Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 15, 2011

Siapa Pembohong?

Pendedahan Raja Petra: Kementerian Pertahanan Nafi Wujud Maklumat

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan pada Jumaat menafikan wujudnya maklumat berkaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shaaribu yang dirujuk sebagai laporan risikan oleh pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpah (SD) yang dikemukakan tiga tahun lalu.

Raja Petra dalam pendedahan eksklusifnya kepada TV3 Rabu lalu mendakwa, maklumat tersebut diperoleh daripada beberapa sumber termasuklah, daripada Kolonel Azmi Zainal Abidin yang juga orang nombor dua dalam unit risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin menegaskan bahawa maklumat yang disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra adalah palsu dan tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.

Azizan berkata Kolonel Azmi yang dimaksudkan oleh Raja Petra adalah seorang pegawai Tentera Darat dan beliau telah melepaskan jawatan Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008.

Beliau kini sedang bertugas di Markas Tentera Darat.

"Tindakan Kolonel Azmi adalah bersifat peribadi dan tiada sebarang kaitan dengan ATM," katanya.

Azizan menegaskan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menyiasat dakwaan yang dilaporkan itu.

"Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pegawai kanan Tentera Darat itu telah dilepaskan daripada sebarang tugas rasmi sehingga siasatan terhadap beliau selesai.

Dalam akuan bersumpahnya pada 18 Jun 2008, Raja Petra menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Di dalam SD itu, saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.

"Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.

"Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.

Selain, seorang pegawai perisik tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi, Raja Petra berkata terdapat tiga individu lain yang turut memberinya maklumat yang sama mereka terdiri daripada, Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Raja Petra berkata kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Sumber mStar

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa