Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 3, 2011

Raja Negeri Ambo

Sultan rasmi kem kesihatan

KUALA KRAI - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam berkenan merasmikan Kem Kesihatan MSOHNS-Kelab Komuniti ORL USM 2011 di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang, dekat sini.

Ketibaan baginda pada jam 1.05 petang disambut Ketua Jajahan, Adnan Husin dan Presiden Kesatuan Pakar-Pakar Sakit Telinga, Hidung dan Tekak Malaysia (MSOHNS), Dr Harvinder Singh.

Sejurus merasmikan kem, baginda mencemar duli beramah mesra dengan orang ramai dan melawat gerai pameran pelbagai agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); Amanah Raya Berhad dan Pejabat Agama Jajahan (PAJ).

Turut hadir, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rahman Jaafar, Penolong Pengurus Kesedar Wilayah Kuala Krai, Wan Zaimi Wan Daud dan Pegawai Agama Jajahan, Alias Abdul Rahman.

Program berlangsung di pekarangan dan Dewan Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu menyaksikan 100 pakar dan doktor perubatan turun padang bagi memberikan kemudahan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk.

Sementara itu, Adnan pada ucapannya, menjunjung kasih merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sultan Kelantan kerana berkenan mencemar duli merasmikan kem kesihatan berkenaan.

Menurutnya, ini merupakan kunjungan kali kedua baginda ke RPT Mengkebang pada tahun ini selepas kunjungan pertama ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Mengkebang pada Februari lalu.

“Ini adalah kali pertama kemudahan pemeriksaan kesihatan melibatkan 100 doktor pakar dan doktor biasa diadakan di jajahan ini.

“Selain pemeriksaan di lokasi program, pemeriksaan di rumah oleh pakar perubatan ke atas penduduk sakit yang sudah dikenal pasti lebih awal juga diadakan,” katanya.

Sumber berita SH

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa