Tak payahlah nak cabar mencabar
Kan Rafizi dah kata akan laporkan kepada SPRM - baca di sini
Adalah pelih kalau ayat bahasa melayu sebegini mudah dia tak faham
Kalau nak menegakkan apa-apa pun pakailah cara lain
Takkan tak ada hujah kot?
Bawa saya ke mahkamah, Nazri cabar Rafizi
4 November 2012
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.
Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia.
“Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.
“Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah.
Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.
Bagaimanapun, hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian mendapati anak menteri terbabit bersama ahli keluarganya tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dan Audi R8 berwarna hijau.
Kenderaan mewah itu hanya dikendalikan oleh pemandu dan pengawal peribadi kepada anak menteri itu, walaupun ia disimpan di kediamannya di salah sebuah kondominium di ibu kota.
Rafizi turut menggesa Nazri mengikut langkah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti dari Kabinet berikutan pendedahan isu syarikat milik suaminya National Feedlot Corporation (NFCorp) yang kini masih disiasat.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa