PRN Sarawak. Saya malas nak cakap apa-apa. Rakyat Sarawak sudah membuat pilihan mereka. Siapa yang mereka mahukan memimpin mereka, itu adalah hak mereka. Apa pun Tahniah kepada BN dan Taib di atas kejayaan mereka mengekalkan kerajaan BN di sana. Syabas kepada PR kerana kerja keras dan semangat mereka, mereka berjaya kurangkan majoriti Kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak walau pun harapan membelah dan meratakan gunung mereka berkecai! Mimpi indah mereka diganggu jaga...
Saya harap Rakyat Sarawak tidak akan dituduh senang di beli, bodoh kerana tidak mahukan perubahan, Jenis manusia yang tidak peduli dan sebagainya. Pada saya mereka bebas membuat pilihan sendiri.
Kalau mereka mahukan duit, duitlah mereka dapat. Mahukan orang yang dikatakan Perompak hak rakyat jadi Pemimpin mereka, maka bermakna mereka masih rela dirompak. Tapi fikirkanlah baik-baik, seorang miskin dan serba kurang, maka yang utama bagi mereka tentulah 'benda'. Mereka hanyalah mahu hidup. Peduli apa dengan politik! Saya tidak kata mereka kebendaan, tetapi bukankah apa yang diberikan itu sudah cukup baik bagi keperluan mereka seharian walaupun 'ikan' bukannya 'Pancing'. Kenyang sehari adalah lebih baik dari berlapar sehari!
Rakyat Sarawak nampaknya masih selesa bernaung di bawah Kerajaan BN. Mereka mamang was-was untuk bertukar ganti kerajaan. Bukan macam di Kelantan dan Sabah. Orang Kelantan suka 'mengajar' Pemimpin. Kalau Pemimpin dah berkudis dan bertokak, potong dan buang dulu!
syukur semua kabinet sarawak nanti bumiputra
ReplyDelete