Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 2, 2014

Minah Ni Merapu Rupanya!

Kerana marahkan Azmin atau kerana dendam dengan PKR?

'Beku akaun kawasan Khalid bukan arahan MB'
mk - 10:51AM - 2 Oct 2014

Tatkala seorang bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa menteri besar baru Selangor berdendam ke atas bosnya, seorang lagi bekas setiausaha politik Khalid menafikan dakwaan itu.

Azman Abidin menyatakan dakwaan Faekah Hussin bahawa kerajaan negeri mengarahkan bank membekukan akaun bantuan negeri kepada kawasan bekas menteri besar itu sebagai tidak tepat.
"Dakwaan bahawa (Menteri Besar) Azmin (Ali) balas dendam tak betul. Memang sekarang ni Akaun SMUE (Skim Mesra Usia Emas) dibekukan betul tetapi bukan atas arahan menteri besar," kata beliau kepada Malaysiakini.

Azman (kiri) yang juga ketua cabang PKR Bandar Tun Razak berkata akaun SMUE DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak dibekukan kerana Khalid bukan lagi ahli parti dan menteri besar.

Beliau berkata akaun bank SMUE dipegang oleh ADUN, ADUN angkat serta penyelaras DUN PKR dan Pakatan Rakyat.

Dan Khalid, katanya, bukan lagi termasuk orang yang dibenarkan memegang akaun tersebut selepas dipecat sebagai ahli PKR dan meletakkan jawatan sebagai menteri besar sebelum ini.

"Bila bukan lagi ahli parti maka tiada lagi hak.

"Akaun (SMUE) itu dibekukan dan beri kepada penyelaras DUN Pelabuhan Klang dan untuk kes Bandar Tun Razak, ADUN angkat dari Selangor.

"Jadi, tak ada timbul itu arahan menteri besar," kata beliau.

Faekah: Politik dendam

Dalam kenyataan semalam, Faekah mendakwa Azmin mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta bank membekukan akaun bank SMUE bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu.
Faekah (kanan) menganggap tindakan itu sebagai "tindakan keras dan politik dendam" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

SMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga.

Ia terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974.

Azmi Sharom ‘dihalau’ dari kampus UKM

Published: 2 October 2014
Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata dengan halangan pihak berkuasa UKM di program semalam, pelajar mendapata 'pengajaran langsung' mengenai halangan hak bersuara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2014.

Sebuah program mengenai bahaya Akta Hasutan bertukar menjadi "pengajaran secara langsung" bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam apabila penceramah jemputan, Prof Madya Dr Azmi Sharom "dihalau" pengawal keselamatan UKM.
Azmi, yang didakwa menghasut pada 2 September, dijemput Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) merasmikan gerakan anti-Akta Hasutan di kampus UKM di Bangi, malam tadi.
Profesor Universiti Malaya yang baru-baru ini didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut itu berkata terpaksa melalui beberapa sekatan jalan di dalam kampus bagi menyekat beliau dan media dari menghadiri program tersebut.
"Salah seorang penganjur mengambil saya di pintu masuk, dan memberitahu kami terpaksa masuk berjalan kaki akibat sekatan jalan raya itu," kata Azmi kepada The Malaysian Insider.
"Oleh itu, kami menyelinap ke dalam kampus, dan dihalau keluar oleh pengawal keselamatan apabila sampai ke tempat majlis. Mereka tidak memberikan apa-apa sebab. Mereka hanya berkata pengurusan universiti itu telah 'haramkan' program tersebut.
"Beratus-ratus pelajar telah pun tiba di tempat itu, tetapi pengawal dengan sopan namun tegas memberitahu saya untuk pergi.
"Oleh itu, kami berkumpul di tempat letak kereta di luar kampus, dan saya memberi ucapan selama 20 minit kerana suasana benar-benar panas dan gelap serta tidak selesa di samping masa sudah lewat."
Walaupun begitu, Azmi merasa lucu dengan pengalamannya, sambil menyifatkannya "pengajaran secara langsung" bagi pelajar melihat bagaimana pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara.
"Ia lebih menarik daripada saya bercakap dengan mereka jika program itu berjalan lancar."
Terdahulu, usaha The Malaysian Insider memasuki premis tersebut bagi membuat liputan gagal kerana dikawal ketat pengawal kampus menghalang media.
"Kami mendapat arahan dari Naib Canselor untuk menghalang mana-mana media malam ini daripada memasuki universiti," kata seorang pengawal di pintu masuk universiti kepada The Malaysian Insider.
"Penceramah itu juga sepatutnya tidak masuk, kerana ada kebimbangan dia akan menghasut pelajar dan melakukan hasutan malam ini," katanya, menunjukkan gambar Azmi dalam poster program.
Tulisnan tangan di bahagian atas poster tersebut memberitahu "Media tidak dibenarkan masuk".
Menurut pengawal tersebut, program itu tidak diluluskan universiti, dan berkata GMUKM merupakan "kumpulan pembangkang".
Polis turut kelihatan di kampus ketika kereta bergerak ke premis itu, dan setiap kenderaan diperiksa di beberapa sekatan di sepanjang jalan.
The Malaysian Insider dipaksa keluar di sekatan kedua, selepas seorang pegawai polis mengesahkan bahawa program itu telah dibatalkan.
Ketika dihubungi, ahli GMUKM Jason Ng berkata, permohonan mereka mengadakan program makan malam itu ditolak oleh universiti, tetapi mereka masih mahu teruskan.
"Anda tahu bagaimana rasanya... apabila kita cuba untuk menjemput orang-orang seperti Profesor Azmi, mereka merasakan ia tidak sesuai, mereka tidak akan membenarkannya," katanya.
Bulan lepas, Azmi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, ekoran komen beliau mengenai krisis menteri besar Selangor seperti dilaporkan sebuah portal berita.
Jika sabit kesalahan, Azmi boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. – 2 Oktober, 2014.

Yang Berkenaan Akan Tersontap Baca Sindiran Yong Ni....!

YANG TIADA KAITAN DENGAN SELANGOR PERGI MAIN JAUH-JAUH
Sebelum MB baru Selangor, Azmin Ali mengeluarkan senarai Exco dan jawatannya, sudah berkumandang suara-suara sumbang dari pemimpin-pemimpin yang berada di dalam dan luar Selangor.

Ada yang merengek kata “PAS dibuli oleh PKR dan DAP”.

Ada yang tak puas hati dapat 3 jawatan exco, bukan 4.

Ada yang menuntut jawatan utama mesti diberi kepada exco PAS 

Bla…bla…bla…

Sekarang senarai exco dan jawatan telah keluar.

Ada yang bukan utama?

Ada beza 3 dan 4 jawatan yang dipegang?

Ada nampak PAS dibuli?

Tolonglah…

Kerajaan dalam sistem demokrasi adalah satu pasukan.
Ia bukan one-man show.
Bukan jawatan aku lebih utama dari kamu.
Aku 4, kamu 3 saja, jadi kamu tak penting.

Kabarnya Selangor pernah ada one-man show.
Dan ia tidak digemari, kerana keputusan tidak digemari.

Sekarang Selangor hendak membentuk kerajaan yang ada pasukan.

Ibarat sebatang pohon;
Sehalus-halus akar, atau semuda-muda pucuk, semuanya ada peranan.

Ibarat sebuah bahtera;
Jika nakhoda seorang diri, bolehkah dia kendalikannya untuk sampai ke destinasi?

Berikut adalah Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor:
  1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan dipegang Menteri Besar Selangor.
  2. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim
  3. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad.
  4. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.
  5. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.
  6. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.
  7. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.
  8. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.
  9. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.
  10. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.
  11. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib.
Jika diteliti kesemua Portfolio itu, tidak ada satupun yang mampu bergerak sendiri tanpa sokongan portfolio lain.

Contohnya kita ambil Portfolio Dr Daroyah Alwi.

Selalunya orang ingat Portfolio Hal Elwal Wanita dan Keluarga ini dianggap tidak utama. Kesian Dr Daroyah.

Hoi! Tolong sikit! Kalau keluarga tidak harmoni, boleh kita buat kerja kita dengan tenang dan efisyen? Kita akan serabut dan menyerabutkan co-worker di jabatan kita. Itu sudah pasti. Oleh itu Dr Daroyah perlu gandingan kerjasama dari Nik Nazmi, Zaidy, Dr Ahmad Yunus, Iskandar Abdul Samad dan Ganabtirau, melalui Portfolio yang komer pegang.

Bukankah memberi kerjasama supaya jabatan rakan sekerja itu efisyen juga satu ibadah?

Jadi, janganlah menjerit-jerit kata orang kita tak dapat jawatan utama, kena buli, etc...

Inilah akibatnya bila tidak memiliki kepakaran dalam ilmu tadbir-urus modern, tapi hendak juga beri tahu orang lain bagaimana mengurus sebuah organisasi. 

Yang penting bukan bilangan pemegang jawatan itu. Tapi adakah kamu seorang yang istiqomah, amanah dan cekap?

Janganle nak merebut Portfolio yang dipegang Menteri Besar pulak.

Berilah peluang kepada Menteri Besar pilihan Sultan Selangor ini untuk menunjukkan "output" dia. Lepas itu baru kita beri maklumbalas.

Tak penat ke asyik berbalah saja?

Perangai UMNO Dalam Diri Azmin Masih Segar?

Azmin beku peruntukan kawasan Parlimen dan DUN Khalid, kata Faekah
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Faekah Husin mendakwa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengeluarkan arahan kepada Bendahari Selangor supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014. 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didakwa membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Faekah Husin.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.
"Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin.
"Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.
"Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi," katanya.
Faekah mendesak Azmin memberi penjelasan munasabah arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid.
"Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang lama berputik dan semakin merebak  semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’," katanya.
Faekah juga mendakwa tindakan itu seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri yang baru mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.
"Nampaknya menteri besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus-lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya. – 1 Oktober, 2014.

Lagi Nik Abduh Di'Tadika'kan!

Orang yang komen ni bukan jenis macam aku, dari luar pagar PAS tapi orang adalah orang PAS yang ada kedudukan di dalam PAS.......

Dakwaan 'buli' Nik Abduh malukan PAS
4:48PM - 1 Oct 2014
Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan AJK Pusat PAS, Nik Abduh Nik Aziz (gambar) yang mendakwa PAS dibuli PKR dan DAP.

Tuduhan bersifat amat provokatif tapi amat mengaibkan.

Hanya orang yang kurang cerdik dan tak berani saja yang boleh dibuli.

Saya tak boleh bersekongkol menuduh pemimpin-pemimpin PAS bodoh dan penakut.

Hentikanlah kenyataan-kenyataan provokatif yang akhirnya menikam diri sendiri.

Jika tidak berpuas hati isu exco Selangor – dulu empat orang kini tiga – datang jumpa yang berkenaan, tanya kenapa jadi begitu, bincang tak ada masalah yang tak boleh selesai.


ISHAK SURIN yang dipertuan PAS Batu.

Rupanya Selama Ini Jepun Tidak Menggunakan Jet Pejuang Buatan Sendiri Sepenuhnya

Japan again looks to get domestic fighter jet off ground
YUKIO TAJIMA and YOSHIFUMI UESAKA, Nikkei staff writers
The aircraft shown here will test technologies for a new fighter jet to be developed by the defense ministry's Technical Research and Development Institute. (Courtesy of the Ministry of Defense).
TOKYO -- The Japanese government is embarking on an ambitious quest to develop an entirely domestic fighter jet for the first time since the end of World War II.
It will work with major defense contractors such as Mitsubishi Heavy Industries and IHI on the project, which is a milestone in Japan's defense procurement policy. The project will start in earnest in fiscal 2015, with work on a prototype engine and assessments of the aircraft's stealth capabilities. The outlook for the costly undertaking is murky, however, given that the U.S. has never supported Japan's efforts to develop a fighter on its own.
The first big step in the project will take place in January, when an aircraft mounted with a test engine is scheduled to fly for the first time. The engine was developed jointly by the Ministry of Defense and Mitsubishi Heavy Industries and will serve as the basis for the fighter's prototype engine.
 The goal is to develop a light and powerful engine by combining components that have been developed separately, including a high-pressure turbine and a fuel system.
IHI, which is helping to develop the engine, is using ceramic composites for the turbine in an industry first. The composite is lighter than the nickel alloy traditionally used in turbines and can withstand temperatures up to 1,400 C. The manufacturer hopes to use the material for engines on passenger jets in the future.
Bitter memories
The defense ministry's decision to develop the engine first is a reflection of Japan's unhappy history when it comes to indigenous fighter jets. A previous project was abandoned in the face of U.S. opposition in 1987. The U.S. balked at Japan developing its own fighter to replace the F-1, arguing that Japan lacked the technology to develop its own jet engine. It insisted on joint development based on the U.S. F-16.
With the Soviet threat in mind, the Defense Agency -- now the Ministry of Defense -- had envisioned a high-performance fighter that could skim the surface of the sea to avoid detection and knock out enemy ships. But U.S. Air Force officers pressured officials from Japan's Defense Agency to abandon the idea.    
Mitsubishi Heavy and other Japanese defense contractors had the technology to produce sophisticated radars, fuselages and missiles. The only component Japan was unable to develop on its own was the engine. The agency considered using U.S.-made engines for the jet. Japanese defense officials interpreted U.S. coolness to the initiative as a signal that it would not supply engines for the aircraft if it went ahead on its own. In the end, they opted for joint development.
"Back then, we thought the U.S. was urging us to drop the project simply because Japan didn't have the necessary technology," said Masahiro Yasue, who was director general of the defense ministry's Technical Research and Development Institute at the time. "But later we realized the U.S. was worried about Japan's acquisition of advanced technology for fighter jets," said Yasue, who is now an adviser with Kawasaki Heavy Industries.
Staying on top
At that time, Japan's relations with the U.S. were warm, thanks to the strong personal ties between Prime Minister Yasuhiro Nakasone and President Ronald Reagan. Even so, Washington didn't allow Japan, its key security ally, to develop its own fighter. Washington was determined to maintain its supremacy in fighter aircraft, which are crammed with state-of-the-art technology.
Many U.S. officials also subscribed to the idea that the U.S.-Japan security treaty prevented Japan from becoming a major military power, and they wanted to keep it that way.
Japan again came under pressure from Washington in its choice of a successor to the aging F-4 fighter in the early 2000s. Japan had asked to buy the F-22, which has cutting-edge stealth features. But the U.S. feared leaks of sensitive technologies and offered Japan the less powerful F-35 instead.
Our turn
These episodes have fired Japanese defense officials' desire for a 100% Japanese fighter. Harukazu Saito, chief of staff at the Air Self-Defense Force, voiced hopes for the new fighter project, saying, "We can respond more quickly to an unpredictable situation that might happen to our fighters if they are made domestically than in the case of foreign-made fighters, and we can operate domestically made fighters more smoothly."
The ASDF recently set up a task force to consider the specifications for a successor to the F-2. Although the envisioned Japanese fighter would not match the F-22 in terms of stealth capabilities, it should outperform the F-35, which the ASDF now has in its fleet.
Stealth aircraft avoid detection using a variety of advanced technologies that reduce their radar signature. The shape of the fuselage and body coating technology are crucial to making planes stealthy.
If it develops its own technologies for stealth aircraft, the Japanese defense industry could export related equipment and improve its leverage in joint development projects with foreign manufacturers. Technologies developed for military purposes could also be applied to civilian commercial use.
The joint development of the F-2 fighter by Japan and the U.S. has produced the radar technology used in collision-avoidance systems for cars and electronic toll collection (ETC) systems. The carbon fiber composite material developed for the fighter is used in Boeing's new 787 Dreamliner.
But if a purely Japanese fighter is to take to the sky, other hurdles must be overcome. One is the huge development cost, which has been estimated at more than 1 trillion yen ($9.1 billion).
As drones have become more and more widespread, some experts argue pouring resources into developing a conventional fighter is anachronistic.
"It would not be realistic for Japan to try to develop a fighter on its own," said Masato Nagase, president of Global Insight, a defense consulting firm in Tokyo. "Japan should instead seek an international joint development project under its own initiative," he said.

Tajuk berkaitan: 

US fears repeat of run-in with Chinese fighter jet

Isu Kastam: Kronologi operasi SPRM

Kronologi operasi SPRM dalam isu Kastam
Astro Awani | Kemas kini: September 29, 2014 (Diterbitkan pada: September 28, 2014 07:21 MYT)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM diberi tanggungjawab mengetuai sebuah 'Task force' yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM, JKDM, LHDN, Imigresen, SSM.

'Task Force' ditubuhkan bagi menangani ketirisan hasil kerajaan yang berlaku melibatkan penyeludupan rokok dan arak berjumlah melebihi RM1.67 bilion, tetapi cukai dibayar hanya melibatkan barang RM420 juta.

Pemantauan dibuat lebih setahun melibatkan Intelligence and Analysis Based Investigations selain semua pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A), dan 17 (a) ASPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan.

Operasi bermula 2 September lalu dengan tangkapan demi tangkapan sehingga seorang suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam dengan tujuh pertuduhan terima suapan tertinggi sebanyak RM688,100 pada 25 September lepas.
Infografik

Wednesday, October 1, 2014

Bila Mahathir Meludah Ke Langit........

Siapa jadikan Umno parti ‘pak turut’, Tun M?
Hazlan Zakaria - 01:00PM Okt 01 2014

KOMEN: Aneh sekali apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bersetuju bahawa walaupun ahli Umno sekarang dilihat lantang bersuara, mereka sebenarnya tidak mampu mengkritik apatah lagi menjatuhkan presiden sedia ada.
Tentu Mahathir dijangkiti sindrom “Melayu mudah lupa” kerana bukankah beliau yang memulakan langkah menyingkir penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi daripada tampuk kuasa.
Dan bukankah ahli-ahli Umno telah bersuara agar Pak Lah berundur bagi digantikan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?
Mungkin perkara tersebut terlepas daripada pandangan Mahathir, yang kadang-kala ingin melihat apa yang ingin dilihatnya sahaja.
Beliau dipetik berkata perkara tersebut di dalam laporan berita selepas disoal berhubung dakwaan bekas ketua pengarang New Straits Times (NST) Datuk A. Kadir Jasin bahawa ahli Umno tidak lagi berani menyuarakan apa yang terbuku di hati mereka.
Buat masa ini, Mahathir didakwa berpendapat bahawa budaya Umno ialah bagi menyokong pemimpin-pemimpinnya tanpa banyak soal.
Mungkin juga pendapat ini tercetus selepas kritikan beliau terhadapNajib tidak diberi perhatian, walaupun Mahathir mengumumkan bahawa Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan beliau.
Barangkali masih ada ahli Umno yang lantang bersuara, jika mendapat pembiayaan daripada pihak-pihak tertentu?
Tetapi anehnya, Tun M sendiri mungkin mencetus budaya di mana ahli Umno menyokong pemimpin tanpa banyak bicara.
Pertama, apabila veteran Umno, kebanyakannya guru dan penjawat awam mula menyuarakan pendapat, mereka dikenakan larangan berpolitik terhadap penjawat awam. Mereka lantas diketepikan.
Kemudian, para aktivis dan ahli politik yang lantang bersuara dikenakan tahanan di bawah peruntukan pelbagai undang-undang.
Di zaman Mahathir, ramai pemimpin yang sedang meningkat naik mendapati diri mereka tersepit. Malah jawatan timbalan perdana menteri merupakan ‘kerusi panas’ yang tidak lama diduduki. 
Tun Musa Hitam, allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Pak Lah.
Mahathir mungkin perdana menteri paling ramai timbalan dalam sejarah Malaysia, sepanjang 22 tahun menerajui kerajaan.
Mungkinkah itu menjadikan Umno parti ‘pak turut’? Bayangkan seorang pemimpin yang lama memerintah sambil yang lain-lain hanya mengikut kehendaknya.
Walaupun sudah bersara, doktor itu masih mahu pihak lain mengikut kemahuannya, pertama Pak Lah dan kini Najib. 
Mahathir hari ini mengkritik parti yang beliau sendiri musnahkan dan bina kembali mengikut selera serta ciri-ciri yang disemainya.
Malah Umno tidak lagi wujud sebenarnya. Ia Umno Baru atau Umno B. Ia menggunakan helah perundangan bagi kekal beroperasi.
Ada yang berkata helah ini bagi menghentikan pemimpin ditumbangkan melalui proses pengundian. Lantas parti Umno Lama diharamkan.

Ali Alhabshee Pun Tumpang Jugak!

Rumah UMNO/BN pun tak tertangan
Ini ada hati pula nak kisahkan rumah orang

PAS parti dayus

 | October 1, 2014
Sikap PAS yang masih terus berdegil untuk bersama-sama dalam PR menjadikannya sebagai alat atau keldai politik.
syed-ali-685x320PETALING JAYA : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan PAS merupakan sebuah parti yang dayus kerana terus bersama-sama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, sikap PAS yang masih terus berdegil untuk bersama-sama dalam PR menjadikannya sebagai alat atau keldai politik.
“Tindakan sesetengah pemimpin PAS yang menyerang bertubi-tubi PR tanpa keluar dari parti itu diihat seolah-olah melumurkan PAS dengan najis.
“Kalau pemimpin PAS berasakan PR sebuah parti yag dilihat mencabul prinsip perjuangan PAS selepas kemelut MB Selangor, maka parti itu kena istihar keluar dari PR,” katanya dalam entri terbarunya www.umnobahagiancheras.blogspot.com.
Syed Ali turut menyifatkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai semangat keberanian dan penakut sejak kemelut MB Selangor berlaku.
“Meskipun empat Exco PAS menyokong Khalid Ibrahim dituduh pengkhianat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan tindakan PKR menggugurkan seorang Exco PAS dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini, PAS terus dilihat sebagai tunggul mati,” ujarnya.
Katanya, PAS terus merelakan parti itu dibogelkan oleh PKR dan DAP semata-mata mahu merealisasikan hasrat besarnya untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Zaman Nik Aziz sudah berlalu dan PAS kena mempunyai pendirian sendiri dalam menentukan kekuatan dan masa depan parti itu. Tapi kalau sudah sampai peringkat dihina, dimaki dan dicaci oleh PKR dan DAP maka PAS kena istihar keluar PR,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai penahanan anak saudara mendiang Karpal Singh, Dalbinder Singh Gill oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syed Ali menyifatkan tindakan PDRM itu merupakan satu transformasi baik dalam mengekang tindakan sesetengah pihak yang terus mempersoalkan institusi terpenting di Malaysia.
Tambahnya, tiada pihak harus diberikan keistimewaan jika terus mempersoalkan perkara yang boleh mengundang perpecahan dan mengancam keselamatan rakyat di negara ini.
Terdahulu, Dalbinder Singh yang juga merupakan pelajar jurusan undang-undang telah ditahan malam tadi di Pulau Pinang kerana mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan hak bumiputera dan institusi beraja.
Beliau disoal-siasat oleh PDRM di bawah Akta Hasutan 1948.

Hentakan Padu Dari Misbahul Munir!

Rupanya kerana bodoh dan perasaan rendah diri mereka merasakan dibuli
Inikah jenis manusia yang diharapkan menjadi pemimpin masa depan PAS?
Hancusss......!

PAS rasa dibuli PKR, DAP kerana tidak berkebolehan, kata pemimpin negeri 
Published: 1 October 2014 | Updated: 1 October 2014 5:32 PM - TMI
Ketua Penerangan PAS Perak Mohd Misbahul Munir Masduki menyelar sikap sesetengah pimpinan PAS yang tidak pernah atau sukar menghadiri mesyuarat mesyuarat atau program bersama PKR dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.

Ketua Penerangan PAS Perak Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) mengatakan punca utama sesetengah pemimpin parti Islam itu berasa dibuli rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP kerana mereka tidak berkebolehan untuk berhujah.

