Adakah masuk DAP itu sama dengan tukar agama atau hilang bangsa?
Abe Din kata Karpal tentang Hudud - betul tapi....
Pada aku Karpal menentang Hudud dan negara Islam kerana Perlembagaan Malaysia yang menghalang
Seingat aku dia tidak pernah menghina dan memperlekehkan Hukum Islam
Itu pun aku marah dan cukup bengang macam apa lagi kat Karpal!
Tapi Binatang porno lebih kurang ajar
Bukan saja menentang tetapi menghina Hukum dan memperlekehkan Islam
Ko orang yang mengaku Islam dan memperjuangkan Islam kenapa diam?
Malah ada pula akhbar spesis gila babi cuba pula memperbetulkan keadaan
Dua kali lima juga dengan 'Ulamak Hijau' dari UMNO tu
Dengan restu sape tu?
Isnin November 5, 2012
Muhyiddin Hairan Abdul Hadi Restu Orang Melayu Sertai DAP
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP.
Beliau berkata hubungan politik antara PAS dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain.
"Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-PAS bermasalah dan tidak kukuh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini Isnin.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS.
Muhyiddin juga berkata: "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum," katanya.
Beliau berkata DAP merupakan parti yang mementingkan satu kaum sahaja dan tidak demokratik.
Malah DAP tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan hanya memilih kawasan bukan Melayu, terutama kawasan-kawasan bandar, katanya.
Menyentuh tindakan DAP menghalang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, beliau berkata bahawa parti itu "memang cakap tak serupa bikin."
"Kita mendengar tentang prinsip perjuangan, menjunjung ketelusan dan sebagainya yang dijadikan asas perjuangan parti itu, tetapi dari segi amalan sebenar, ia tidak begitu," katanya.
Ditanya pandangan timbalan perdana menteri mengenai bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)Datuk Zaid Ibrahim yang ingin bertanding di Pekan, beliau berkata:
"Itu saya tidak tahu. Kita tengok betul atau tidak," katanya. - BERNAMA
Tu yg deme silap tu... Karpal Singh ni memang celupar & kacau drp dulu kita tahu... TAPI tak la sampai hina agama kita. Tu biasa saja..adat la orang bukan Islam mesti ada yg vokal tak mahu hal Islamik in society.
ReplyDeleteCSL, MCA dah lagi melampau.. sampai menghina hudud. Kita mesti marah (tapi kawal emo kita) hal begini. Umno tak marah pun CSL, MCA... senyum saja ker? Ni tak menepati ciri pejuang Islam & Melayu , la kan?