Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 10, 2011

Boleh Percaya Ke?

Memang kurang percaya bahkan sukar mempercayainya kerana DUIT akan berupaya merubahkan segala. Tambah-tambah lagi di Sarawak!

PANAS!! Pilihanraya DUN Sarawak: Ternyata Ramalan Barisan Najis Bakal Tumbang Benar!!
TERKINI!!


Najib yang baru berkunjung ke Kuching kelmarin dikatakan terpaksa
kembali semula malam ini kerana perisikan polis memberitahunya
BN dalam keadaan "sangat tidak selesa"!

Ternyata ramalan sesetengah pihak yang mendakwa BN sedang dalam "Bilik ICU" 100% tepat!

Malah dalam beberapa temubual bersama penduduk Sarawak sendiri oleh beberapa sumber kami yang berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sri Aman, BN semakin sukar mengekalkan kemenangan yang diraih pada 2006!

Lebih membimbangkan lagi, arus penolakan pengundi yang melanda kawasan bandar seperti Kuching, Sarikei, Miri dan Bintulu dan kawasan separa bandar seperti Pending, Kota Sentosa, Meluan dan Senadin kini turut meresap ke kawasan pedalaman seperti Engkilili, Ngemah dan Ba'kelalan!

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi malam tadi (Sabtu) menyebut bahawa Najib akan berulang-alik dari Semenanjung ke Sarawak dalam tempoh enam hari ini bermula malam ini, petanda besar bahawa BN semakin tidak selesa walaupun dia baru saja bertandang ke Kuching 7 April lalu.

Bahkan, kunjungan timbalannya, Muhyiddin Yassin ke Bintulu semalam juga tidak banyak mengubah keadaan.


Muhyiddin Yassin mencuba pemainan di Tadika Mutiara Sedidik
selepasmerasmikannya di Rumah Panjang Sait Jaya

kira-kira 22 kilometer dari bandar Bintulu semalam

Malah, Muhyiddin sendiri nampaknya semakin menjauhi Taib Mahmud, dan khabar-khabar angin mengatakan hubungan Taib-Najib semakin dingin setelah Taib mengasak Najib berhubung isu Alkitab yang diberi nombor siri juga sememangnya benar!

Dengan perkembangan terkini setelah kempen pilihanraya masuk hari keempat semalam, membuktikan bahawa BN semakin terdesak mempertahankan kemenangan 62 daripada 71 kerusi yang dicatatnya pada 2006.

Taib mengharapkan agar ketibaan Najib malam ini bakal mengubah senario yang semakin bahaya buat BN.

Dengan hari pengundian cuma lima hari lagi, sesuatu perlu dilakukan juga buat Pakatan Rakyat bagi mengekalkan momentum kemaraan pengundi yang semakin jelak dengan pentadbiran Taib Mahmud dan BN.

Anda masih kurang percaya?

Tunggu lagi perkembangannya sehari dua ini!

Seterusnya di sini

1 comment:

  1. hadir atas kapasiti PM atau Presiden Barisan Nasional? Wang perbelanjaan untuk menaiki penerbangan ke Sarawak duit siapa? ha ha ha... cerita pun x guna...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa