Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 25, 2013

Hantu Belaan Memang Susah Dihalau

Siap terbang berkeliaran di hari sebelum dan hari mengundi
Jenis hantu belaan dan bertuan ni, Dato' Harun Din pun tak boleh buat apa-apa!
Mahfuz: Ada cubaan ‘seludup’ pengundi hantu
Jamilah Kamarudin| April 25, 2013
Rombongan (pengundi hantu) akan dibawa masuk ke Semenanjung menggunakan pesawat disewa khas sehari sebelum hari mengundi.

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa wujud cubaan pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi hantu daripada Sabah dan Sarawak ke Semenanjung semasa hari mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 pada 5 Mei nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, rombongan tersebut akan dibawa masuk ke Semenanjung menggunakan pesawat yang disewa khas sehari sebelum hari mengundi.

“Kami menerima laporan mengenai pergerakan luar biasa sekumpulan rombongan dipercayai pengundi dari Sabah dan Sarawak yang akan memasuki Semenanjung bermula hari ini hingga 4 Mei menggunakan pesawat yang disewa khas.
“Tujuan kenapa rombongan ini dibuat masih dalam siasatan kami. Kami juga sedang mengumpulkan maklumat jadual perjalanan mereka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mahfuz memberi amaran kepada warganegara asing yang diberi kad pengenalan tidak mengikut undang-undang yang sepatutnya dan kemudian didaftarkan sebagai pengundi supaya tidak mengundi dalam PRU kali ini.
“Kami mahu supaya masa depan Malaysia ditentukan sendiri oleh rakyatnya,” katanya.
Kerjasama
Sementara itu, Mahfuz meminta kerjasama polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menghalang sebarang ceramah atau aktiviti kempen calon PRU13.
Ini ekoran beberapa insiden sebelum ini apabila calon diminta mengisi borang seolah-olah ingin memohon permit untuk berkumpul.
Beliau berkata, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 setiap aktiviti yang ingin diadakan perlu mengemukakan notis 10 hari lebih awal sebelum tarikh perhimpunan.
Namun untuk kes kempen pilihan raya katanya, calon tidak perlu berbuat demikian sebaliknya hanya perlu memaklumkan tarikh perhimpunan kepada polis.
“Saya pun tidak tahu polis pakai Seksyen 27 Akta Polis bila berurusan sedangkan seksyen ini sudah dibatalkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman.
“Saya fikir ini perkara yang menyulitkan kita sedangkan undang-undang itu dipinda untuk memudahkan urusan,” katanya.
Sebelum ini, kejadian sama turut dihadapi oleh calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang tidak dibenarkan berucap ketika menganjurkan program kempen Santai Anak Muda bersama penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus di Desa Pandan di sini malam kelmarin

1 comment:

  1. spr dan polis x boleh harap lg.ini nyawa umno.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa