Astro Awani | Kemas kini: September 29, 2014 (Diterbitkan pada: September 28, 2014 07:21 MYT)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM diberi tanggungjawab mengetuai sebuah 'Task force' yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM, JKDM, LHDN, Imigresen, SSM.
'Task Force' ditubuhkan bagi menangani ketirisan hasil kerajaan yang berlaku melibatkan penyeludupan rokok dan arak berjumlah melebihi RM1.67 bilion, tetapi cukai dibayar hanya melibatkan barang RM420 juta.
Pemantauan dibuat lebih setahun melibatkan Intelligence and Analysis Based Investigations selain semua pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A), dan 17 (a) ASPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan.
Operasi bermula 2 September lalu dengan tangkapan demi tangkapan sehingga seorang suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam dengan tujuh pertuduhan terima suapan tertinggi sebanyak RM688,100 pada 25 September lepas.
Lepas ini minta "Task Force" tersebut membuat operasi besar-besaran terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula. Jabatan tersebut lagi "makan secara terang-terangan" terutama melibatkan syarikat transport yang besar dan bahagian pelesenan (akademi memandu) yang cukup banyak menghabiskan wang rakyat dan meninggikan lagi statik kemalangan disebabkan pemandu yang kurang layakpun diberi lesen atas sebab "bayar untuk lulus" (jauh lebih hebat dari kastam), cuma kerajaan yang ada ini terlalu bebal dan suka bersubahat dalam hal yang merugikan rakyat.
ReplyDeleteBebudak Melayu kalau nak kan Bentley , Mercedes Benz , Range Rover boleh jadi kreatif dan bijak , dari Barua ke Broker hingga ke Pil Pil Keldai.
ReplyDeleteMelayu tak akan hilang di dunia !
Kat mana agak nya Melayu Melayu akan lepak bila sudah tiada Nilai Ekonomi dan Pokai ???
Teringat pulak pada bebudak di Indon.
Bro 5:24 AM
ReplyDeleteDari maklumat rakan aku di Kuantan dan Ipoh, mereka yang terdiri kalangan anak muda dari sebuah NGO telah lama mengumpul bukti bergambar dan saksi rakaman serta aktiviti penguji (tester) JPJ di dalam dan diluar tugas untuk dibawa terus kepada KDN/menteri memandangkan pihak SPRM kurang peka terhadap kes-kes yang dikatakan terpencil begini tetapi kesannya terlalu besar terhadap rakyat hingga membabitkan kehilangan nyawa pemandu dan di pihak pengguna yang lain. Pihak tester ini juga bertugas terlalu lama di daerah/negeri ini hinggakan perkara rasuah terlalu mudah berlaku seperti rutin makan nasi tengahari aje layaknya di setiap kali ujian JPJ dijalankan sedangkan mereka ini adalah kakitangan kerajaan yang sepatutnya berdisiplin dan telah dikenakan akujanji. Tidak mustahil mudahnya berlaku rasuah besar-besaran sekiranya mereka ini boleh tidur sebantal dengan pengajar atau staf institut memandu. Jangan nanti dikatakan zaman Najib menjadi PM, sikap menteri dan ketua kerajaan terhadap rasuah tiada beza dengan negara India dan Zimbabwe. Kepercayaan rakyat terhadap mereka ini sudah ditahap ‘zero’, kerana setiap belia yang mengambil lesen memandu pastinya akan terhidu busuknya perangai mereka ini. Berubah sebelum diubah.