Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 21, 2017

Kenapalah kita semakin jauh dari dunia realiti - Dr Mohammad Agus

Betulkah AMANAH hanya dapat 1% sokongan rakyat?
21 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Agus Yusuff

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusuff mempersoalkan kewajaran hasil kaji selidik Institut Kajian Darul Ehsan (IDE) menyatakan Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya mendapat satu peratus sokongan rakyat terhadap parti yang baru dua tahun ditubuhkan itu.

Beliau berkata dapatan daripada kajiselidik dilakukan yang dikatakan secara konsisten itu dakwanya tidak masuk akal.

"Apabila ada ilmuan dengan bersandarkan kepada hasil kaji selidik menyatakan Amanah hanya ada 1% sokongan rakyat, saya rasa itu sudah terkeluar dari logik akal.

"Melainkan yang dikaji itu sampelnya dikutip di kawasan pedalaman atau kajian itu adalah di Sabah dan Sarawak," ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global) Universiti Selangor (UNISEL) Prof Dr Mohd Nor Nawawi pada Rabu, yang mendedahkan bahawa AMANAH hanya mempunyai kira-kira 1% sokongan sebagaimana kaji selidik IDE.

Kata Prof Dr Mohd Nor orang-orang Melayu masih belum tertarik kepada AMANAH dan dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) itu dakwanya lagi adalah konsisten.

Justeru menurut Prof Agus lagi sebahagian masyarakat masih lagi jauh dari sudut realiti.

"Merenung ke depan, saya terfikir kenapalah kita semakin jauh dari dunia realiti.

"Mengkajilah dengan metod yang betul supaya hasil kajian kita dihormati," ujarnya.

Bahkan menurut beliau lagi, beliau boleh menerima jika dikatakan Amanah lemah tidak kuat dan tiada sokongan.

"Saya boleh terima jika hendak kata Pas kuat dan punyai sokongan akar umbi yang mantap.

"Saya boleh terima kalau PKR mahu bekerjasama dengan Pas.

"Saya boleh terima kalau Umno mahu bekerjasama dengan Pas.

"Semua kenyataan di atas pada saya masuk akal biarpun saya mempunyai pandangan yang berbeza," ujarnya.

Dapatan IDE  itu juga di komen oleh Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (Mapan) UNiversiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Yusoff  pada Jumaat  yang dipetik berkata, AMANAH perlu fikir semula mengenai kelangsungan perjuangan parti itu dan apakah perlu Amanah wujud atau pun tidak dalam politik Malaysia.

Malah pada Sabtu dakwaan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dipetik berkata, sebagai parti serpihan Pas, awal penubuhan AMANAH akan mendapat sambutan tetapi ia tidak bertahan lama.

Sebaliknya ujar Takiyuddin lagi,sejarah menunjukkan pengundi memilih parti-parti yang dominan, parti-parti yang mempunyai dasar perjuangan yang jelas yang akan menjadi pilihan rakyat.

Beliau turut mengesahkan bahawa ramai di kalangan ahli AMANAH telah membuat ‘pusingan U’ dengan berpatah balik kepada Pas.

Dan yang ini pula apa hal?:

Jentera Pilihan Raya Pas ramai masuk AMANAH tetapi Hadi nafi
21 Ogos 2017 | ARIF ATAN
Walaupun Presiden Pas dilihat cuba menafikan tetapi sebahagian besar jentera pilihan raya parti yang sedang bertaawun atau berkerjasama dengan Umno itu sudah berhijrah kepada AMANAH.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan semalam berkongsikan situasi tersebut sepanjang pengalamannya selama 40 tahun bersama Pas.


"Berpuluh tahun bersama parti lama (Pas) bila saya merasmikan, tidak pernah lihat ahli-ahli di Wilayah Persekutuan yang hadir begini ramai di muktamar seperti yang ada dalam dewan ini sekarang.


"Yang datang dalam AMANAH ini hampir semuanya dulu menggerakkan jentera pilihan raya. Merekalah dalam AMANAH sekarang," katanya di depan perwakilan dan pemerhati di dewan TKP, Tingkat 21, Central Plaza di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, Mohamad menyeru supaya jentera pilihan raya di peringkat akar umbi masing-masing saling membantu bagi mengukuhkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.


"Kita saling menampung. Kita saling bekerjasama, kalau tempat itu tiada jentera (pilihan raya), AMANAH akan bantu," ujarnya.


Beliau berkata, Wilayah Persekutuan dan semua negeri lain harus menyumbang sebanyak mungkin kerusi kemenangan pada pilihan raya akan datang untuk mendapat mandat di Putrajaya.


"Mahu perintah perlu 120 (kerusi Parlimen), 112 paling sedikit, 130 agak selesa. Boleh sampai (menang 130). Kita harus menang semua di Wilayah (Persekutuan).


"Pulau Pinang kena menang 15 kerusi. Selangor begitu juga. Johor sekurang-kurangnya 12 daripada 26," jelas Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan itu.


 Walau bagaimanapun, beliau berpendapat hasrat itu hanya akan tercapai sekiranya segenap lapisan rakyat Malaysia melakukan perubahan dengan menolak Umno-BN.
  
"Mood rakyat (undi Pakatan Harapan) memang ada. Sokongan Cina janganlah kita kalih. Jangan mana-mana kaum lari. Memang kita boleh dapat (menang pilihan raya)," katanya.

Tambah Mohamad, rakyat hanya mempunyai dua pilihan iaitu Pakatan Harapan atau BN untuk diangkat sebagai pemerintah kecuali segelintir penyokong taasub yang tegar dengan partinya sendiri.


"Kita kuat kerana parti. Dalam pilihan raya, orang akan pilih siapa nak jadi pemerintah. BN atau Pakatan Harapan? Yang mana hendak memerintah, sebab itulah kita kena bekerjasama.


"Pilih Pakatan Harapan tolak BN melainkan ahli 'hardcore' atau pun istilah orang sebut sekarang 'walaun'," ujarnya lagi dalam nada berseloroh.

Undi teras Melayu

Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara sebanyak dua muka surat di akhbar Berita Harian Ahad semalam pula dilihat menguar-uarkan kekuatan parti yang membentuk blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) itu.


Beliau yang ditemu bual ketika masih lagi bercuti rehat selepas menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu memberitahu, partinya mempunyai 195 kawasan daripada 222 kerusi Parlimen dan 7,063 cawangan di seluruh negara.


"Pada pilihan raya umum lalu, kebanyakan jentera Pas yang membantu memenangkan calon pakatan pembangkang daripada PKR dan DAP," katanya.


Abdul Hadi turut yakin gabungan PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu adalah pakatan rapuh yang tidak memberi keuntungan kepada Islam dan tidak berjaya mendapat undi teras Melayu.


Bahkan, khusus untuk AMANAH, beliau menganggap kewujudan AMANAH sebagai tidak memberi sebarang kesan kepada politik tanah air.


"Parti itu (AMANAH) tidak boleh menggantikan Pas sebab tidak mendapat sokongan Melayu seperti Pas iaitu parti didukung oleh orang Melayu dan diterima oleh bukan Islam," kata Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu lagi.

1 comment:

  1. Umur AMANAH sudah dekat dua tahun. Sudah tentu ada pihak yang gabra sebab nak buktikan kepada dunia bahawa ramalan tok guru pembohong bersiri benar, sebagaimana mustajabnya doa Al Marhum Ustaz Fadhil Noor. Kalau ramalan tok guru pembohong bersiri tak tepat mana mahu diletak punggung yang hina itu ketika rumah kata pergi, kubur kata mari.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa