Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 25, 2013

PR Tak Layak Tadbir Negara Sebab Bercanggah Pendapat Tapi Yang Korap Layak Sebab Bijak Songlap!

PR bohong 
Mahathir tak bohong tapi kelentong dan putar belit!

Dr M: PAS tak mungkin laksana hudud tanpa majoriti

April 25, 2013
PAS perlu memperoleh sokongan dua pertiga tetapi hanya bertanding 70 kerusi parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi.
KUALA NERANG: PAS tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud kerana parti itu tidak akan mampu menguasai majoriti kerusi parlimen untuk meminda perlembagaan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata bagi meminda perlembagaan, PAS perlu memperoleh sokongan dua pertiga kerusi parlimen dan ia pasti tidak akan tercapai kerana parti itu hanya bertanding 70 kerusi parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi.
“DAP dan PKR tidak akan sokong, mereka (PAS) tidak akan mendapat dua pertiga majoriti tetapi rakyat tidak memahaminya.
“Untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, ini semua temberang, cakap bohong. Orang yang menipu, suka berbohong tak boleh jadi kerajaan,” katanya kepada pemberita pada Program Himpunan Rakyat Padang Terap Bersama Calon Barisan Nasional di Padang Awam Padang Terap, di sini hari ini.
Beliau berkata pakatan pembangkang juga tidak layak mentadbir negara kerana pemimpin-pemimpin mereka sering bercanggah pendapat.
`PKR lawan PAS’
“Kalau kita tengok Datuk Seri Najib (Tun Razak) cakap semua sokong, Cina, Melayu, India, Iban dan Kadazan. Tapi bila satu pihak mereka (pembangkang) kata sesuatu benda, yang lain semua bantah.
“Mereka bertanding, PKR lawan PAS, mana boleh ada kerjasama, kalau tak dak kerjasama macam mana nak bentuk kerajaan bersekutu?,” kata Mahathir.
Dalam perkembangan lain, beliau menyifatkan insiden letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran BN di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal Selasa lalu sebagai bukan budaya orang Malaysia.
Mahathir berkata budaya itu mungkin ditiru dari negara yang kerajaannya bersifat kuku besi dan perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku di sini kerana Malaysia ada pilihan raya umum setiap lima tahun.
“Dia tak tau nak jawab apa yang kita kata, dia guna kekerasan, cuba nak bunuh orang, orang Malaysia tak bunuh orang, ini budaya orang luar,” katanya merujuk kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara itu.
Dalam kejadian pada 10.15 malam itu seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan yang diletakkan pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa