Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 22, 2011

Kes Ni Agak Apa Akan Jadi

Kerajaan Kelantan Fail Rayuan Bantah Kehadiran Kerajaan Pusat Dalam Saman Royalti Minyak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan dimaklumkan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi membantah kehadiran Kerajaan Pusat selaku pencelah di dalam saman tuntutan royalti minyak yang difailkannya terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas), tahun lalu.

Kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu juga telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang menolak supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Baru Komersial (NCC) iaitu mahkamah asal yang mendengar kes berkenaan sebelum dipindahkan ke Mahkamah Baru Sivil (NCvC), di sini.

Perkara tersebut diberitahu oleh peguam Rishwant Singh yang mewakili Petronas semasa ditemui selepas menghadiri prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof pada Khamis.

Prosiding tersebut diadakan di dalam kamar dan menurut Rishwant, hakim telah menetapkan sebutan semula kes untuk pengurusan kes pada 20 Mei depan.

Beliau menambah, tiada tarikh diberikan untuk pendengaran kes rayuan.

Kerajaan Kelantan pada prosiding itu diwakili oleh peguam Nur Ashikin Abdul Rahim yang hadir bagi pihak peguam Tommy Thomas manakala Kerajaan Pusat diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail. Kerajaan Kelantan memfailkan saman tersebut pada 30 Ogos 2010 dengan menamakan Petronas sebagai defendan kerana mendakwa syarikat tersebut telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar berhubung pendapatan minyak.

Perjanjian Petroleum Kelantan ditandatangani pada 9 Mei 1975 antara Menteri Kelantan semasa itu, Datuk Mohamed Nasir dengan Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang merupakan Ketua Eksekutif Petronas semasa itu.

Kerajaan Kelantan selaku plaintif mendakwa Petronas telah melanggar perjanjian tersebut dan enggan membuat bayaran dan telah secara tidak adil mendiskriminasikan negeri yang dikuasi oleh parti pembangkang. Tindakan tersebut didakwa telah menyebabkan kerugian teruk kepada Kelantan.

Dalam saman tersebut, Kerajaan Kelantan juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah kepada Petronas untuk membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta tentang pembayaran yang patut dibayar, dan semua bayaran wang tunai tertunggak yang akan ditentukan oleh mahkamah dibayar dalam tempoh sebulan daripada tarikh perintah dikeluarkan.

Selain itu, plaintif juga menuntut perintah dikeluarkan agar semua bayaran wang tunai pada masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan dari luar pantai Kelantan dibayar kepada Kelantan.

Sumber mStar

2 comments:

  1. Mereka akan lakukan juga asalkan rakyat Kelantan terus-terusan di tindas.
    Bagi mereka biar duit itu diberi percuma pada Yahudi tak apa, asalkan jgn beri kpd rakyat Kelantan...

    ReplyDelete
  2. anakmuaallaf

    Itulah hasrat jahat mereka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa