Kisah ini terjadi lebih 15 tahun dahulu. Pada satu hari saya terima berita yang seorang sahabat dan dua rakannya kemalangan kereta dan meninggal serta merta. Mereka di dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilang Perwaja Terengganu setelah pulang ke Kelantan untuk habiskan cuti hujung minggu.
Kesemua mereka meninggal di tempat kejadian setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan Trailer. Kereta yang mereka naiki terperusuk di bawah trailer terbababit. Cerita sebenar kejadian tidaklah sesiapa pun ketahui. Cerita dari Pemandu Trailer adalah cerita dari sebelah pihak.
Sahabat saya ini adalah seorang pemuda yang warak dan agak lurus bendul. Seorang Jurutera Makanikal, Ijazah dari luar negara. Kami sebenarnya adalah saudara di dalam satu bidang pengajian agama dengan seorang Mursyid. Pernah saudara saya ini ditegur oleh Ibunya " Kamu ni bila nak boleh kawin. Harapkan kamu tengok perempuan, kamu tidak akan tengok. Kalau perempuan tengok kamu, kamu akan tunduk kepala". Itulah salah satu contoh waraknya sahabat ini. Allahyarham selalu buat kerja lebih masa tetapi tidak pernah buat tuntutan. Katanya lebih masa itu adalah sebagai gantian masa dia cuai semasa kerja.
Apabila terima berita beliau meninggal saya dan seorang sahabat lagi bergegas ke rumah keluarga beliau. Tetapi di masa itu Jenzah Allahyarham telah pun dibawa ke Kuburan di kampung asalnya di satu kampung dalam Daerah Tanah Merah. Kami pun berkejar ke sana setelah mendapatkan tunjuk arah.
Setiba di sana, Jenazah sudah di angkat untuk di masukkan ke Liang Lahat. Tetapi tidak boleh sebab Jenazah lebih panjang dari liang kubur. Jenazah diletakkan kembali di atas usungan. Waktu itu agak sudah hampir waktu asar. Liang kubur dikorek untuk panjangkan ruangnya.
Dicuba masukkan Jenazah, tak muat lagi. Di korek lagi, dicuba lagi. Tak muat lagi, dikorek lagi, dicuba lagi. Masih tak boleh masukkan Jenazah.
Semua yang hadir di kubur kehairanan sebab sebelum liang kubur digali memang sudah diukur dengan panjang Jenazah. Sepatutnya setelah beberapa kali dikorek, masalah ini sudah selesai. Tetapi kenapa jadi begini?
Saya nampak Guru kami berdoa. Apabila beliau mengaminkan doanya, Azan Asar berkumandang di Masjid berdekatan. Di masa itulah Guru kami mengarahkan Jenazah diturunkan. Dan.... hairan, Jenazah diturunkan dengan ruang yang selesa walhal sebelum ini, memang tidak muat dan terlalu sendat. Alhamdulillah Jenazah berjaya disemadikan dengan sempurna dan suasana memang aman di Perkuburan selepas itu.
Selepas Tahlil dan berdoa kami pulang. Apa pun satu perkara berlegar di benak saya, "Apakah hikmahnya yang Allah nak tunjukkan?"
subhanallah..
ReplyDelete