Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 10, 2009

Santai

Kita lari dari politik dan kacau bilau berkenaan Bahasa Inggeris di sekolah. Mari kita bersantai dengan sebuah sajak karya Zakaria Bidin di bawah:

Sajak tulisan saudara Zakaria Bidin berjudul pertemuan para roh di majlis baca puisi Prima 17 November 2007 lalu .....

DIALOG ROH ALAM BARZAH

Allahyarham P.Ramlee jumpa arwah Tun Razak.
Beliau bertanya macam mana negara kita.
Arwah Tun Razak jawab, Malaysia tengah nazak.
P.Ramlee termenung dan geleng kepala.

Arwah Tun Razak jumpa mendiang Lim Goh Tong.
Dia bertanya macam mana Genting Highland.
Lim jawab: "ada la sikit-sikit untung."
Tun Razak tersenyum dan mereka ber'shake hand-shake hand.'

Mendiang Lim kemudian jumpa Almarhum Tunku Abd Rahman.
Tunku bertanya, sapa PM Malaysia sekarang.
Lim beritahu: "itu orang ha, tak-tak siuman.
Dia kasi susah sama semua olang."

Tunku tanya lagi, sapa tu? Mahathir ka?
Lim menangis sekuat-kuat hati
Tunku kehairanan dan ulang bertanya: Mahathir ka?
Lim kata: gua tak sure, Abdullah Badawi atau menantu dia bernama Khairy.
Gua kelilu, gua malu mau kasi tau sama lu.
Sikit hali lagi ha, lu boleh tanya Lee Kuan Yew.
"Lee sudah mati ka!" kata Tunku.
Lim kata, kita tunggu, dia mesti mali ma....
Dia macam-macam tahu.

Dengar Lim menangis, P.Ramlee dan Tun Razak pun datang.
Turut sama, mendiang Altantuya Sharibu.
Tunku tanya Tun Razak, Altantuya tu anak ke menantu?
Tun Razak kata: "entah, aku pun tak tahu."
Tubuh dia meletup aje, roh dia terus terpelanting kat aku"
Tengah-tengah sembang, malaikat lalu.

Lim Goh Tong tanya: "sapa tu?"
Tun Razak jawab: "Name Tag dia tulis Jibril tu."
Tunku kata: "Tapi nama kat topi dia, Ali.
Jenama jam dia Jamaludin dan kat kepala tali pinggang tulis Abu Bakar"
P.Ramlee menyampuk: Jibril Ali Jamaluddin Abu Bakar la tu... atau ringasnya
JIBLIJAMBUKA
Mereka semua faham di alam berzah macam-macam boleh berlaku.

(HakCipta Terpelihara oleh Zakaria Bidin dan telah di deklamasikan pertama kalinya Pada 17hb November 2007 di Malam Mentera Puisi anjuran Warga Prihatin Prima di Lorong Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.)

24 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Lama menyepi, sibuk ker... betul2 santai ni.... ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  2. Ha..haa... Wak,

    Sana pun ada forum ka..

    ReplyDelete
  3. W'salam Isa.

    Maaflah, ayahanda sibuk sikit dengan urusan keluarga, tahlil dan pejabat. Jenguk juga blog tapi sepintas lalu jer. Tak sempat nak tinggalkan momen atau buat n3

    ReplyDelete
  4. salam uncle..
    lama nya aza tak jengah sini. kekangan masa n line internet buatkan malas nak ngadap laptop..


    uncle sehat ke..camna skrg..
    mg kesejahteraan dan ketenangan melingkari hidup uncle sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda azza_irah.

    Sebenarnya Uncle pun hari ini baru ada peluang jenguk dan turunkan komen. Sebelum ini uncle agak sibuk dengan masalah kematian, tahlil dan kenduri arwah. Bila tiba di rumah pula streamyx pula buat hal.

    Sempat juga jenguk sikit-sikit tetapi sekadar jenguk jerlah. Masa tidak begitu mengizinkan.

    Ya, uncle sihat, famili juga sihat kecuali sedih sikit. Harap Azza juga sihat dan hidup bahagia.

    Cuti ni tak balik ke?

    ReplyDelete
  6. Salam uncle,
    wah kreatif juga diorang ni ek. Lengkap nama dan fiil pemimpin masing-masing.

    Mula-mula bila terbaca 'diolog roh alam barzah'..rasa takut je tiba-tiba. Tapi bila baca.. tersenyum pula.

    ReplyDelete
  7. W'salam Rashid.

    Mereka orang seni. Penuh dengan idea dan imaginasi. Mereka boleh hasilkan apa yang mereka mahukan.

    ReplyDelete
  8. salam uncle,
    apa kabar kite?
    menarik betul puisi di atas namun sayang adakah ia dilihat mereka yg punya 'tangan' utk menentukan halatuju negara..

    ReplyDelete
  9. W'salam Shitsurei shimashita.

    Kite masih baik alhamdulillah, terima kasih. tetapi nampaknya oghang peghaq masih belum pulih.

    Itulah susahnya, pemimpin terbilang lagikan tidak dipandang, inikan pula penyair kerdil.

    ReplyDelete
  10. haiya! hilup susah mati pun susah

    ReplyDelete
  11. sdr. fital,

    Mati pun ada conference oooo...tapi sudah sah tak payah makan

    ReplyDelete
  12. salam...

    saya rasa tak setuju dengan puisi ini kerana mengaitkan orang yang telah meninggal..

    dan pula ia seperti mempersendakan alam barzakh.jaga aqidah...imaginasi yang melampau boleh merosakkan aqidah...

    ReplyDelete
  13. salam ayahanda, kelakar pulak baca ni.. nasib baik penyajak tu tak kena banned.. mesti arwah tun razak sedih kalau dia tau kenapa altantuya tu tercampak kat dia.. huhu..

    ReplyDelete
  14. Salam Tuan mountdweller,
    Salam ziarah
    puisi yg nenarik untuk kita bersantai bersama2.

    ReplyDelete
  15. leiah.

    Memang penuh bermakna bagi yang mahu perfikir. Tetapi siapalah orang seni yang kerdil rakyat marhaen.

    ReplyDelete
  16. W'salam sdr. T.O.S.

    Terima kasih kerana saudara berpandangan dari tatapan di sudut lain.

    Memang pada mulanya saya juga teragak-agak untuk buatkan sebagai n3 di sini. Tetapi apabila saya terfikir yang ini adalah hasil seni yang hanyalah imaginasi dan penuh fantasi dengan isi yang menggigit dari pengarangnya, saya lakukan juga sebagai satu penghargaan hasil seni. Tidak lebih dari itu.

    Dari satu sudut, saya silap dan kalau dipandang dari sudut yang lebih luas, saya ianya ok.

    ReplyDelete
  17. W'salam nurdaniella.

    Seandainya apa yang diperkatakan betul, sudah pasti arwah Tun sedih. Tapi uncle harap ianya bukan kenyataan.

    ReplyDelete
  18. Mak Su.

    Memang Mak Su, orang-orang seni ni memang berotak pelik dan penuh dengan imaginasi.

    ReplyDelete
  19. W'salam Cik sakurasa 2.

    Memang ianya santai tapi bagi yang tahu merasa, ianya agak pedas.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum ayahanda...
    mmg keadaan sekeliling kita tengah nazak sekarang ni...
    baguslah idea pencipta puisi ni.. pada yg tak reti2 bahasa tu.. susah ye... nak buat macam mana lagilah agaknya!!

    ReplyDelete
  21. Wa alaikumussalam Big Mamma Bukhari.

    Masalah besarnya jarang manusia yang terbuka hati untuk mengerti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa