Sunday, March 15, 2009

Tawakkal

Sumbangan untuk anakanda ISA
Namun sekiranya sesiapa yang berhajat, dengan besar hati dipersilakan

Amalan memperteguhkan rasa tawakkal di jiwa



"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul
dari diri-diri kamu sendiri,
berat terasa olehnya penderitaanmu,
sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,
amat belas kasihan lagi penyayang
terhadap orang-orang mukmin.


Jika mereka berpaling (dari keimanan),
maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku;
tidak ada Tuhan selain Dia.

Hanya kepada-Nya aku bertawakal

dan

Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung"




22 comments:

Big Mamma Bukhari said...

salam uncle..
DIA yang satu..

Isa said...

Salam Ayahanda,

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan diatas curahan ilmu yang dihulurkan. Saya doakan keberkatan dan rahmat ALLAH kepada Ayahanda sekeluarga.

Terima kasih

mountdweller said...

W'salam Big Mamma Bukhari.

Ya, Dia adalah satu-satunya.

mountdweller said...

W'salam salam anakanda Isa.

Anakanda cubalah memahaminya melalui hati nurani. Gunakan sepenuhnya apa yang anakanda perolehi dari UIA.

Kalau kurang faham email ayahanda melalui yahoo.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Saudaraku Fakhruddin,

Sesungguhnya jika kita benar-benar beriman dengan dan kepada NYA, maka tekanan manusia bukan halangan bagi kita.

Terima kasih saudaraku atas titipan dan peringatan yang dialirkan.

Salam persaudaraan. Salam perjuangan

mountdweller said...

W'salam Sdr.ku Mohd. Sofi.

Sesungguhnya dengan yakin dan taqwa kepadaNya kita akan berjaya dalam perjuangan ikhlas kita. Insya Allah.

Hudup dan mati kita adalah kerana Allah. Maka tekadkan jiwa raga kita, perjuangan kita juga adalah kerana Allah.

melayuangkat said...

Teringat saya pada Ustazah yang baca LaqadJaakum..masa majlis Maulidur Rasul Khamis lalu.

Bagaimana pun Terima Kasih Saudara berkongsi Ilmu dengan kami semua. Tak jemu jemu Saudara ingatkan kami.

Terharu saya, Salam.

mountdweller said...

Puan melayuangkat.

Saya hanya menunaikan tanggung jawab. "Sampaikanlah walau pun dengan sepatah ayat"

Insya Allah saya akan kungsi bersama apa yang saya ada di sungai yang cetek ini.

kakyong said...

salam uncle..

terima kasih.. kakyong harap dapat memanafaatkan perkongsian ilmu dr uncle..

mountdweller said...

W'salam kakyong.

Lakukanlah apa yang kita rasakan patut dan sesuai. Sesuai dengan jiwa dan sesuai dengan masa. Semoga mendapat berkat.

Big Mamma Bukhari said...

assalamualaikum uncle..
auntie... anak2 uncle sihat? uncle jaga diri.. jaga kesihatan ye..
terima kasih.. selalu jugak singgah di blog t tu ye!!

mountdweller said...

Waalaikumussalam T,

Uncle dan famili. Terima kasih di atas peringatan.

~PakKaramu~ said...

Salam,

Mengikut ayat ini adalah menjurus kepada kepada keperhatinan seorang Rasul kepada umatnya, namun amalan ini banyak di amalkan orang untuk keselamatan, sebagai contoh:

Ayat ini jika di baca sepatah-sepatah ketika ribut mengganas maka bacalah ayat ini sepatah-sepatah dengan perlahan-lahan dengan memandang kepada ribut itu akan menjadi perlahan mengikut bacaan kita, umpamanya: laqod ! Ja ! akum ! rosulum ! min ! anfusikum ! dan seterusnya sehingga tamat, insya Allah akan redalah ribut tersebut

mountdweller said...

W'salam wbt. Pak Karamu.

Terima kasih kerana sudi melebarkan lagi keterangan tentang kegunaan ayat ini.

Kepada sesiapa berhajat untuk beramal dengannya sila baca juga komen Pak Karamu di atas.

Mak Su said...

oops! ini pun baca hari2 :)

mountdweller said...

Mak Su.

Kalau dah jadi amalan Mak Su, alhamdulillah semoga Mak Su memperolehi keberkatannya.

Miss Jaz said...

salam uncle...sesungguhnya dalam semua perkara kita perlu tawakal kepada Allah...akan tetapi jgn hanya tawakal tanpa berusaha...semoga kita berada dibawah rahmatnya..

mountdweller said...

W'salam anakanda Jue.

Uncle berpegang pada satu nas "Tidak akan bergerak walau sebesar zarah pun tanpa izin aku"

Makna segala apa pun urusan adalah tertakluk di dalam kudrat dan iradatNya.....termasuklah istilah ikhtiar itu sendiri. Itu fahaman uncle.

Mak Su said...

mountdweller baru kena tag :)

http://ceritakosong.blogspot.com/2009/03/letak-gambar-gambar-dan-jawab-tag.html

Big Mamma Bukhari said...

Assalamualaikum uncle..
bz ye? blog tak berupdate? harap uncle sihat2 saja.. ok..

mountdweller said...

Mak Su.

Insya Allah saya akan jawab tag Mak Su.

mountdweller said...

Wa alaikumussalam T.

Memang sibuk sikit. Cuma sempat jengok jer tetapi tidak sempat nak buat n3. Alhamdulillah uncle sihat. Terima kasih.

Rasanya esok atau lusa harap akan sempat.