Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 19, 2017

Hah guano pulook.......tok rasa loyo ko nok jilat ludah sendiri?

Pemuda Pas cadang buka pintu rundingan
SITI FATIHAH AWANG 18 OGOS 2017
Ahmad Fadhli Shaari

KOTA BHARU - Susulan tindakan PKR mengekalkan lantikan politik di Kelantan, Pemuda Pas mencadangkan pintu rundingan dengan PKR dan Bersatu boleh diwujudkan kembali.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rundingan itu boleh berlaku dengan syarat ia tidak melibatkan DAP dan Amanah.

“Saya seacara peribadi mencadangkan (membuka) pintu rundingan dengan PKR dan Bersatu, syarat yang paling penting ialah tidak berkaitan dengan DAP dan Amanah. Saya optimis dengan perkara tersebut,” katanya.

Semalam, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir mengesahkan 67 lantikan politik PKR di Kelantan dikekalkan dalam satu tempoh yang tidak dinyatakan.

Aziz berkata, keputusan yang dibuat Mesyuarat Biro Politik Pusat itu berdasarkan alasan keperluan kerjasama parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang telah dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Fadhli yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat merakamkan tahniah kepada kepimpinan PKR negeri ini dalam mengekalkan lantikan politik mereka di Kelantan.

Katanya, tindakan itu melambangkan kematangan parti itu dalam membuat keputusan yang tepat untuk perjuangan menjelang PRU14.

“Keputusan itu juga bagi menghormati hak pengundi iaitu rakyat Kelantan yang memberi amanah kepada PKR pada PRU13 sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, keputusan itu juga membuktikan yang PKR tidak menjadi ‘pak turut’ kepada parti-parti lain dalam Pakatan Harapan yang sudah pastinya menekan mereka dalam isu tersebut.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, malah ia membuktikan PKR mempunyai harga diri dalam mengekalkan pendirian mereka berhubung isu tersebut.

Mengulas mengenai program-program yang akan diadakan bersama antara PKR dan Pas negeri selepas ini, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya akan meneruskan segala perancangan yang telah dibuat termasuklah yang melibatkan PKR negeri ini.

“Buat masa sekarang kita tidak mempunyai apa-apa halangan dengan PKR, kecuali dengan DAP dan Amanah,” katanya.

Lantikan politik PKR Kelantan melibatkan Penyelia Dun, Penyelia Parlimen, Anak syarikat GLC, Penghulu dan Ahli Majlis.

2 comments:

  1. Wow! Remarkable statement! I like strategy that you reviewed Blogger: MOUNTDWELLER.
    Superior! The easiest way maybe you have buy this sort of incredibly good writing skills?
    Could possibly a ability in addition to outcomes of perseverance.

    Having higher writing skills is great rather
    than everyone is able to donrrrt extremely good contributor.
    What look at in the event that committed to to compose heaps however you are detrimental
    advertising and marketing .
    In these instances Normally click here where I could
    explore sufficient evaluation and get tried and true writingspecialist

    ReplyDelete
  2. Nak runding... rundinglah. Kalau PAS minta kerusi, wajar hanya melibatkan kerusi yang khusus PKR dan Bersatu. Jangan gatal-gatal nak minta Amanah dan DAP serah kerusi pada parti hijau pengkhianat rakyat Malaysia yang menolak UMNO/BN. Kalau PKR dan Bersatu hanya dapat kerusi yang sedikit dalam satu2 negeri, itu masalah kamu yang gatal pi berunding dengan Khadam UMNO/BN.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa