Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 6, 2011

Ini Aku Setuju

Pihak Polis perlu bertindak ke atas 3 'Tongong' ini dan Pihak Jabatan Agama perlu bertindak ke atas Pelakon ini sekiranya Islam. Penyabar fitnah di Internet pula tak payah risau, Allah sudah berjanji akan anugerahkan hadiah yang setimpalnya!

KUALA LUMPUR: Tindakan polis terhadap Trio Dato T lebih penting daripada pembentukan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat video fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Dap, Karpal Singh.

Namun sehingga kini, katanya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar masih enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

“Tiada jawapan dari IGP mengenai laporan polis dikemukakan Anwar,” katanya memulakan sidang media di Parlimen hari ini.

Malah tambahnya, pihak polis sepatutnya menangkap trio Dato T, yang terang-terangan melakukan jenayah menyebar, menyimpan dan menyiarkan bahan lucah berunsur fitnah kepada pihak media dan internet.

“Video ini sudah diketahui umum. Ia pengakuan awam tentang jenayah, tapi kenapa tak ditangkap?

“Mereka (Trio Datuk T) menyebar, menyimpan dan mempamerkan kepada khalayak,” katanya yang juga Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam terkemuka.

Rakaman Video Seks palsu berkenaan mula didedahkan oleh trio Dato T, pada 21 Mac di Hotel Carcosa Seri Negara kepada pihak media.

Trio berkenaan terdiri daripada bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Ahli perniagaan Eskay Shazryl Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Semalam, satu sedutan video berkenaan dimuatnaik ke laman You Tube dan blogger Pro -Umno.

Berhubung usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan suruhanjaya itu, Karpal berkata Pakatan Rakyat menolak cadangan berkenaan kerana tidak yakin dengan kredibiliti suruhanjaya tersebut.

“Tak ada alasan dan keperluan untuk itu. Suruhanjaya itu hanya bersifat sementara,” katanya.

Beliau memberi contoh Suruhanjaya Diraja terhadap siasatan kes video VK Lingam, yang sehingga kini tiada tindakan diambil meskipun isu itu melibatkan rasuah dalam sistem kehakiman negara yang serius.

“Inilah sebab kenapa kami tak mahu menyertai suruhanjaya ini.

“Apa RCI akan buat? Sudah tentu ini adalah tindakan politik untuk memalukan Anwar, yang sangat kejam dan tak patut disokong oleh mana-mana manusia yang bermoral,” tambahnya.

Menurut Karpal ternyata lelaki dalam rakaman berkenaan bukan Anwar seperti yang dinafikan keluarga dan rakan terdekat Ketua Pembangkang itu.

“Pelakon itu terang-terangan bukan Anwar Ibrahim. Sesiapa yang mengenali beliau dengan dekat cakap bahawa itu bukan Anwar Ibrahim,” katanya.

Tambah beliau, video fitnah itu juga bukan dirakam di Malaysia kerana terdapat tulisan-tulisan berbahasa Thailand dalam rakaman berkenaan.

“Video itu ditulis dalam bahasa Thailand, jelas membuktikan video itu dibuat di Thailand, bukan di Malaysia,” katanya.

Dan yang ini juga

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa