Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 17, 2013

Umur 71 Masih Cantik!

Sarimah tidak pernah sembunyikan usianya

November 17, 2013
Pelakon veteran tersohor ini masih bertenaga meskipun usianya mencecah 71 tahun.
PETALING JAYA: Di zaman keagungan filem P. Ramlee pada tahun 60an, Sarimah adalah salah seorang seniwati filem Melayu yang terkenal. Kini berusia 71 tahun, anak kelahiran Pulau Rusa, Pekan, Pahang ini mula diperkenalkan P. Ramlee melalui filem Ali Baba Bujang Lapok.
Dalam filem tersebut Sarimah memegang watak Marjina seorang hamba yang bekerja dengan S. Shamsuddin (Kassim Baba). Di atas kebijaksanannya Marjina dimerdekakan oleh Aziz Satar (Ali Baba) kerana mengetahui niat P. Ramlee (Ketua Penyamun) mahu membunuh Ali Baba.
Selepas itu Sarimah muncul dalam filem Ibu Mertuaku di mana sebagai Sabariah beliau yang sudah biasa dengan kekayaannya tidak tahan hidup dengan Kassim Selamat (P. Ramlee) yang bekerja sebagai buruh binaan. Sabariah akhirnya kahwin dengan Ahmad Mahmud. Filem ini mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaya ketika itu.
Selepas Ali Baba Bujang Lapok dan Ibu Mertuaku, Sarimah muncul dalam filem Madu Tiga di mana P Ramlee kahwin tiga. Sarimah sebagai isteri nombor tiga yang menjadi pendamai di antara isteri pertama dan kedua P. Ramlee (Jamil).
Selepas P Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, Sarimah muncul dalam filem Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.
Sarimah pernah menjadi penerbit filem dengan menerbitkan filem Dia Ibuku di mana beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam festival Filem Malaysia pada tahun 1981.
Filem-filem lain yang dilakoninya ialah  Si Tanggang (pelakon pembantu), Indera Bangsawan (pelakon utama), Lubalang Daik (pelakon
pembantu),Neracha (pelakon utama), Batu Durhaka (pelakon utama),Darah Muda (pelakon utama)..
Banyak filem
Filem lin ialah  Labu dan Labi (pelakon pembantu), Bidasari (pelakon utama), Tiga Abdul (pelakon utama),Sayang Si Buta (pelakon utama),Dayang Senandong (pelakon utama),Batu Durhaka, Norlela Pilih Menantu,Gerak Kilat (pelakon utama), Sri Andalas.
Darma Kesuma (pelakon utama),Kanchan Tirana (pelakon utama),Raja Bersiong (pelakon utama), Bukan Salah Ibu Mengandung (pelakon
utama),Dr Rushdi (pelakon utama),Gelora (pelakon utama).Menanti Hari Esok (pelakon pembantu),Detik 12 Malam (pelakon utama),Tiada Esok Bagimu (pelakon utama),Potret Maria (pelakon utama),Jejak Bertapak (pelakon utama),
Dia Ibuku (pelakon utama).Kabus Tengahari (pelakon utama),Ranjau Sepanjang Jalan (pelakon utama),Warna-Warna Hati (pelakon utama),Sepi Itu Indah, Tarik-Tarik (pelakon utama) dan Momok The Movie (artis jemputan).
Walaupun sudah lama tidak berlakon,Sarimah kekal awet muda. Bila ditanya beliau berkata ulam-ulaman dan air zam-zam sudah memadai bagi beliau untuk kekal sihat dan bertenaga.
Mungkin sudah diajar dari kecil, pelakon veteran tersohor ini masih bertenaga meskipun usianya mencecah 71 tahun. Malah, Sarimah masih mampu melakukan kerja berat seperti dulu tanpa bantuan sesiapa.
Bersyukur dengan rahmat kesihatan yang diberikan kepadanya, Sarimah melakukan rutin harian seawal jam 4 pagi untuk bersolat dan melakukan senaman ringan.
Hanya bersarapan dengan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup memberi tenaga kepada pelakon yang terkenal dengan filem Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dan Ibu Mertuaku ini.
`Tidak makan ayam dan daging’
“Saya tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, bukan pantang, tetapi sebab tidak minat. Sayur-sayuran seperti ulam dan buah-buahan menjadi makanan ruji saya setiap hari dan mesti ada. Saya tidak percaya dengan suntikan Botox kerana bagi saya kesannya hanya sekejap dan menyakitkan. Lagi pula, saya jenis takut dengan jarum. Kita kalau nak kekal cantik dan muda, bermula dari dalam terutama hati,” katanya.
Bagi Sarimah, penjagaan dalaman amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.
Keperitan hidupnya melawan barah empat tahun lalu sehingga doktor memberitahu hanya mampu bertahan tiga bulan saja, memberi kekuatan kepadanya untuk kembali sihat seperti usia muda.
“Ketika itu, saya tidak boleh bergerak, hanya mampu terlantar.Bahkan hendak solat pun perlu berbaring. Tetapi itu tidak melemahkan saya kerana menganggap mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang diberi.
“Berkat doa dan sokongan anak, saya gagahkan diri menunaikan umrah dalam keadaan sakit. Selepas pulang, kesihatan saya semakin pulih kerana sering mengamalkan minum air zam-zam,” katanya.
Meskipun sudah mempunyai 32 orang cucu dan empat cicit, ibu tunggal kepada enam anak ini mahu terus sihat untuk melihat cucu, cicit dan piut membesar di depan mata.
Tidak pernah menyembunyikan usianya, Sarimah berkongsi tip penjagaan kesihatan dengan wanita lain melalui produk kecantikan dalaman keluaran syarikatnya, Primadona Worldwide Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa