Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 23, 2017

Sekiranya sabit, berbaloikah pada umur sekarang?

Bekas penolong jurutera didakwa miliki wang haram RM1.1 juta
TMI  - Diterbitkan pada 23 Aug 2017 12:43PM

SEORANG bekas penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.1 juta pada Januari lepas.

Ishak Ismail, 56, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan, Ishak pada 19 Januari 2017, kira-kira pukul 3 petang di sebuah rumah di Batu 14, Simpang 3 Sungai Daun, Yan telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM1,113,250 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Azman menetapkan selama empat hari bermula 13 November, sebagai tarikh perbicaraan dan dikenakan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, A. Hafiizh Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Ariff Shaharuddin. – 23 Ogos, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa