Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 1, 2014

Bila Mahathir Meludah Ke Langit........

Siapa jadikan Umno parti ‘pak turut’, Tun M?
Hazlan Zakaria01:00PM Okt 01 2014

KOMEN: Aneh sekali apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bersetuju bahawa walaupun ahli Umno sekarang dilihat lantang bersuara, mereka sebenarnya tidak mampu mengkritik apatah lagi menjatuhkan presiden sedia ada.
Tentu Mahathir dijangkiti sindrom “Melayu mudah lupa” kerana bukankah beliau yang memulakan langkah menyingkir penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi daripada tampuk kuasa.
Dan bukankah ahli-ahli Umno telah bersuara agar Pak Lah berundur bagi digantikan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?
Mungkin perkara tersebut terlepas daripada pandangan Mahathir, yang kadang-kala ingin melihat apa yang ingin dilihatnya sahaja.
Beliau dipetik berkata perkara tersebut di dalam laporan berita selepas disoal berhubung dakwaan bekas ketua pengarang New Straits Times (NST) Datuk A. Kadir Jasin bahawa ahli Umno tidak lagi berani menyuarakan apa yang terbuku di hati mereka.
Buat masa ini, Mahathir didakwa berpendapat bahawa budaya Umno ialah bagi menyokong pemimpin-pemimpinnya tanpa banyak soal.
Mungkin juga pendapat ini tercetus selepas kritikan beliau terhadapNajib tidak diberi perhatian, walaupun Mahathir mengumumkan bahawa Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan beliau.
Barangkali masih ada ahli Umno yang lantang bersuara, jika mendapat pembiayaan daripada pihak-pihak tertentu?
Tetapi anehnya, Tun M sendiri mungkin mencetus budaya di mana ahli Umno menyokong pemimpin tanpa banyak bicara.
Pertama, apabila veteran Umno, kebanyakannya guru dan penjawat awam mula menyuarakan pendapat, mereka dikenakan larangan berpolitik terhadap penjawat awam. Mereka lantas diketepikan.
Kemudian, para aktivis dan ahli politik yang lantang bersuara dikenakan tahanan di bawah peruntukan pelbagai undang-undang.
Di zaman Mahathir, ramai pemimpin yang sedang meningkat naik mendapati diri mereka tersepit. Malah jawatan timbalan perdana menteri merupakan ‘kerusi panas’ yang tidak lama diduduki. 
Tun Musa Hitam, allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Pak Lah.
Mahathir mungkin perdana menteri paling ramai timbalan dalam sejarah Malaysia, sepanjang 22 tahun menerajui kerajaan.
Mungkinkah itu menjadikan Umno parti ‘pak turut’? Bayangkan seorang pemimpin yang lama memerintah sambil yang lain-lain hanya mengikut kehendaknya.
Walaupun sudah bersara, doktor itu masih mahu pihak lain mengikut kemahuannya, pertama Pak Lah dan kini Najib. 
Mahathir hari ini mengkritik parti yang beliau sendiri musnahkan dan bina kembali mengikut selera serta ciri-ciri yang disemainya.
Malah Umno tidak lagi wujud sebenarnya. Ia Umno Baru atau Umno B. Ia menggunakan helah perundangan bagi kekal beroperasi.
Ada yang berkata helah ini bagi menghentikan pemimpin ditumbangkan melalui proses pengundian. Lantas parti Umno Lama diharamkan.

2 comments:

  1. Tak boleh salah kan Mahathir.

    Mahathir itu Mamak ; kalau Melayu sudah jadi gagal tak boleh salah kan bangsa lain termasuk Mamak.

    Melayu kalau bijak pandai kenapa nak pilih yang Gagal jadi Ketua , lebih lebih lagi Mamak jadi Ketua ? Kan Bahalol tu.

    Bila Doktor (Perubatan) di kata Ngok dan Nelayan di kata Bijak , bangsa Melayu sudah betul betul hilang ke warasan akal.

    Teringat pulak Bebudak pancing di Lombong (Nelayan Daratan).

    ReplyDelete
  2. Kaki Auta (punya) TUN!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa