Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 1, 2014

Ulasan Ini Lagi Sarcastic!

DAP dan PKR perlu kaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan
Ng Kee Seng

ULASAN: Kekalahan besar PAS di Pengkalan Kubor membuktikan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu berundur daripada menerajui parti tersebut.
Sekiranya enggan, masa depan PAS di arena politik Malaysia akan musnah kerana beliau dianggap bertanggungjawab menaikkan kemarahan penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Tiada alasan mengapa PAS boleh kalah dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar, sedangkan parti Islam itu menerajui kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
PAS tidak boleh menyalahkan BN-Umno dengan mendakwa ia menggerakkan jentera kerajaan pusat, kerana kerusi DUN Pengkalan Kubor berada dalam parlimen Tumpat yang dikuasai PAS.
Kekalahan memalukan ini mengesahkan PAS tidak boleh bergerak sendirian. Parti itu hanya mampu menang di Perak, Kedah dan Terengganu hanya dengan bantuan rakan-rakan lain di dalam Pakatan Rakyat. Sejarah pilihanraya di Malaysia membuktikan hakikat ini.
Adakah PAS mencongak ingin menyertai BN? Sesiapapun boleh menduga bahawa Umno tidak mungkin bermurah hati menawarkan tempat kepada PAS. PAS dilihat menggali kuburnya sendiri jika mengekalkan Haji Hadi.
Pendirian beliau di dalam kemelut MB Selangor tempoh hari mendatangkan masalah besar, bukan hanya kepada PAS, malah Pakatan Rakyat.
Beliau cuba menjadi ‘broker’ kepada kerajaan perpaduan (UG) di Selangor dengan menarik sokongan Timbalan Presiden PKR YAB Azmin Ali dan Umno Selangor.
Namun, kini Haji Hadi berkata tiada sebab bagi PAS menubuhkan kerajaan perpaduan dengan BN-Umno.
Sudah tentu beliau terpaksa mengubah pendirian kerana ingin kekal berkuasa.
Bagaimanapun, Hj Hadi hanya mampu menipu penyokongnya sendiri. Jika beliau benar-benar berpengaruh, sudah tentu beliau mampu menjawat jawatan tinggi di dalam kerajaan perpaduan dengan BN-Umno hari ini.
Lebih mengecewakan, naib ketua sayap Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin berkata parti itu mungkin keluar daripada Pakatan Rakyat apabila tiba masa yang sesuai.
Tolong keluar sekarang.
Inilah masa yang sesuai. Pakatan tidak perlukan musuh dalam selimut bagi mengekalkan kuasa Umno.
Umno kekal di kerusi DUN Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,626 berbanding 1,736 pada PRU13 tahun lalu. Ia mendapat undi sebanyak 9,948 (atau 56.29%).
Melihat kepada corak di pusat-pusat pengundian, PAS dilanyak di kebanyakan kawasan. Umno menang di Pengkalan Kubor, Kg Ketil, Simpangan, Tujoh, Kg Telaga Bata, Kg Bunohan, Jubakar Darat, Bendang Pak Yong, Teluk Jering dan juga undi pos.
PAS hanya menang di Kg Tebing (107), Kg Getting (308) dan Kedai Getting (139).
Haji Hadi telah berjaya menyemai kebencian dan keraguan di kalangan rakan-rakan Pakatan.
Ia bakal musnah.
Pemimpin PKR dan DAP perlu berbincang kedudukan PAS sekiranya Haji Hadi kekal berkuasa di dalam PAS.
PKR dan DAP telah bertindak memboikot usaha berkempen di Pengkalan Kubor. Kini mereka perlu menjenamakan semula Pakatan Rakyat tanpa kelibat PAS.
Usaha ini sekurang-kurangnya mampu mengembalikan sokongan terhadap PKR dan DAP, kerana PAS sudah tidak lagi mampu dipercayai.

12 comments:

  1. Penulisannya amat tepat dan padat walaupun agaknya berbangsa Tionghua. Kita yang Melayu ini pun tak se-peka beliau dalam mengupas sesuatu isu besar yang berbangikit. Itulah saya amat suka membaca posting Tuan Admin, Abu Hassan Adam dan Shahbudin Hussin - penulisan yang logik, berfakta, berilmu dan ada unsur kebenarannya tanpa prejudis. Kadangkala kita lihat bangsa lain (selain Melayu) kurang peka terhadap politik, tetapi kadangkala jangkaan kita amat meleset sekali kerana mereka tidak suka berbicara tentang politik secara terbuka tetapi akan menterjemahkan segalanya di kertas undi di PRU. Atas sebab itu saya rasa kuasa politik PR di Selangor dalam PRU akan datang agak terkesan juga dek kerana perilaku Pemimpin Utama PAS yang buat "onar" dan menikam kawan tempoh hari. Rupa-rupanya di surat khabar China lagi hebat menceritakan segala "kemelut di muara Selangor" ini tak seperti yang kita jangkakan (ingat mereka berdiam diri sahaja). Akhir kata, politik di Selangor jauh sekali jika nak disamakan dengan Kelantan. Oleh itu PAS (terutama geng UG) boleh mula kemaskan barang untuk keluar dari pejabat kerana PRU14 adalah penentuan yang amat sukar bagi parti Pimpinan Ulama yang diciplak dari "Revolusi Iran" ini untuk bernafas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalah dikawasan kalah ok ler.nie yg kalah dikawasan menang per citer.pasmapkr akan berterusan berpropaganda hanyir.

      Delete
  2. sarkastik, bOmbastik bukan plastik ! ABU & tentang geng pro-'UG' !

    ReplyDelete
  3. Ulasan Ng Kee Seng adalah benar.

    Samaada Hj Hadi dan geng ug keluar dari pimpinan Pas atau Pas secara total keluar dari Pakatan.

    Pas harus mengkaji paradigma yg menghantui hala- tuju Pakatan ini dgn kadar segera sekira ianya jujur dalam hemah politik tanahair.

    Kami akan tetap ABU dan ABUg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih.kih.kih...melayu malas beranalisa menyokong demi sesuap rezeki.oi...apa komen hang bila dap kalah diParlimen Teluk Intan dikerusi yg dimenangi sebelum nie.lagi pelik oi.nie baru betul spesis haramjadah yg mengiyakan apa kata cina tanpa berfikir.

      Delete
  4. PR lebih hebat tanpa PAs...kerosakan yg telah TGHH dgn kuncu2nya cipta telah memusnahkn imej PAs.
    PRU14 blom tentu PAs dapat memerintah Kelantan.
    PAS !! U are fired..

    ReplyDelete
  5. Wahai kawan-kawan semua, kalau komen-komen diatas tak cukup...tambah lagi, hentam PAS cukup-cukup sampai lumat dan lunyai.

    ReplyDelete
  6. hoi PR yg bukan dari PAS jangan la dok usik kami n cari pasal dgn PAS...Sejak 1951 lg PAS tak pernah rasa di pinggirkan... kami istiqomah dan berjuang dengan Ikhlas dan berjaya menawan kerusi DUN dan Parlimen.. dan pernah membentuk kerajaan negeri dan pernah dipelawa membentuk BN selepas mageran 1969/1970... sekali kami tak ingin... jgn harap kami akan jengok n pandang pada anda... musuh utama kami adalah ubn... PKR baru setahun jagung... baru 1.5 penggal perintah selangoq dah mula mabuk daun biak... PAP/DAP paling berjaya pasai dapat temasik dari Malaya... tapi terlepas Penang pasai Lim Chong Eu tubuh gerakan...La ni DAP pun baru rasa 1.5 penggal perintah Penang dah pandai nak usik PAS... Orang2 pasma jgn gah menongkah badai.. nanti ahli PAS conservative mcm aku ni,,, lambat laun kami akan sedar dari di buli dan di inayai... pihak yang simpati dgn pasma akan lari tak cukup tanah... ingatlah sejarah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awang chan,skrg ni bkn zaman nk kenang2 sejarah,tu dh lps..skrg ni zaman pandang ke depan..ptt lah PAS dok tang tu je..x de sape pn mrh kn PAS..cuma kelompok ug je yg org mrh kn..jgn emosi sgt..

      Delete
  7. Mana datang pula si biul Si Awang Chan ini? Korang faham kah apa yang direpeknya?

    ReplyDelete
  8. PAS Parti Politik GAGAL ; itu Fakta !

    Ada ke orang orang waras bijak pandai lagi intelektual suka di panggil barua , broker dan di tipu buta buta dalam per janjian ?

    Rakyat tidak sanggup di tipu bodoh oleh orang orang yang sah bodoh. Itu Fakta juga tau...

    ReplyDelete
  9. Kalau pas nak stay di arus perdana pemimpin pas mcm hj hadi mustafa ali nik abduh, nsharudfin vellfire kena kluar..depa elok buka sekolah pondok...xlayak jd ahli politik... Pas xkan maju dan setanding parti lain selagi depa ni bercita ita nak bersama amno yg terus membuli rakyat... Pas xkan kemana dok ingat sejarah lama tetapi xnak berubah dgn keperluan sekarang .. Depa tu pun dok kejar dunia jgk rupanya... Xzuhud mana walaupun suruh org wala kat depa....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa