Wednesday, March 4, 2009

Sekali Lagi Kehilangan


DALAM KENANGAN
Alfatihah


Yang Pergi


Yang Ditinggalkan
( Nik Mohammad Muzakkir)

Famili kami kehilangan lagi seorang ahli keluarga. Anak buah saya Nik Muhammad Musaddad Mustafa telah kembali ke pangkuan Tuhannya pada jam 4.50 petang tadi 3 Mac 2009 di Hospital Sultanah Zainab II, Kota Bharu akibat komplikasi jantung pada usia 45 tahun. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun.

Pada umur 12 tahun Allahyarham telah menjalani pembedahan jantung berlubang di Manila. Allahyarham adalah anak kedua kepada Abang Sulung saya Cikgu Mustapha dan Allahyarham telah kembali ke rahmatullah berselang 5 bulan selepas ibunya, Allahyarhamah Hajjah Nik Fatimah juga akibat penyakit jantung dan darah tinggi sebagaimana n3 saya pada bulan Oktober 2008.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilimpahi keredhoanNya. Amiin....

32 comments:

Isa said...

Salam Ayahanda,

Takziah dan Al-Fatihah buat beliau.

Galuh Cendra Kirana said...

Al Fatihah ke atas rohnya...semoga arwah ditempatkan di samping hamba2Nya yg bertaqwa.. Takziah buat uncle sekeluarga ya.

Opah said...

Salam En. Din, Alfatihah dan takziah kepada familinya Allahyarham Nik Musaddak mudah-mudahan ditempatkan bersama para solihin.

kulatlapok said...

salam Tuan:

KEHILANGAN ORANG TERSAYANG ADALAH SAAT YG PALING MEMILUKAN. NAMUN ALLAH SETIAP KEJADIAN ALLAH PASTI DATANG DAN PERGI DENGAN DITERJEMAHKAN OLEH HIDUP DAN MATI. MEREKA YG PERGI TETAP AKAN PERGI DAN YG TINGGAL HARUSLAH TANAH MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUP DI BUMI ALLAH YG FANA INI. ALLAH LEBIH MENGASIHINYA. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH ALLAHYARHAM. SEKALUNG UCAPAN TAKZZIAH KEPADA BALU, SERTA SELURUH AHLI KELUARGA TUAN. SEKALUNG AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM.

Aku oku! said...

Innalillah, takziah buat keluarga pak din. semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al- Fatihah.

mountdweller said...

W'salam Anakanda Isa.

Terima kasih di atas ucapan dan sedekah.

mountdweller said...

Anakanda Galuh.

Terima kasih di atas doa dan sedekah.

Imej baru nampak!

mountdweller said...

W'salam Opah.

Terima kasih banyak Opah. Didoakan juga agar Opah sihat dan diberkati.

mountdweller said...

W'salam sdr. kulatlapok.

Betul saudara yang pergi tetap pergi. Yang hidup harus bina diri dan iman.

Kita hanya sama-sama tunggu giliran masing-masing. Tinggal lagi siapa cepat dan siapa akan lambat saja. Bekalan adalah hanya iman dan taqwa.

Terima kasih di atas ucapan tkziah dan doa saudara buat arwah.

Mak Su said...

takziah ya Mountdweller :(

mountdweller said...

Aku oku!,

Terima kasih di atas simpati anakanda.

kakyong said...

Salam Takziah.. semoga rohnya diRahmati.. AlFatihah.

mountdweller said...

Mak Su,

Terima kasih di atas ucapan takziah

mountdweller said...

kakyong

W'salam kak yong dan terima kasih di atas doa.

~PakKaramu~ said...

Salam,

Al Fatihah !

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya, sesungguhnya tiada siapa yang dapat menghalang apabila Allah memanggilnya pulang, kepada yang masih hidup kita wajib memperbetulkan akidah kita

Amin !

mountdweller said...

W'salam Pak Karamu.

Terima kasih di atas doa Pak Karamu kepada yang telah pulang ke ramatullah dan terima kasih banyak kerana memberikan peringatan kepada yang masih hidup untuk memperbetulkan haluan diri.

Big Mamma Bukhari said...

Assalamualaikum Ayahanda..
Takziah dan Al-Fatihah.. Amin..

mountdweller said...

W'kumussalam Big Mama,

Terima di atas takziah dan doa

Rashid said...

al-fatihah untuknya..
Moga rohnya bersama di sisi orang yang beriman..

melayuangkat said...

Assalamualalikum Saudara,

Takziah dari saya buat saudara sekeluarga. Sama-samalah kita berdoa agar Ruh Allahyaram dicucuri Rahmat Allah swt.

Bersabarlah.

Azyyati said...

Innalillah...

sakurasa 2 said...

Tuan mountdweller

Salam Taziah..
semoga rohnya diRahmati Allah

Al-Fatihah

NOBISHA said...

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

mountdweller said...

Rashid,

Terima kasih di atas doa Rashid.

mountdweller said...

Wa alikumussalam Puan melayuangkat.

Terima kasih dan insya Allah doa puan untuk kami sekeluarga dimakbulkan.

mountdweller said...

Azyyati.

Terima kasih.

mountdweller said...

sakurasa 2

Terima kasih di atas ucapan dan doa sakura untuk arwah.

mountdweller said...

Salam Tuan NOBISHA.

Terima kasih di atas doa tuan. Saya pun dah agak lama tidak jenguk blog tuan. Terima kasih juga di atas kunjungan tuan.

nurdaniella said...

salam takziah untuk ayahanda sekeluarga.. semoga rohnya dirahmati Allah..
p/s: ayahanda ada tak doa supaya dilembutkan hati anak pulang pada ibunya??

mountdweller said...

W'salam nurdaniella.

Terima kasih di atas ucapan takziah dan doakan.

Ada, ayat berkenaan Nabi Daud melembutkan besi (umpamakan hati yang kreas). Nanti uncle cari dan scan doa itu untuk dibuat n3. Insaya Allah.

erisya nor said...

takziah uncle....maaf kerana terlewat mengucapkan takziah :( sedih tengok wajah cucu sedara uncle tuh?, semuda itu udah kehilangan ayah....errr...ibunya wanita berkarier ka uncle?

mountdweller said...

Erisya,

Terima kasih di atas simpati da takziah. Yang uncle risau bagaimana anak itu membesar nanti tanpa ayah. Berkenaan belanja bukanlah perkara utama sebab kami anak beranak boleh bantu.

Ibunya adalah suri rumah sepenuh masa tapi adalah berniaga kedai runcit kecil-kecilan.