Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 26, 2017

Jadi 'ular' jenis apa ni?

PKR bukan salah satu dari komposisi Pakatan ke?
Dulu aku faham setiap parti di dalam Pakatan bebas untuk berunding dengan siapa pun. Tapi bila gini keadaannya, adakah PKR bertindak mewakili Pakatan atau diri sendiri?

Sudah-sudahlah wae, rakyat dah muak dah dengan gelagat PAS dan muka tebal Azmin tu!

Azmin: Rundingan PKR-PAS tak libatkan HARAPAN
mk   -   Hari ini, 6:51 petang
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa perbincangan antara PKR dan PAS tidak melibatkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Azmin juga menegaskan bahawa perbincangan itu bukan merupakan inisiatifnya sendiri, sebaliknya beliau hanya mewakili PKR.

"Saya ulangi lagi, termasuk kepada Malaysiakini, mana Malaysiakini? Mereka terus kata ini inisiatif saya (untuk berbincang dengan PAS).

"Bukan inisiatif peribadi saya. Itu adalah keputusan yang diambil oleh parti. Saya hanya mewakili parti.

"Rundingan dan perbincangan ini hanya antara PKR dan PAS, tak ada kaitan dengan Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Biro Politik PKR minggu lalu dilaporkan memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin untuk berbincang dengan PAS bagi meneruskan kerjasama politik.
Azmin, yang juga menteri besar Selangor, sebelum ini telah memulakan rundingan tidak rasmi bersama PAS walaupun parti Islam itu telah memutuskan hubungan politiknya dengan PKR berikutan keputusannya pada muktamar parti itu April lalu.

Azmin juga berkata PKR terbuka kepada rundingan dengan mana-mana pihak, kecuali "Umno, BN dan Utusan".

Ditanya mengenai rancangan PAS Selangor untuk bertanding di kerusi parlimennya di Gombak, beliau berkata ia adalah perkara biasa bagi parti politik bertanding di mana-mana kerusi.

"Ini boleh diselesaikan dalam bentuk perbincangan," katanya.

2 comments:

  1. Di rumah aku ada 5 org yang akan undi PKR di DUN & Parlimen.

    Tapi melihat gelagat Azmin lebih2 lagi dia kata dia wakili PKR untuk berunding dgn PAS, nampak gayanya 10 undi ni tak akan pangkah mana2 kertaslah nampaknya dalam PRU14 nanti.

    Buat apa pangkah PKR, kalau masih berurusan dengan pengkhianat.

    ReplyDelete
  2. Boleh tak bagi warning sikit pada Azmin dan Wan Azizah? Cakap banyak tak guna. Bagi masa dua, tiga minggu, kalau nak ke Pas juga putuskan terus hubungan. Menyusahkan orang betul...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa