Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 26, 2013

Jagalah Standard Sikit, Tak Usahlah Bercakap Macam Badot!

Abe Din Oii.....dalam pilihanraya mana ada perkara yang mustahil!

Tidak mustahil bagi tawan semula Bukit Bintang pada PRU13, kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 26 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak mustahil bagi Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Bukit Bintang daripada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.
Beliau berkata parti gabungan itu mampu membawa lebih banyak perubahan di kawasan tumpuan pelancong itu berbanding parti pembangkang yang hanya pandai berjanji kosong dan tidak melakukan sebarang perubahan besar selama ini.
“Saya tak sangka hari ini disambut kira-kira 500 hingga 600 penyokong BN, ini adalah kejutan yang menyenangkan yang menunjukkan bukan mustahil BN rampas kerusi Bukit Bintang,” katanya ketika berucap di Perumahan Awam Hang Tuah di sini, malam tadi.
“BN bertanding bukan untuk menang sahaja, kita nak bawa perubahan, kemajuan dan kejayaan yang lebih besar untuk Malaysia dan kita tak mahu kawasan Bukit Bintang ini tertinggal di belakang.”
Turut hadir calon BN bagi Parlimen Bukit Bintang Frankie Gan Joon Zin.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, turut meminta pengundi di Bukit Bintang tidak terpedaya dengan janji palsu pakatan pembangkang terutamanya dalam manifesto mereka.
“Pembangang janji macam-macam, kalau menang pilihan raya mereka nak turun harga minyak, hapus tol dan bagi macam-macam percuma. Mana ada kerajaan di dunia ini yang bagi semua percuma.
“Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata begitu hanya sebab dia nak sangat jadi perdana menteri,” katanya. Gan akan mencabar penyandang kerusi Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dari DAP.
Kawasan kubu kuat DAP itu mempunyai 55,721 pengundi. — sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa