Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 29, 2013

Penyakit Gila Babi Yang Menyerang PR Masih Belum Pulih?

Mana-mana Pemimpin parti komponan PR tu
Yang kepalanya kurang betul, betul-betulkanlah
Jangan nanti disumpah rakyat yang mengharap
PAS: Pakatan harus berhenti berperang sesama sendiri
OLEH MD IZWAN

KUALA LUMPUR, 29 April — PAS hari ini menggesa rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berhenti menyerang sesama sendiri, ini ekoran dua kenyataan pemimpin DAP supaya supaya pengundi tidak memangkah PAS pada pilihan raya 5 Mei depan.
Media melaporkan hujung minggu lalu Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez dan ahli jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan secara terbuka menyuruh pengundi supaya tidak mengundi PAS kerana agenda negara Islam.
“Hentikan daripada menyerang sesama sendiri .
“Kita telah pilih pertarungan yang kita akan lawan, janganlah serang antara satu sama lain,” kata Ahli Jawatakuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut di sini.
Kenyataan Dzulkefly itu dilihat sebagai percubaan untuk meredakan ketegangan diantara pemimpin PR yang seringkali menggunakan media sebagai medan untuk berperang sesama sendiri.
Dzulkefly berkata kenyataan oleh dua pemimpin DAP tersebut bukan mencerminkan pendirian sebenar parti itu kerana kedua-dua pemimpin itu tidak berada dalam jawatankuasa tertinggi pusat (CEC).
“Selagi DAP pusat tidak buat kenyataan, iaitu CEC, saya tidak akan buat kenyataan.
“Saya tidak akan membuat kenyataan terhadap komen individu-individu tertentu,” katanya lagi.

1 comment:

  1. Dap Tikam Pas... Pas Tikam Pkr di Pahang... Hj hadi sokong calon Bebas dari Dap di Pahang lawan Pkr...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa