Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 20, 2013

Persoalannya Sekarang Adakah PAS Untuk PAS Atau Untuk Majoriti Rakyat?

Walau apa pun yang berlaku PAS mesti meletakkan dirinya di abad ini bukan mundur ke belakang - duduklah di alam realiti
Sekiranya yang berlaku PAS untuk PAS nanti
Maka kemungkinannya majoriti penyokong PAS (yang bukan Ahli PAS) sebelum ini akan membelakangi PAS di PRU14 nanti
Apa pun kita tunggu dan lihat nanti

Ketika Erdogan sibuk cari sokongan luar, Pemuda PAS mula dikuasai “ustaz”

MI - NOVEMBER 20, 2013
Kesibukan kumpulan "Erdogan" dalam PAS menarik seramai mungkin orang luar khasnya bukan Islam bagi menyokong parti itu menyebabkan mereka kehilangan pelapis dalam parti, kata penganalisis yang berpengkalan di Singapura, Dr Bridget Welsh.
Ketika mengulas mengenai penguasaan golongan pro ulama dalam Pemuda PAS menjelang muktamar ke-59 yang akan dirasmikan malam ini, beliau berkata, golongan pro ulama kini menguasai pelbagai lapisan dalam Pemuda PAS iaitu barisan pelapis utama dalam parti Islam itu.
Walaupun berasal dari Amerika Syarikat dan kini menjadi pensyarah sains politik di sebuah universiti di Singapura, Dr Welsh banyak membuat kajian mengenai PAS dan menghadiri hampir semua muktamar parti Islam itu sejak 10 tahun kebelakangan ini.
"Sokongan orang muda dalam sistem konvensional juga merosot terhadap PAS kerana program seperti Pusat Latihan Khidmat Negara yang berjaya merasionalkan serangan terhadap kerajaan.
"Kesannya, hanya mereka yang melalui proses pendidikan terkawal seperti sekolah agama dan pondok yang banyak menyokong PAS.
"Hasilnya, mereka yang banyak naik ke dalam hirarki PAS sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sesuatu yang menarik sedang berlaku dalam PAS menjelang muktamar ke-59 apabila Dewan Pemuda dikuasai golongan pro ulama yang dilihat lebih konservatif.
Ketika golongan dewasa parti Islam itu berusaha untuk melebarkan pengaruh dan sayapnya keluar daripada lingkungan tradisi PAS dengan membuat pertemuan dan perbincangan dengan golongan luar, golongan mudanya dimenangi oleh mereka yang cuba menggembalikan PAS kepada lingkungan tradisinya.
Ini dibayangkan oleh barisan Kabinet baru yang memenangi kerusi exco Dewan Pemuda PAS negeri-negeri termasuk di negeri maju seperti Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Di Selangor, hanya lima daripada 12 exco dan tiga pimpinan tertingginya yang bukan ustaz.
Begitu juga di Perak. Hanya ketuanya sahaja iaitu Raja Ahmad Iskandar Al Hiss yang tergolong dalam golongan profesional manakala yang lain kebanyakannya adalah ustaz.
Di Wilayah Persekutuan, Dewan Pemuda PAS dikuasai sepenuhnya oleh mereka yang digelar sebagai golongan pro-ulama walaupun profesyen ketuanya, Khairil Nizam Khirudin merupakan jurutera.
Di Terengganu, fenomena yang sama sudah berlaku sejak beberapa penggal lalu lagi.
Bukan sekadar dipimpin oleh golongan ustaz (ketua, timbalan ketua dan naib ketua) tetapi ustaz yang belajar di sekolah anjuran PAS, sambung pelajaran ke luar negara iaitu di Timur Tengah dan pulang bekerja dengan sekolah parti Islam itu.
Namun di sebalik fakta itu, apa yang berlaku di negeri yang biasa diperintah oleh PAS iaitu Kelantan dan Kedah, agak berbeza.
Kepelbagaian mewarnai saf pimpinannya.
Sungguhpun ketua pemuda PAS Kelantan dan Kedah daripada kalangan ustaz, namun barisan exconya bergabung di antara ustaz dan bukan ustaz.
Apa yang berlaku sekarang berbeza dengan apa yang berlaku di era reformasi pada lewat 1990-an dahulu ketika PAS dibanjiri oleh ramai ahli baru.
Pada waktu itu, PAS disertai oleh golongan profesional setelah keyakinan orang ramai terhadap Umno musnah ekoran apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika itulah nama besar mula muncul dalam PAS seperti Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Dr Siti Mariah Mahmud dan Datuk Dr Hasan Ali (dipecat oleh PAS).
Mereka kini adalah pemimpin kanan PAS yang berjaya membawa PAS ke tahap yang ada sekarang.
Kini, ustaz-ustaz muda pula sedang melonjak naik dalam PAS. Dengan bergerak dalam majlis tarbiyah dan surau serta masjid, golongan ustaz ini mula mencipta nama.
Tetapi yang menariknya adalah mereka menjadikan pemimpin profesional yang menyertai PAS di era reformasi dahulu sebagai sasaran dengan mengatakan mereka membawa parti Islam itu keluar daripada landasannya yang sebenar.
Alasan yang selalu digunakan adalah mereka terlalu liberal dan mengikut telunjuk pihak luar daripada PAS.
Tuduhan liberal datangnya daripada pihak dalam Dewan Ulama PAS sendiri apabila seorang AJK unit penyelidikan dan pembangunannya membuat serangan.
Dua pemimpin yang menjadi sasaran utama adalah Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid.
Dakwaan mengikut telunjuk pihak luar pula bermula dengan Hasan yang sudah dipecat daripada PAS dan Datuk Zulkifli Noordin yang pernah menjadi ahli PAS sebelum ini.
Maka lahir istilah Anwarinas, parasit dan sebagainya.
Sabtu lalu, Hasan mengajak perwakilan PAS memberikan sokongan kepada golongan ulama dan seterusnya bersetuju dengan cadangan supaya hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dikaji semula, selari dengan pandangan golongan pro ulama dalam parti Islam itu. - 20 November, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa