Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 22, 2013

Mat Taib Sertai PAS Kerana Menebus Kegagalan Lampau?

“Saya cuma mahu hendak memberi sokongan kepada PAS kerana selama 40 tahun saya bersama Umno mereka telah gagal dalam membawa ajaran Islam sebenar dan hanya atas nama sahaja,” 

Bukan saja UMNO gagal di dalam mentarbiah Ummah bahkan Mohammad Taib sendiri gagal mentarbiah diri!

Mat Taib sah sertai PAS, ikrar bantu pertahan Selangor
TERKINI @ 12:48:13 PM 22-04-2013
OLEH MD IZWAN
APRIL 22, 2013
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menerima borang keahlian daripada Muhammad Muhammad Taib

KUALA LUMPUR, 22 April — Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sah menyertai parti PAS serta berikrar untuk berkempen bagi parti Islam itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini.
Dalam sidang media di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut di sini, Muhammad menyerahkan borang keahlian kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi ini.
“Sudah lama saya berhasrat untuk sertai PAS, sejak tahun lalu lagi,” kata Muhammad.
Dalam pada itu, Muhammad juga berjanji akan berkempen untuk PAS, memberi isyarat bekas pemimpin tertinggi Umno tersebut akan melawan parti yang pernah beliau sertai 40 tahun lalu.

“Saya tak berhajat untuk jadi calon ataupun pegang jawatan.

“Saya cuma mahu hendak memberi sokongan kepada PAS kerana selama 40 tahun saya bersama Umno mereka telah gagal dalam membawa ajaran Islam sebenar dan hanya atas nama sahaja,” kata Muhammad lagi.

Menurut Muhammad, PAS sebagai sebuah parti Islam perlu menguasai kawasan bandar terutamanya jika mahu menyebarkan ajaran Islam dan supaya masyarakat memahami tentang ajaran agama tersebut.

“PAS dan Islam perlu berkembang di kawasan bandar, hanya dengan cara itu penyebaran dan pemahaman tentang agama Islam dapat disampaikan dengan berkesan,” tambahnya.

Penyertaan Muhammad hari ini berkemungkinan untuk mengukuhkan jentera PAS di Selangor, terutamanya selepas berita langkah Barisan Nasional (BN) meletak seorang pendakwah dan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin di kerusi Parlimen Shah Alam untuk berhadapan calon PAS, Khalid Samad.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata kemasukkan Muhammad adalah tepat pada masanya, serta menambah kempen PAS pasti lebih mantap dengan kehadiran pemimpin tertinggi Umno itu.

“Ya, ia tepat pada masanya.

“Selain Selangor, Muhammad juga akan membantu kempen PAS ke seluruh negara,” ujarnya lagi.

Muhammad merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

Muhammad meletak jawatannya pada 1998 selaku MB selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia.
Antara jawatan tertinggi yang pernah disandangnya semasa dalam Umno ialah naib presiden (2000-03) dan ketua penerangan (2008-09).

Pengumuman ini merupakan tamparan besar kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini dalam misi untuk menawan negeri terkaya tersebut pada Pilihan Raya 2013 ini.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran Pakatan Rakyat dibawah MB sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR ketika ini mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa