Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 22, 2013

Tak Pakai Spender, Bila 'Kote' Tersepit Zip Yang Salah!

Malu juga aku orang Kelantan
Bila ada pemimpin dari Kelantan yang dianggap cerdik menjadi baghal

Sudah lebih 50 tahun berkuasa
Tak hiraukan rintihan rakyat dengan segalanya mahal dan kehidupan harian menjadi tertekan akibat salah urus
Bila dah dihujung nyawa baru sedar akan kesilapan dan minta ehsan rakyat
Kononnya minta sama-sama memperbaiki
Semasa buat rosak
Rakyat bertempik dan meraung tadak sape nak dengar
Siapa yang tak kenang budi sebenarnya?

PRU13: 'Kuasa Ketiga' boleh jejas parti besar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
22 Februari 2013
SHAH ALAM - Hasrat parti-parti baru dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) - sebagai 'kuasa ketiga' - bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh menjejaskan peluang parti-parti besar mendapat mandat selesa.

Dalam konteks ini, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Awang Adek Hussin, kredit harus diberikan kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional yang sudah pun membuktikan kemampuan mengurus tadbir negara ini dengan baik. 
"Kalau masing-masing hendak bertanding dan menjejaskan kedudukan Barisan Nasional, mungkin ini merugikan semua pihak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau ditanya tentang kesan kepada penyertaan beberapa parti politik baru dan NGO dalam PRU13 nanti.

Meskipun Barisan Nasional katanya menerima secara terbuka penyertaan parti-parti lain untuk bertanding dalam PRU13, beliau mengharapkan NGO-NGO ini yang perjuangannya mirip dengan Barisan Nasional memberi sokongan sepenuhnya kepada parti itu.

"Lebih baik mencapai matlamat melalui sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional dan sama-sama kita usahakan nanti. Mana yang kita boleh perbaiki, kita perbaiki.

"Kalau NGO itu, ia memang menentang kerajaan, kita tidak boleh buat apalah," katanya.

Ditanya sejauh mana parti-parti berteraskan NGO ini boleh membentuk kuasa ketiga di Parlimen, Awang berkata, "itu kena nilai."

"Kalau saya kata tak ada sokongan, orang kata ada sokongan. Itu terserah kepada penilaian," katanya lagi.

Barisan Nasional katanya, sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanding dalam pilihan raya, namun dalam konteks objektif penubuhan NGO itu sendiri.

"Tetapi jika dilihat kerajaan sudah banyak membantu, sudah banyak menolong matlamat mereka, perjuangan mereka, maka mereka seharusnya menyokong kerajaan," kata Awang yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron menjelaskan, dakwaan bahawa NGO yang bertanding ditaja oleh pihak-pihak tertentu untuk bertanding di kawasan yang kemenangannya 50-50 kepada BN atau PR sebagai strategi pihak tertentu mendapatkan lebihan kerusi, ia tidak semestinya tepat.

"Kita tidak boleh mengambil suatu tanggapan itu sebagai perkara yang betul-betul akan berlaku.

"... kerana apabila seseorang bertanding, dia ada jentera dan penyokongnya. Sudah pasti kalau ia hendak memihak, dia terpaksa mendapt restu daripada jentera dan penyokongnya," ujar beliau.

Bahkan katanya, masih "terlalu awal" untuk memberi gambaran kesan kewujudan parti-parti ini jika ia menang dalam pilihan raya umum kelak.

Jelasnya, terdapat dua kebarangkalian apabila NGO ini mengumumkan akan turut bertanding dalam PRU13.

"Jika kuasa ketiga ini memenangi banyak kerusi di Parlimen, maka mereka akan menjadi penentu kepada kerajaan. Sama ada menyokong atau membangkang kerajaan," katanya.

Sementara yang kedua, ia tidak akan memihak kepada mana-mana seperti selepas PRU2008, sebaliknya memperjuangkan kebaikan dan menentang sesuatu yang dirasakan tidak membawa kesan baik.

"Setakat hari ini, budaya kuasa ketiga ini merupakan satu perkara yang agak baru kepada kita apabila pada PRU lalu kerusi bebas lebih daripada tiga kerusi.

"Sejauh mana ia boleh menentukan kekuatan kerajaan atau pembangkang, ia masih lagi di peringkat terlalu awal untuk kita memberikan ukuran," ujar Idris.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berpandangan, tidak mungkin akan wujud 'kuasa ketiga' dalam politik Malaysia selepas PRU13 sementara sokongan rakyat masih menebal terhadap Umno-Barisan Nasional.

"Kalau rakyat yang berfikiran waras, mereka akan kekalkan pemerintah Barisan Nasional ini. Inilah parti yang dipertanggungjawabkan dan sudah pun memimpin negara sejak 55 tahun yang lalu," ujar beliau.

Namun menurut Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Umno, penyertaan parti-parti baru dan NGO ini dalam PRU13, bukan hanya memberi kesan kepada BN malah sudah tentu kepada pembangkang juga.

"Ia bukan sahaja menjejaskan tetapi ia sedikit sebanyak robek sana, robek sini. Tetapi menjejaskan itu, mungkin kepada pembangkang juga. Bukan kepada BN semata-mata.  

"Kalau kita bertanding dua penjuru, lain kiraannya, tiga penjuru juga lain kiraannya. Tetapi sokongan padu tetap terhadap Barisan Nasional," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa