Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 23, 2013

Kalau Dah Bekas Naib Presiden Kata Gitu, Nak Sangkal Apa Lagi?

Kenyataan yang padat dan senang difahami oleh mereka yang tahu Bahasa Melayu

Mat Taib: Umno sudah kehilangan keupayaan, Pakatan lebih baik
OLEH MD IZWAN DAN ZURAIRI AR
APRIL 23, 2013

Muhammad Muhammad Taib (tengah) tunjuk perpaduan dengan parti barunya: “PAS kini bukan parti ‘kampung’.” — Gambar oleh Choo Choy May

SHAH ALAM, 23 April — Beberapa jam selepas menyertai PAS secara rasmi semalam, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai kempen dan mengatakan, beliau melompat parti kerana Umno sudah hilang keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Dalam ceramah pertama Muhammad sebaik sahaja menyertai PAS, hampir separuh daripada hadirin di padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipenuhi dengan warga Selangor yang hadir untuk mendengar kata-kata bekas menteri besar mereka yang juga bekas naib presiden Umno itu.
“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad dihadapan ribuan orang yang berkumpul walaupun padang berlecak. “Mereka dah jadi kurang upaya.”
Menurut Muhammad lagi, PAS kini bukan lagi dilihat sebagai sebuah parti “kampung” dan dianggotai “pak lebai” tetapi memiliki pemimpin yang mempunyai ketokohan untuk mampu menunaikan impiannya melihat Shah Alam sebagai sebuah pusat budaya Melayu Islam yang terkenal.
“Bandar ini hidup tapi tak ada isinya, rohnya.
“Cita-cita nak menjadikan Shah Alam pusat budaya Melayu Islam tidak tercapai... namun, saya suka melihat PAS ada perancangan dengan meletakkan tokoh-tokoh tertentu di Shah Alam ini,” tambah Muhammad merujuk kepada penyandang kerusi Parlimen Khalid Abdul Samad.
Turut bersama dalam ceramah adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang beberapa kali mengusik Muhammad dengan lawak-lawak sinisnya.
“Kalau dahulu Tan Sri Muhammad melawan kita dalam pilihan raya, tetapi kini anak buahnya Datuk Najib pula akan melawan abang seniornya di Selangor,” kata Mohammad merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
Beberapa tokoh korporat dan pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara, termasuk pegawai-pegawai berpangkat tinggi seperti bekas ketua setiausaha, bekas duta serta mereka yang terdiri daripada pegawai polis dan tentera, telah menyertai PAS selepas berakhir perkhidmatan mereka.
Antaranya ialah bekas orang nombor tiga dalam polis, Datuk Fauzi Shaari, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Koperasi dan Pembangunan Tanah Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan Datuk Ramli Buyong, timbalan naib presiden Felcra Berhad.
Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) dibawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008.
PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan ketara keatas negeri terkaya tersebut selepas memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.
Tempoh berkempen secara rasmi bagi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa