya untuk tatapan generasi akan datang.

    Bukannya mengikut tafsiran orientalis seperti yang ada sekarang ini. Contoh paling mudah tolong perbetulkan siapakah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya. Dan mengapa mereka2 itu dilabelkan sebagai penganas atau penentang/pengkhianat oleh penjajah.

    Minta maaf, panjang sangat komen saya kali ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda Isa.

    Memang betul tidak ada manusia yang baik dari segenap sudut dan tidak ada juga manusia yang buruk keseluruhan yang ada padanya, pasti ada sekelumit kebaikan darinya.

    Tepat sekali. Sejarah mesti diperbetulkan. Yang bermandi darah dan keringat dihitamkan dan yang bersenang lenang dijunjung tinggi. Sejarah sebenar kita diputar belitkan demi manusia keparat dari barat dan lidah mereka disambung swehingga kini juga oleh orang-orang kita yang dipanggil Melayu.

    ReplyDelete
  7. salam Tuan:

    Hakikatnya perhimpunannya baru2 ini meraka telah mengaku akan keslipan yg telah mereka lakukan. justeru keslipan itu diharapkan bukan berpunca dari pihak lain namun hasil kesilapan tangan mereka sendiri. rakyat sedang melihat pula generasi umno yg baru merencanakan wajah melayu baru 3 tahun dari sekarang. apakah pembaharuannya..sama2lah kita saksikan lakonan mereka dari sekarang.

    ReplyDelete
  8. Salam Saudaraku Fakhruddin,

    Lantaran "mereka" yang kerakusan kuasa, saudara Anwar dikatakan rakus.

    Lantaran "mereka" tewas digelanggang bicara, saudara Anwar diporakperanda.

    Saya tidak mengatakan saudara Anwar Ibrahim benar dan betul segala, tetapi Anwar jauh lebih berjasa dan berjiwa andai kita bandingkan dengan "mereka"

    Saudaraku Fakhruddin, gelodak jiwaku meronta untuk bersua tetapi batasan masa merantai waktu untuk kita bersama. Dalam harap meredah doa, mohon saya kepada NYA suatu ketika kita akan bersua jua.

    Salam Takzim. Salam Perjuangan.
    Sofi
    Kerajaan Rakyat.com

    ReplyDelete
  9. W'salam sdr. kulatlapok.

    Ya. Itu adalah satu hasrat yang baik. Kita tunggu dan lihat nanti sepanjang mereka memegang kuasa. Tetapi dengan dipenuhi oleh pemimpin yang dipalitkan dengan tidak jujur/tidak amanah/pentingkan wang, bolehkah diharapkan kejujuran dari mereka?

    ReplyDelete
  10. W'salam sdrku. Kerajaan Rakyat (Mohd. Sofi).

    Kerana perkara-perkara yang saudara katakan di ataslah yang merusakkan/menghakiskan jiwa saya terhadap UMNO. Hakikatnya UMNO tidak bersalah tetapi pemimpinnya yang salah. Tetapi walau secanggih mana kereta kalau pemandunya tidak cekap dan lalai, ke dalam parit atau ke bawah lori juga sudahnya.

    Saya pun berperasaan seperti juga saudara. Cuma masa yang menentukan. Kalau dulu memang saya kerap ke KL tetapi sekarang sudah agak jarang. Tapi walau apa pun insya Allah kita akan diketemukan juga.

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Apabila kita berhujah melalui persepsi, akan semakin jauhlah kita dari kebenaran. Malah fakta-fakta yang dikemukakan juga sekadar penguat pada pendapat awal kita sahaja. Secara jujurnya kita hanyalah pengisi petak-petak kosong yang telah diprogramkan. Apa gunanya hujah jika keputusan sudah dibuat sejak awal?

    (saya sekadar meluahkan perasaan setelah membaca komen-komen di atas dan tidak terlalu merujuk rencana utama)

    ReplyDelete
  12. W'salam Demang.

    Terima kasih, dah lama juga demang tidak ke sini dan saya memang ada ke sana cuma tidak tinggalkan jejak.

    Setiap kita ada hak dan bebas untuk berhujah dan berpersepsi. Hujah memang untuk memperkuatkan persepsi. Persepsi adalah adalah hak individu dan betul bagi individu itu. Saya hormatinya.

    Penilaian adalah hak kita. Kita yang menilai sama ada boleh percaya atau pun tidak, boleh terima atau pun tidak.

    Dan kita juga ada persepsi sendiri berdasarkan fakta dan lojik.

    ReplyDelete
  13. Sanusi Junid cakap lee kuan yew nangis bila terlepas kuasai Malaysia saat mereka sama kuat dgn UMNO aka Melayu.

    tp bila pikir balik kita lum merdeka sepenuhnya lagi cuma peralihan dari british ke golongan feudal jer.

    ReplyDelete
  14. Shitsurei shimashita.

    Apakah maksud Sanusi sekarang Melayu/Malaysia lebih kuat dari Singapore. Pada saya dari segi politik dan kekuatan baik ekonomi atau ketenteraan belum tahu lagi kerana belum teruji. Yang jelasnya dari segi ekonomi Singapore lehih terkehadapan begitu juga ketenteraan.

    Dari segi ketenteraan sudah banyak kali kita disergah/provoke baik di udara atau laut. Kita selalu mengalah. Saya ragu kita mengalah kerana kita kurang kekuatan atau tidak mahu cari masalah. Tapi itu adalah ruang udara kita dan laut di perairan kita yang berdaulat. Apakah kita rela kedaulatan kita dipermainkan hanya semata-mata tidak mahu cari masaalah. Lagikkah?

    Pada saya dari segi fizikal kita sudah merdeka walau pun bukan sepenuhnya tetapi dari segi mental belum!

    ReplyDelete
  15. Petualang bangsa adalah orang yang takut untuk mendaulatkan bahasa sendiri dan sanggup menyarung kembali keris yang telah dihunus lantas meminta maaf tanpa terus ketengah gelanggang menewaskan musuh.Itukah pahlawan Melayu?

    ''lu pikirlah sendiri'', meminjam kata Nabil

    ReplyDelete
  16. Saudara fital.

    Betul kata saudara, kenapa Melayu bersikap begitu? Saya pun dari dulu sehingga sekarang masih belum bertemu jawapan. Cuma di zaman intelek ini kita bertarung-menggunakan akal dan kebijaksanaan, kekerasan bukan perkara yang utama lagi.

    Sampai bilakah melayu akan sedar dan berfikiran lebih terbuka dengan persepsi yang logik dan tindakan yang bijak?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa