Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 29, 2013

Kementerian Pertahanan Thailand diserbu

BANGKOK - THAILAND. Kira-kira 1,500 penunjuk perasaan anti-kerajaan terdiri daripada kumpulan Baju Kuning semakin garang apabila nekad berhimpun dalam perkarangan ibu pejabat Tentera Diraja Thai di sini, pagi tadi.

Protes mendesak penggulingan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra itu dilihat terus meruncing susulan tindakan berani mereka yang tidak menghiraukan amaran tentera.

Media melaporkan, ribuan peserta tunjuk perasaan itu juga bertindak memanjat pintu utama ibu pejabat berkenaan sambil membawa bendera dan meniup wisel.

“Kami mahu tahu pendirian tentera,” jerit seorang penunjuk perasaan. Memetik laporan Reuters, di daerah lain, kira-kira 1,000 orang berkumpul di luar ibu pejabat parti pemerintah Yingluck, sambil menjerit “Keluar!, keluar!".

Bagaimanapun keadaan reda selepas mereka bersurai secara aman. Sementara itu, pemimpin protes mega Suthep Thaugsuban berkata, beliau sanggup mati kerana negara.

Sebelum ini, Thaugsuban, 64, sering dilihat memakai sut dan tali leher selaku Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Eksekutif Kanan Parti Demokrat.

Kini, beliau menjauhkan dirinya daripada parti itu untuk menjadi seorang pejuang jalanan.

“Saya berikrar menggulingkan Yingluck dengan mengambil alih setiap kementerian kerajaannya  melalui perarakan mega. Jika kami tidak berjaya, maka saya sanggup mati dalam medan pertempuran.

"Rakyat akan berhenti hanya apabila kuasa negara berada di tangan mereka. Tidak ada rundingan lagi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula meluahkan kebimbangan terhadap protes itu.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyelesaikan krisis tersebut melalui rundingan.

“Semua pihak perlu menahan diri daripada menggunakan keganasan dan menunjukkan rasa hormat sepenuhnya terhadap kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia,” katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa