Pagi semalam seorang saudara telah memasang jerat Kijang dan Pelanduk di kaki bukit yang letaknya berselang sebuah bukit dengan jalan raya yang menghubungkan Bandar Jerteh dengan Kuala Terengganu. Lebih tepatnya batu 12 Kuala Terengganu-Kota Bharu. Pada waktu itu saya baru berusia 8 tahun dan Kg. Gemuruh adalah sebuah kampung yang dikira pendalaman, belum lagi disentuh pembangunan semasa pemerintahan Allahyarham Tan Seri Ibrahim Fikri.
Saya berkunjung ke sini semasa cuti penggal persekolahan untuk merasai kehidupan di pendalaman di rumah bapa saudara sebelah ayah yang banyak membeli dan mengambil tanah terokaan yang kebetulan pada masa itu tidak berapa dihajati oleh Anak Terengganu sendiri. Jadi peluang ini diambil oleh Anak-Anak Kelantan yang sememangnya gigih.
Petang ini saya berhajat menjenguk jerat yang dipasang kalau-kalau ada mangsa yang terjerat. Saya masuk ke hutan itu pada jam 5 petang bersendirian meredah denai dan hutan yang masih belum terusik. Saya merasa cukup damai dengan suara burung dan riang-riang yang bersahut sahutan. Setelah melepasi bukit pertama dan menuruni lurahnya, saya dikejutkan dari lamunan oleh sekawan burung yang ramai tetapi saya tidak tahu jenisnya. Cukup bising di atas kepala saya.
Burung-burung itu mengikuti saya ke mana saja saya bergerak. Bila saya berhenti burung-burung itu berhenti. Bila saya bergerak, burung-burung itu juga ikut bergerak dengan suara yang bising semacam. Dalam keadaan itu saya terfikir, mungkin burung-burung ini cuba memberitahu sesuatu. Mungkin juga amaran, sebab burung-burung ini selalu membuat kecuh dan mendahului saya seolah-olah memintas saya. Saya dongak dan saya dapati burung-burung itu terlalu rendah dan dekat dengan kepala saya.
Saya terfikir kemungkinan ada bahaya menunggu saya di hadapan dan burung-burung ini sedang memberi amaran. Saya berhenti dan berfikir cuba memahami apa yang menyebabkan burung-burung ini mengikuti saya. Saya membuat keputusan membatalkan hasrat saya untuk menjenguk jerat dan terus berpatah balik.
Bila saya berpatah balik, burung-burung tadi sudah tidak mengikuti saya lagi. Hilang entah ke mana. Saya terus berjalan pulang dan tiba di jalan besar jam sudah melewati 6.30 petang.
Pagi esoknya sudah riuh di dalam kampung berita mangsa jerat kijang dan napuh yang saya berhasrat nak tengok semalam di baham harimau. Bukan seekor harimau tetapi ada 3 ekor. Mungkin sekelamin dan anak. Kejadian itu diketahui setelah orang yang memasang jerat pergi jenguk jeratnya pada pagi esoknya.
Alhamdulillah rupanya telahan saya betul yang burung-burung itu memang memberikan saya amaran supaya jangan pergi ke tempat jerat yang terpasang itu. Dan memang sang harimau berada di lokasi itu. Pemergian saya ke tempat jerat itu saya rahsiakan. Inilah kali pertama saya dedahkan!
32 comments:
ya Rahman ya Rahim
Salam Wak,
Selamat dengan Rahimnya. Alhamdulillah.
salam Pakcik,
syukur ke hadrat Allah Subhanawataala dengan pertolonganNya itu..banyak petunjuk2 dari haiwan2 ni yang boleh kita perhatikan disekeliling kita..samada kita sedar atau tidak,kerana mereka amat memahami alam sesama mereka..
W'salam UXOP.
Walau pun pada masa itu pak cik masih kecil tidak tahu perasaan takut dan memahami sesuatu namun naluri pak cik menghalang dari teruskan hajat.
Segi lahiriahnya pak cik diselamatkan oleh sekumpulan jenis haiwan yang nampak lemah.
salam bang.....
lama x ganggu kat sini.
x leh tido.terlebih minum kopi.
adusssssssss
salam ayahanda, mujurlah ayahanda mengikut kata hati.. dan mujur juga ayahanda dapat memahami petunjuk dari burung2 tu.. syukur pada Allah..
W'salam matcomot.
Apa khabor? Jam 3 malam tadi saya pun belum tidur lagi. Ada gsk saya pi rentap, baca saja dan jarang tinggalkan komen.
W'salam nurdaniella.
Itulah kebesaran Tuhan. Burung pun tahu memberikan petunjuk. Tapi sebenarnya itu adalah perintah dari Allah. Gerak hati ayahanda juga adalah gerak dari Allah.
alhamdulillah, mountdweller diselamatkan oleh Allah Taala dan boleh ceritakan pula pengalaman tersebut kat kita di blog ini :)
Betul Mak Su. Kalau tidak sedaplah sibelang dengan daging fresh manusia berumur 8 tahun!
salam ayahanda...
wah...pengalaman yg cukup berharga. baru saya paham kini. mak pun pernah bercerita perihal burung ni. tapi masa tu tak paham sgt. mak pun cerita secara general...menyampaikan dari mulut nenek moyang dulu2. tak pula disertakan contoh cerita.
tapi sekarang dah paham. terima kasih krn berkongsi pengalaman. bagi mereka yg gemar ke hutan, cerita ni boleh dijadikan iktibar supaya lebih berhati-hati....
Assalamualaikum Saudara,
Kebetulan saya baru habis membaca sebahagian dari Sirah Rasulullah saw yang ditulis oleh Martin Ling.
Sebak saya, dalam membayangkan gara dan cara hidup insan insan beribu tahun dahulu dan bab yang saya baca adalah Pada tahun gajah itu sendiri, tahun lahirnya Rasulullah s.a.w.
Abrahah yang mahu menyerang Makkah untuk menjahanamkan Kaabah telah bertemu Abd Muttalib, Datuk kepada Rasulullah saw. Abrahah kagum dengan Personaliti hebat Abd Muttalib yang mahukan semula 200 ekor unta miliknya yang diambil tentera Abrahah, baginya Kaabah adalah HAK Allah swt dan dia juga yang akan melinduinginya.
Saya pasti saudara pun tahu kisah ini. Saya baca bab bagaimana burung-burung yang mengelappkan seketika awan di situ dan kemudiannya batu batu kecil yang dibawa Ababbil itu menimpa Abrahah dan tentera-tenteranya yang gagah berani itu. Ada yang mati reput serta merta atau perlahan-lahan. Gajah Abrahah yang tidak mahu mara ke Makkah tidak terkena batu-batu itu.
Kemungkinan burung-burung memang ada kaitan dengan kita sejak dulu lagi. Mereka menurut Perintah Illahi dalam kes Tentera Abrahah itu dan dalam kes Saudara semasa berusia 8 tahun juga mungkin diIlhamkan untuk memberi isyarat supaya berhati-hati.
Hakikatnya burung-burung ini macam ada 'spiritual link' dengan insan. Banyak lagi cerita cerita kita dengar tentang burung dan manusia ini. Inilah kebesaran Illahi. TAPI tak semua pula yang ada keistimewaan ini.
Jadi kita mesti hormati dan menilai semua ciptaan Illahi selain dari manusia itu sendiri.
Ya, saya berada di KB semalam. Saya memang suka KB sebab makanan etnik Kelantan sedap-sedap, barang barang banyak berjenis yang rata rata dijual oleh orang Melayu. Harga pun berpatutan. Saya kagum dengan kaum Ibu di Kelantan. Mereka pandai berniaga dan mengaji.
Tahap mereka macam Qariah di Tilawah kita setiap tahun.
W'salam anakanda rose
Sebenar ayahanda pun tidak tahu apa-apa pada waktu itu, maklumlah budak 8 tahun. Tetapi naluri meneka sesuatu dan berpatah balik.
Sekarang ni tahulah sikit-sikit tabiat burung/unggas dan serangga serta petuanya.
Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.
Tidak terfikir pula saya tentang surah Al Fil tu. Memang burung membawa perintah Allah menyelamatkan Kaabah. Maha Sucu dan Maha Kuasa Allah seru sekilian alam.
Memang puan. Perangai,tingkah laku dan tutur kata kita adalah dakwah yang paling berkesan. Perkara-perkara ini akan membawa manusia lain terpaut pada kita.
Tentang mengaji itu di sini tidaklah susah untuk berguru. masih ada yang mahir untuk belajar. Tapi anak-anak saya, saya sendiri yang menjadi guru mereka sejak dari kanak-kanak sehingga sekarang boleh mengaji dengan baik dan juga boleh membaca jawi.
eh, lupa nak kongsi gaks, saya mmg amalkan syifa setiap hari, tapi tak tahu pula ada effect sebegitu :)
saya amalkan utk penyucian. walaupun katanya elok utk penyembuhan. lebihkurang gaks kan :)
Mak Su.
Betul Mak Su. Untuk penyembuhan dan apa yang saya katakan itu salah satu daripada banyak kegunaannya.
salam uncle
bbrp hari kakyong tak jenguk ke sini.. Alhamdulillah, terima kasih berkongsi kisah ini. nampaknya uncle memang punya firasat yg kuat sejak zaman kanak2 lagi.
kakyong teringat kan seorang cikgu ni, cikgu joe nama nyer, semasa bljr dulu, students gelar cikgu ni 'cikgu bercakap dgn pokok', sbb dia selalu merenung pokok2 di sekitar maktab & bertanya kan pada kami, adakah kani tahu maksud gerak-geri pokok... cikgu joe pernah beritahu yg saya ni ade 'firasat' & gerakhati yg kuat.. tetapi saya kena berguru. tapi saya selalu anggap kata2 beliau tu mcm tak masuk akal.. tp seiring dgn masa & saya rasa byk gerakhati yg saya tidak ikut, sbb saya ni mcm was-was.. & byk juga perkara yg saya jd terkilan kerana tdk ikut gerakhati.. Agaknya betul kata cikgu joe, kena berguru baru tahu nak gunakan gerakhati dgn betul.
Burung yang terbang bebas di angkasa, sekali sekala membawa utusan daripada Tuhan untuk kita.
Bila bercakap tentang hutan, kadangkala teringin juga saya untuk menyertai mana-mana kelab pendaki.
Home Tutor.
Sekarang, bila sudah dewasa barulah sebenarnya saya tahu sikit-sikit tentang haiwan liar. Pada masa itu memang saya tidak tahu langsung.
Kalau saudara nak menyertai aktiviti, insya Allah selepas ini saya akan buatkan n3 di sini untuk makluman.
W'salam kakyong.
Gerak hati sebenarnya boleh juga kita belajar melalui pemerhatian. Kita kena tahu 2 perkara. Pertama gerak hati kerana nafsu dan gerak hati sebenarnya. Ini dinamakan ilham.
Ilham di campakkan oleh Allah dan nafsu sudah tentu bercampur perasaan dan bisikan syaitan.
Apa yang Cikgu Joe katakan itu betul. Pengalam uncle bila trekking dan sentiasa memberi salam pada pokok, perjalanan akan lebih mudah dan masa kita balik akan terasa sangan pendek.
tak dapat bayangkan macamne nak berhadapan dengan harimau. bukan sekor tapi tiga ekor... confirm pensan sblom dapat buat apa2... bunyi rimau dalam kandang pun dah cukup menakotkan. apatah lagi berhadapan dalam keadaan tak berkandang. ngeri
Hanis.
Tentulah habuan mereka sedap pada hari tu kalaulah ditakdirkan begitu. Sebenarnya segala yang berlaku memang di dalam limgkaran takdirnya.
Tuhan menentukan segala2nya ..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salam Faizal Zakaria.
Ya begitulah hakikatnya. Terima kasih di atas kunjungan saudara.
Salam Ayahanda,
Itulah jaminan perlindungan ALLAH kepada hambanya, dalam pelbagai cara.
Semua ciptaan ALLAH dalam dunia ini ada tujuannya dan kaitan dengan insan. Cuma kita tahu atau tidak untuk memanfaatkannya.
Semua binatang adalah tentera ALLAH, dan diatas kehendaknya juga pelbagai yang pelik yang tidak terduga oleh akal manusia berlaku.
KunfayaKun.
Saya sendiri gagal dan masih lemah dalam soal gerak hati ini. Mungkin ilmu YAKIN masih belum mantap.
Ada apa2 tips ke? bagi memantapkannya. ha..ha..ha.. sempat juga nak mencungkil ilmu dari ayahanda.
W'salam anakanda Isa.
Ayahanda sarankan anakanda amalkan Laqadja akum rasulommin amfusikum...... setiap lepas solat subuh dan maghrib.
Terima kasih ayahanda,
Insyallah, akan saya amalkan.
Semuga Isa mendapat manafaat dan keberkatan dariNya. Tapi anakanda kenalah istiqamah.
Syukur padaNya uncle..
Orang yang baik akan baik-baik jua..
Nampaknya uncle ni penuh ngan pengalaman yang mendebarkan. Sejak dari kecik lagi rupanya..
Salam Rashid.
Sebenarnya uncle ada lagi 1 atau 2 cerita lucu tetapi mendebarkan sekiranya dikenang. Semuanya terjadi ketika uncle berumur 6 hingga 8 tahun. mungkin uncle akan ceritakan kemudian.
salaams uncle,
seronok baca pengalaman uncle...sememangnya haiwan banyak memberi tanda pada kita...manusia jer yang tak perasan...misalnya sebelum kes tsunami,tanah runtuh, gempa bumi dsbnya
W'salam erisya.
Uncle perasan dan terfikir sebab burung tu selalu mendahului seolah-olah memintas pergerakan uncle dan berbunyi bising yang agak luar biasa.
Alhamdulillah, uncle selamat.
Post a Comment