Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 25, 2013

Apeker Benda Ni Pulak Sang Keldai Weh......!

Masalah betul bila diamanahkan urusan penting kepada lembu tuli yang dicucuk hidung
Apa tidaknya....rumput dihantar ke kandang!
Anwar tuntut penjelasan SPR peti undi ‘meragukan’ dipindah ke Kajang
Anwar menunjukkan gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister 
dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti. – Gambar Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 25 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi penjelasan berhubung kenderaan badan pengendali pilihan raya berkenaan dilihat memindahkan peti undi meragukan ke Taman Perindustrian Sungai Chua di Kajang daripada ibu pejabatnya di Putrajaya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Ketua Pembangkang itu menunjukkan kepada pemberita gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti mereka memindahkannya menggunakan Pajero di Jalan SC 2.
“Saya mahu penjelasan SPR. Apa permainan mereka?” soalnya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa