Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 17, 2017

SPRM serbu rumah Isa

Rumah Isa di Nilai diserbu SPRM
Ogos 16, 2017 21:39 MYT
Rumah Isa di Nilai diserbu SPRM
Tiga buah kenderaan SPRM tiba di kediaman tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi dan pulang kira-kira dua jam kemudian.
NILAI: Rumah bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di sini diserbu sepasukan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan demikian ketika dihubungi.

Difahamkan tiga buah kenderaan SPRM tiba di kediaman tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi dan pulang kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, Mohd Isa ditahan SPRM selepas hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) masing-masing di London dan Kuching.

Berikutan itu, SPRM melakukan serbuan ke atas rumah Isa di Selangor pada hari yang sama. - BERNAMA

1 comment:

  1. Heya i am for the primary time here. I found this board and I find It
    truly helpful & it helped me out a lot. I hope to give
    one thing again and help others such as you helped me.

    My web-site :: dedicated server hosting

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa