Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Faekah Husin mendakwa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengeluarkan arahan kepada Bendahari Selangor supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didakwa membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Faekah Husin.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.
"Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin.
"Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.
"Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi," katanya.
Faekah mendesak Azmin memberi penjelasan munasabah arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid.
"Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’," katanya.
Faekah juga mendakwa tindakan itu seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri yang baru mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.
"Nampaknya menteri besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus-lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya. – 1 Oktober, 2014.
Mesti arahan dari nuar.mcm arahan dia supaya azmin cari dan dedah kesalahan TSKI.busuk punya kaki anwar nie.haprak sungguh.
ReplyDeletekalau betul ni yg aku menyampah dgn pemimpin pr yg masih berjiwa umno ni.
ReplyDeleteDengan Nama Allah SWT
ReplyDeleteSeandainya benar Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang,saya harap mereka bersabar insyaAllah MB Selangor yg baru akan beri " WANG EHSAN " melalui JPP kawasan mereka. Kalau dah di didik oleh UMNOBN maka lahirlah peel macam UMNOBN jua. Syabas MB Selangor amallah sifat keUMNOan mu itu
Haji
DeleteKalau rasa bijak sangat, layak sangat, PRU 14 masuk le bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlim3n.
OK la tu Hj. Kau nak buat macam Mana pula. Cara umno pun OK APA. Dah biasa perintah Malaysia pun. Kau tu Ada pengalaman la?
ReplyDeletePompuan ini siapa yea , ADUN ke MP ke....?
ReplyDeleteGeng Khalid , apa yang tidak benar pun boleh jadi benar ???
Relevan lagi ke ?