Beliau berkata, PAS Perak tidak pernah dibuli PKR dan DAP seperti yang dirasakan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Perasaan itu hanya timbul bila pimpinan PAS berasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam setiap pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga turut menyelar sikap sesetengah pimpinan PAS yang tidak pernah atau sukar menghadiri mesyuarat mesyuarat atau program bersama PKR dan DAP.
"Yang paling parah kita sendiri jarang dan tidak pernah menghadiri mesyuarat atau program-program bersama mereka.
"Kadang-kadang kita takut untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu kerana tidak ada keupayaan berhujah," katanya.
Beliau berkata, tuduhan Umno dan Barisan Nasional (BN) PAS merupakan boneka PR, hanyalah sekadar persepsi yang ingin ditimbulkan.
"Malahan terjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi," katanya.
Beliau mengambil contoh ketika PR mentadbir Perak pada 2008, semua keputusan dicapai melalui hasil permuafakatan dan mesyuarat Majlis Pimpinan PR negeri itu.
‎"Malahan PAS diberi keistimewaan selain tiga wakil parti juga ditambah dua lagi iaitu menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai pengerusi dan saya ketika itu selaku setiausaha politik menteri besar diamanahkan sebagai setiausaha majlis pimpinan. 
"Struktur ini kekal hingga sekarang cuma anggotanya sahaja yang berubah. Mesyuarat diadakan setiap minggu sepanjang pemerintahan PR, selepas kerajaan dirampas barulah sebulan sekali dan ada kalanya dua minggu sekali," katanya.
Justeru, katanya PR di negeri Perak merupakan contoh terbaik bagi melihat kebersamaan dan perpaduan dengan tidak menafikan wujud juga perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu.
‎"Sehingga sekarang setiap tahun diadakan konvensyen PR Negeri Perak tanpa gagal dan ini satu suasana menarik betapa utuhnya semangat bekerjasama di dalam gabungan.
"Peluang melalui kerjasama politik ini digunakan sebaik mungkin untuk PAS Perak menerangkan konsep Islam yang sebenar, perpaduan dalam Islam, keadilan, kesaksamaan dan sebagainya," katanya.
Katanya lagi, pimpinan DAP juga cukup menghormati ulama dalam PAS ini termasuk apabila terdapat program yang diatur bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dengan Dewan Ulama PAS negeri untuk bertukar-tukar pandangan.
"Yang terbaru satu persidangan PR diadakan dengan dihadiri wakil-wakil parti bagi menerangkan dan membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan syariat yang berbangkit.
"Malahan apa jua program termasuklah ceramah hari kebesaran Islam, tazkirah, kuliah maghrib dan pelbagai program agama anjuran PAS, kelibat wakil-wakil rakyat bukan Islam daripada DAP dan PKR sentiasa kelihatan untuk turut mendengarnya. Suasana seumpama ini tidak pernah wujud sebelum adanya PR," katanya. – 1 Oktober, 2014.

Oooo........Bising Di Pentas Yang Salah Rupanya!

Guan Eng tak buka pintu ker dia nak bersih rumah sendiri?
Ini jenis yang malas nak cuci, rumah sendiri diwar-warkan berbau busuk!

Iszuree sudah diberi peluang
 | October 1, 2014
Pemecatan Bendahari PAS negeri daripada semua jawatan dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), diputuskan berdasarkan laporan media.
KE_Iszuree_Ibrahim_840_559_100GEORGE TOWN: “Beliau sudah diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar kepada media kerana perkara ini dibangkitkan menerusi media, tetapi beliau secara berterusan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri” demikian kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai.
Hon Wai berkata, Iszuree Ibrahim sebelum ini pernah diberi peluang untuk memberi penjelasan tetapi beliau berterusan mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.
“Pemecatan Bendahari PAS negeri itu daripada semua jawatan dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diputuskan berdasarkan laporan media.
“Saya akan menyampaikan memorandum yang mengandungi 19 tandatangan ahli MPPP yang mahu Iszuree dipecat kepada Exco kerajaan negeri yang akan bermesyuarat esok,” katanya kepada media.
Iszuree dipecat selepas beliau dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan semasa ucapan dasarnya pada Muktamar PAS di Johor baru-baru ini.
Dalam pada itu, sidang media yang dikendalikan oleh Wong tegang seketika apabila beliau gagal memberikan penjelasan mengapa Iszuree dikenakan tindakan, walaupun mendakwa berita yang dilaporkan tidak tepat semasa Iszuree membuat ucapan pada Muktamar PAS lalu.
Sebelum ini Iszuree mendakwa surat pemecatan beliau tidak disertakan alasan oleh MPPP biarpun telah menjadi ahli majlis sejak 2010.
Surat bertarikh 26 September itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 September memutuskan untuk mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan kepada beliau.

Ulasan Ini Lagi Sarcastic!

DAP dan PKR perlu kaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan
Ng Kee Seng

ULASAN: Kekalahan besar PAS di Pengkalan Kubor membuktikan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu berundur daripada menerajui parti tersebut.
Sekiranya enggan, masa depan PAS di arena politik Malaysia akan musnah kerana beliau dianggap bertanggungjawab menaikkan kemarahan penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Tiada alasan mengapa PAS boleh kalah dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar, sedangkan parti Islam itu menerajui kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
PAS tidak boleh menyalahkan BN-Umno dengan mendakwa ia menggerakkan jentera kerajaan pusat, kerana kerusi DUN Pengkalan Kubor berada dalam parlimen Tumpat yang dikuasai PAS.
Kekalahan memalukan ini mengesahkan PAS tidak boleh bergerak sendirian. Parti itu hanya mampu menang di Perak, Kedah dan Terengganu hanya dengan bantuan rakan-rakan lain di dalam Pakatan Rakyat. Sejarah pilihanraya di Malaysia membuktikan hakikat ini.
Adakah PAS mencongak ingin menyertai BN? Sesiapapun boleh menduga bahawa Umno tidak mungkin bermurah hati menawarkan tempat kepada PAS. PAS dilihat menggali kuburnya sendiri jika mengekalkan Haji Hadi.
Pendirian beliau di dalam kemelut MB Selangor tempoh hari mendatangkan masalah besar, bukan hanya kepada PAS, malah Pakatan Rakyat.
Beliau cuba menjadi ‘broker’ kepada kerajaan perpaduan (UG) di Selangor dengan menarik sokongan Timbalan Presiden PKR YAB Azmin Ali dan Umno Selangor.
Namun, kini Haji Hadi berkata tiada sebab bagi PAS menubuhkan kerajaan perpaduan dengan BN-Umno.
Sudah tentu beliau terpaksa mengubah pendirian kerana ingin kekal berkuasa.
Bagaimanapun, Hj Hadi hanya mampu menipu penyokongnya sendiri. Jika beliau benar-benar berpengaruh, sudah tentu beliau mampu menjawat jawatan tinggi di dalam kerajaan perpaduan dengan BN-Umno hari ini.
Lebih mengecewakan, naib ketua sayap Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin berkata parti itu mungkin keluar daripada Pakatan Rakyat apabila tiba masa yang sesuai.
Tolong keluar sekarang.
Inilah masa yang sesuai. Pakatan tidak perlukan musuh dalam selimut bagi mengekalkan kuasa Umno.
Umno kekal di kerusi DUN Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,626 berbanding 1,736 pada PRU13 tahun lalu. Ia mendapat undi sebanyak 9,948 (atau 56.29%).
Melihat kepada corak di pusat-pusat pengundian, PAS dilanyak di kebanyakan kawasan. Umno menang di Pengkalan Kubor, Kg Ketil, Simpangan, Tujoh, Kg Telaga Bata, Kg Bunohan, Jubakar Darat, Bendang Pak Yong, Teluk Jering dan juga undi pos.
PAS hanya menang di Kg Tebing (107), Kg Getting (308) dan Kedai Getting (139).
Haji Hadi telah berjaya menyemai kebencian dan keraguan di kalangan rakan-rakan Pakatan.
Ia bakal musnah.
Pemimpin PKR dan DAP perlu berbincang kedudukan PAS sekiranya Haji Hadi kekal berkuasa di dalam PAS.
PKR dan DAP telah bertindak memboikot usaha berkempen di Pengkalan Kubor. Kini mereka perlu menjenamakan semula Pakatan Rakyat tanpa kelibat PAS.
Usaha ini sekurang-kurangnya mampu mengembalikan sokongan terhadap PKR dan DAP, kerana PAS sudah tidak lagi mampu dipercayai.

Saari dan Hasnul: Setelah Dibalun Oleh Ahli Dan Dilabel Oleh Presiden, Akhirnya Ini Tindakannya

Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali 
Irwan Muhammad Zain,Astro Awani |Kemas kini:September 30, 2014
(Diterbitkan pada: September 30, 2014 13:39 MYT)

Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali
Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS (Foto: Arkib)
KUALA LUMPUR: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit.

"Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak.

"Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut.

"Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

"Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS.

"Saari dan Hasnul memberi kerjasama yang baik dan pertemuan diadakan secara berasing selama sejam untuk setiap seorang," katanya lagi.

Saari dan Hasnul dipanggil memberi keterangan kepada Setiausaha Agung PAS ekoran tindakan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Sealngor sebelum ini.

Akibat tindakan tanpa merujuk kepada PAS Pusat itu, banyak pihak dalam parti itu mahu supaya dua Adun tersebut dikenakan tindakan.