Friday, March 6, 2009

Doa Pelembut Hati

N3 ini adalah untuk menunaikan permintaan anakanda Nurdaniella.



Melembutkan hati anak yang degil dan keras. Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.


Baca Surah Alfatihah 1 kali dan baca ayat dari surah Tahaa.. di bawah


Terjemahannya:

1. Thaahaa
2. Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
5. Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas 'Arsy.



Kemudian baca doa pelembut hati di bawah



اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ


"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"




21 comments:

nurdaniella said...

salam ayahanda.. terima kasih sebab sudi bantu saya.. masalahnya, adik saya tu dah 3 bulan tak balik..

mountdweller said...

W'salam nurdaniella.

Anakanda tengoklah komen ayahanda di n3 anakanda yang terbaru

Rashid said...

Satu doa yang baik. Moga kehidupan berkeluarga menjadi semakin indah..

nurdaniella said...

salam ayahanda, kat mana ayahanda komen?? puas saya cari, tapi tak jumpa pun..

mountdweller said...

Rashid.

Doa bagi digunakan kepada sesiapa yang degil dan keras hati.

mountdweller said...

W'salam nurdaniella.

Tadi memang dah tinggalkan komen tapi apa silapnya hilang pula.

Ayahanda sudah tinggalkan komen yang baru.

melayuangkat said...

Syukran. BarakaAllah fi ka.

kakyong said...

salam uncle..

gelas putih = gelas yang jernih, yer?!

terima kasih uncle.. saya juga tercari2 doa ini, yer lah anak sulong yg baru 3 tahun pun dah mula tunjuk sikap 'degil'. takut juga saya jika berlarutan.

UXOP said...

Salam Pakcik,
Bagaimana dengan hati orang yng malas sembahyang dan suka buat maksiat terutama yang dh separuh abad ni..hati sesetengah mereka dh kering & liat,bagi nasihat pun wat der saja...sedih lihat orang2 sebegitu..Moga2 Allah membuka & melembutkan mata hati mereka untuk melihat Nur Iman..

Mogen Ali Rico said...

salam uncle.
dulu ramai yang mempertikaikan ttg penggunaan air yassin & ayat al quran dalam perubatan mahupun dalam minuman harian.tapi diharap pertikaian tersebut telah dapat dirungkai dan dapat diterangkan kepada semua.

Air dan batu adalah makhluk..sifatnya akan memberi kebaikan apabila kalam Tuhan disadurkan dan akan berubah kemudaratan jika kalam syaitan didendangkan.

Maaf lari topik..lalala

mountdweller said...

melayuangkat,

Insya Allah semoga sama-sama dapat manafaat.

mountdweller said...

Wa'salam kakyong.

Insya Allah mujarab kalau betul caranya.

mountdweller said...

UXOP.

Masalah malas sembahyang ni adalah satu masalah menyeluruh. Boleh dikatakan semua manusia begitu kecuali yang kenal Tuhannya.

Untuk itu kita kena kenal Allah dengan benar-benar kenal secara rohani.

Apa pun uncle cadangkan UXOP lawat blog Pak Karamu melalui blog "umarak dagang"

mountdweller said...

Mogen Ali Rico.

Betul tu mogen sekiranya dibuat dengan melulu tanpa kenal Allah Tuhan Sekelian Alam.

Ramai orang kita yang syrik tanpa disedari tapi yang herannya tiada yang menegur.

Mak Su said...

tq ya mountdweller

malaysia baru said...

Kalau adik Fakhron Elliyana tutup aurat....lebih cantik dan Allah redha.

Jangan sampai Allah murkakan ayah.

mountdweller said...

Mak Su.

Moga sama-sama dapat manafaat.

mountdweller said...

malaysia baru.

Terima kasih di atas ingatan. Insya Allah saya akan pujuk dia. Saudara maklumlah budak sekarang ni bukan senang nak makan nasihat. Lagi pun bagi saya, saya tidak mahu hanya berlakun baik hanya ketika di hadapan ibu bapa. Di luar pandangan mak bapak sudah jadi lain macam.

ASYIQ said...

Salam tuan,

Blog yang banyak manfaat. Pertama kali singgah. Teruskan menulis...moga diberkatiNya.

mountdweller said...

W'salam ASYIQ.

Terima kasih. Saya cuma cuba hulur dan kongsikan apa yang saya tahu. Banyak lagi saya kena belajar sebenarnya.

fusionbrisbane said...

salam,

nak tanya ..bolehkah digunakan ke atas air selain air 'putih' cth. air milo, kopi atau air basuhan beras

w'salam