Bini muda, Perangai pun kebudak-budakanlah!
Jika pagi tadi beberapa MP pakatan Rakyat mengoyak-ngoyak kertas usul menggantung MP Padang Serai sewaktu ia dibentangkan, petang tadi menyaksikan giliran MP dari BN pula untuk 'membalas dendam'.

MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengoyak usul MP Kuantan, Fuziah Salleh yang mencadangkan agar gaji lima orang penasihat bertaraf menteri yang dibayar sebanyak RM27,227 sebulan setiap seorang untuk tempoh setahun, 'diagihkan semula'.

Membentangkan usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), Fuziah berkata ia dimajukan untuk mengelakkan pembaziran Belanjawan 2014 memandangkan lima jawatan itu dilihat sebagai tidak lebih daripada lantikan politik.

Di sebelah pagi, MP Pakatan yang diketuai Azmin Ali (PKR-Gombak) melabelkan usul menggantung Surendran selama enam bulan sebagai 'usul haram'.

Tidak lama kemudian, sebahagian MP Pakatan Rakyat bangkit dan melaung perkataan 'usul haram' berulang-ulang kali.

Pada masa yang sama, sebahagian MP Pakatan yang lain pula menggumpal kertas usul atau mengoyak-ngoyakkannya sewaktu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri membentangkan usul tersebut.

pakatan mp tearing motion papers 141113 fuziah sallehDi sebelah petangnya, sewaktu Fuziah (kiri) membentangkan usul beliau, Bung Moktar bangkit mencelah dan menggesa Fuziah dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

Beliau mendakwa Fuziah membuat kesilapan teknikal dalam menamakan jawatan terperinci lima penasihat yang dimaksudkan dalam usul itu.

Beliau kemudiannya mengisytiharkan usul itu sebagai "usul haram" seperti dilakukan Azmin di sebelah pagi sebelum mengoyak-ngoyakkan kertas usul.

Beliau kemudian terus menepuk-nepuk meja sambil menjerit "tipu" berulang-ulang kali seorang diri menyebabkan usul Fuziah tergendala seketika untuk dibentangkan.

Lima penasihat bertaraf menteri yang dirujuk Fuziah dalam usulnya adalah Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Johari Baharom, dan Hasbi Habibollah.
Berikut adalah sedutan daripada apa yang berlaku:

Bung Moktar: Usul ini tidak betul, tak perlu dibahas dan saya minta rakan-rakan berdiri bersama saya, kita tolak usul ini sebab usul ini haram, haram dan tidak boleh dibahas. Kita tolak 100 peratus!

Datuk Ronald Kiandee: Tak boleh

Pembangkang: siapa speaker ni?

(Semua MP BN berdiri)

Bung Muktar: koyak, koyak

Sim Tong Him: Duduklah

Bung Muktar: Koyak, koyak, usul haram, haram, haram, usul haram.

Rafizi Ramli: Saya ucapkan kepada rakan-rakan daripada BN, kerana dengan lawak tadi, itulah yang akan pergi ke laman-laman youtube selepas tu.

Bung Muktar: Yang tadi buat lawak jugak apasal tak sentuh? Sebutlah! lagi teruk daripada kita punya lawak. Sebutlah! Berdiri berdiri berdiri. ini usul tipu punya, mana boleh bahas? Kenapa bahas, ni usul haram, haram haram haram, tak boleh, haram haram haram tak boleh, tipu tipu tipu.