Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 1, 2014

Saari dan Hasnul: Setelah Dibalun Oleh Ahli Dan Dilabel Oleh Presiden, Akhirnya Ini Tindakannya

Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali 
Irwan Muhammad Zain,Astro Awani |Kemas kini:September 30, 2014
(Diterbitkan pada: September 30, 2014 13:39 MYT)

Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali
Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS (Foto: Arkib)
KUALA LUMPUR: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit.

"Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak.

"Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut.

"Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

"Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS.

"Saari dan Hasnul memberi kerjasama yang baik dan pertemuan diadakan secara berasing selama sejam untuk setiap seorang," katanya lagi.

Saari dan Hasnul dipanggil memberi keterangan kepada Setiausaha Agung PAS ekoran tindakan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Sealngor sebelum ini.

Akibat tindakan tanpa merujuk kepada PAS Pusat itu, banyak pihak dalam parti itu mahu supaya dua Adun tersebut dikenakan tindakan.

12 comments:

  1. PAS Parti Politik GAGAL. Itu Fakta !

    Yang Hak di hina , Yang Bathik di junjung. Tanda tanda Jahilyah dalam PAS sudah muncul....

    Sesungguhnya kejahilan membawa kemusnahan sesuatu kaum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri jahil lg bahlol serta bangang tak mau hengat.

      Delete
  2. PAS sudah Gentar....Kata2 BARUA...tak dipanggil ke?
    keluar saja ..dari PR.....selesai story....Anak2 SELANGOR pun dah Bosan dengan Perangai PEMIMPIN PAS yang sedia ada....!

    Jikalau ada Pilihanraya di Negeri Selangor, Sekiranya CALON PAS bertanding PASTI akan TUMBANG....!

    Kawan sarankan YB Shaari dan Hasnul jangan bertanding atas tiket PAS di Selangor...

    PAS adalah TOYs UMNO.

    "KOTA DAMANSARA" adalah pentunjuk paling jelas PRINSIP PARTI PAS.
    Apa yang berlaku pada PRU yg lalu itu lah sifat ANGKUH parti PAS. Dan ia pasti akan berulang kembal. Mesyuarat PR pun hantar wakil. Cukup JELAS dan MELOYAKAN.

    PAS TETAP ANGKUH SELAGI ADA PEMIMPIN2 YG PUJI DIRI MASIH TERBAIK, TAPI BAGI SATU NEGERI, SEPENGGAL SAJA BOLEH URUS!
    Masih MAMPU MENJERIT BARUA.....PIHAK DISIPLIN TAK BERANI AMBIL TINDAKKAN KE?

    Kalau tak berani takda bezanya PAS dan UMNO.

    ReplyDelete
  3. pulak ! nanti flip flop lain ceriTa pula ! ABU !

    ReplyDelete
  4. Dengan Nama Allah SWT
    Inilah sifat segelintir kemelayuan suka jaga tepi kain orang. Seolah olah golongan (admin & komentar )ini terlalu ariff untuk mengadili permasaalah rumah tangga orang. Bila tang ex Umno DS Anwar/nenek kipas pecat TS Khalid Ibrahim tanpa di adili oleh PAC Selangor tiada siapa ( Admin/ Komentar ) mempersoalkan. Tapi bila bab parti PAS omak eh.... panjang lebar kupasannya. Adakah kita ini faham apa yang kita kupas dan komen perihal permasaalan rumah tangga orang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haji

      "Inilah sifat segelintir kemelayuan suka jaga tepi kain orang."

      Inilah dikatakan melayu sengau....kata kat orang dia pun 2x 5. Kalau tak busybody seperti tuduh kat orang, haji xkomen pun.

      Ini satu lagi jenis manusia xboleh pakai....

      Delete
  5. Tentawi , Nik Abduh..Dr Zuhdi...karton dalam PAs....kalo ini lah contoh pemimpin yg bakal terajui Pas kelak....PAs mmg parti mangkok ayun. PAs parti lebai kampong yg bru nak rasa nikmat dunia.
    Tanpa PAs, islam akan trus hebat.
    PAS FOR PAS..NOT FOR ALL !!

    ReplyDelete
  6. Pintu Zaman Khalifah sudah bermula,pejuang Islam dalam demokrasi sudah menunjukan tanda2 kehancuran.Belum ada dalam sejarah dunia,Islam boleh bangun dengan demokrasi.Yg nampak,Barat mengunakan demokrasi untuk menhancurkan Islam.

    ReplyDelete
  7. rocky the great brown flesh vibrator says: melayu dan politik akan gagal: pemimpin politik melayu tanpa KEIKHLASAN & KEJUJURAN akan musnah agama, bangsa & Negara! Percayalah kalian semua. Tengok & renung dalam2. Pemimpin politik melayu zaman kini semua ibarat jubo bernanah buasir & penyokong2 mereka ibarat bulu disekitar jubor tersebut. Sekian.

    ReplyDelete
  8. Apa lagi dua adun, saman sahaja mulut kotor yang kata barua dan broker tu... dia jaja kamu berdua sebagai dibeli.

    ReplyDelete
  9. apa sudah jadi dengan pas....macam lalang....pas perlu pembaharuan....pemimpin atas perlu ditukar.....sudah tak realistik....keputusan tak guna otak .....guna kepala lutut....

    ReplyDelete
  10. Minta komen bro bat8 berhubung isu ini tetapi jangan beri sebarang fakta khasnya kepada Haji Kayu di atas.

    Haji Kayu ini kata pengomen-pengomen tidak faham masalah PAS, tetapi adakah PAS yang faham masalah parti lain? Puas sudah bro bat8 huraikan dengan panjang lebar pada posting lepas, tetapi ternyata sayang ianya Kayu tetap kayu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa