Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 25, 2013

Hiii.....Meluat Sungguh Dengan Gelagat Yang Tak Hiraukan Perasaan Pengundi Nih!

Bersahutan-sahutan macam ungka di hutan!

Bermula dengan Hadi, PSM menyahut
Nik Aziz,  Karpal menyahut
Hadi pastu Harun Din
Hari ini Nik Aziz pula
Ape ke bende nih?

Kalau dah diri rasa waras, jangan buat bengong!

Rakyat sedang perhati nih
Kalau yang faham, ok
Tapi adakah semua Melayu faham?
Adakah semua Pengundi bukan Islam faham?
Takkan mereka-mereka ni tak tahu kot

Yang mengaku Islam pun tak faham inikan pula yang bukan Islam
Dahlah diugut diadu domba pula oleh musuh politik yang juga mengaku Islam
Tolonglah cerdik sikit maa...!
Tolonglah berhikmah sikit maa...!
Jangan kasi rakyat hilang hormat kepada pemimpin politik Islam
Atau memang nak halau supaya bukan Islam yang baru nak mendekati wadah politik yang berteraskan Islam menjauhkan diri dan menarik balik sokongan? 

Ini bukan saja berikan senapang dan peluru kat musuh
Dah siap berikan meriam lagi
Lepas ni tolong siapkan mesen gun berat untuk mereka
Biar kita hancur terbarai!

Pas tetap laksana hudud
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 April 2013



KOTA BHARU- Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.

“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.

Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.

15 comments:

  1. Bhai MountDweller..

    Gua rasa aaa.. baik tak payah kempen.. pasang bendera ker.. dan berbagai lagi... buat abiskan modal dan tenaga jer...

    baik isytiharkan kemenangan PRU13 nih kepada BN jer....

    ReplyDelete
  2. Salam Moundweller

    Yong sokong hudud.

    Hudud itu duduk dalam negara Berkebajikan.

    Dah betulle tu...

    ReplyDelete
  3. Yang nak memberikan kemenangan adalah Allah... bukan manusia.

    Inilah ujian Allah... jika ulama-ulama tersebut berdiam diri... mungkin Allah mengurangkan kemenangan Pakatan Rakyat kepada separuh sahaja kerana tiada lagi hambanya yang berani mempertahankan hak hukumNya di muka bumi Malaysia. Mungkin bila ulama-ulama ini menjawab maka Allah gandakan lagi kemenangan dan menangkis segala pengkhianatan dan penipuan yang cuba dilakukan musuh. Dan ingatlah doa Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan Perang Badar, dalam doanya baginda berkata: “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) Engkau tak akan disembah lagi di muka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.

    Sebenarnya rencah utama kemenangan terkandung di dalam doa Rasulullah SAW itu.

    Ingatlah, terapkan di dalam minda anda, Karpal Singh adalah bukan Islam (kafir)... sudah pasti jawapannya adalah konsisten iaitu 'tidak mahu'. Namun persoalannya ialah manusiakah yang memberi kemenangan atau Allah yang dapat membolak-balikkan hati-hati manusia.

    ReplyDelete
  4. Ni le org kita tak faham..pemi pin bukan semesti tahap tinggi agamanya tp mesti kuat bijaksana dan amanah...tgk zmn nabi..zaman sahabat..dia lantik sapa jaga tentera..jaga negeri dan negara...org yg tak terkenal mana..berbanding byk sahabat besar..saya cdg kan. Pas ni nanti..di ketuai oleh protaz( profesional ustaz)cam dr zul..contoh.

    ReplyDelete
  5. Sdr. C++

    Memang statements mereka ni membuatkan kita rimas dan mungkin menjadikan bukan Islam serba salah.

    ReplyDelete
  6. Ckp bab hudud.fine..biarlah dlm akademik bkn dlm kempen politik ygcacamerba..kltan 22 tahun..duk cng hudud..2% dari apa yg terkandung dlm enakmen tu pun tak mampu buat..tu hal logistik jr..takkan la kerajaan..pusat boleh hlg..kltn nak upgrade sistem kehakiman(mahkmah syariah)yg duk ada tu..pentadbiran sy kltn antara paling truk..la ni..ckp lebung belaka..kalau lah bukan sentimen abcd..jgn harap nak undi pr

    ReplyDelete
  7. Pade pendapat Wak ucapan Tn Guru tu dah jelas menyate kan bahawe Hudud tu hanye bagi orang2 Islam Sahaje, makne nye yang bukan Islam tu di kecewalikan......... itu le maksud Tn Guru tu kalu Wak tak silap.

    ReplyDelete
  8. W'Salam Yong

    Saya tidak pernah tidak bersetuju dengan Hudud dan akan menyokog berterusan kerana itu adalah hak Allah ke atas kita.

    Yang saya tak senang ialah masa dan ketika yang tidak sesuai untuk dibangkitkan berterusan kerana kita di ambang PRU dan kesempatan ini akan diambil oleh parti musuh untuk mengugut pengundi bukan Islam dan menyerang balas terhadap kita.

    Itulah sebabnya saya katakan supaya berhikmah sikit.

    Dalam perang kan kita ada stratergi dan tektik (termasuklah helah dan tipu daya) menyerang dan bertahan untuk mengalahkan musuh. Kenapa kita terlalu lurus@'naive' sangat!

    ReplyDelete
  9. Yong

    Apa yang Yong katakan memang betul tapi Majlis Presiden kan ada?

    Lagi mereka dah tahu untuk implement hudud terpaksa pinda Perlembagaan dengan kelulusan Parlimen dan dipersetuji oleh Raja-Raja dan Agong. Dan untuk kelulusan Parlimen pun dirasakan susah. Jadi apa yang mereka cakapkan hanyalah untuk melepaskan diri dari dipertanggung jawabkan Allah sahaja kerana mereka tahu untuk melaksanakannya seakan mustahil. Jadi kenapa tidak reserve dulu, Allah kan Maha Tahu?

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Gua sedih giler dengan pernngai pemimpin yg pantang disua mic ni..

    sebagai pengundi atas pagar gua yakin benda ni akan effect banyak kat pengundi2 seperti gua.

    kompem diorg ni selesa untuk jadi pembangkang selamanya sprt kata C++..

    ReplyDelete
  11. A'kum Wak Labu

    Kita tahu dan kita faham dan Karpal juga faham. Sebenarnya orang bukan Islam menentang kerana keliru. Dikelirukan oleh puak-puak yang berkepentingan politik melebihi hak Allah ke atas kita. Itulah menjadi masalah sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. Habisssss...punah..xkan menang punya kalau mcm ni..setiap kali election isu yg sama..

    ReplyDelete
  13. kita doa kn semoga tumpuan rakyat tidak terjejas, matlamat utama utk buat perubahan tercapai. Mungkin isu ini akn dimainkan oleh puak sana selain kes bom. Pihak pr perlu bersedia hadapi isu ini. Jgn isu tengkolok yg dipakai oleh tengku razaleigh dl berulang! Dia org ada segala kemudahan utk spin isu. Ingat, waspada!

    ReplyDelete
  14. tambah sorang lagi geng UG... abislah tok guru dah masuk geng UG... ejekekek

    1. apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -
    2. dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -
    3. maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
    Al-Nasr ayat 1-3

    ReplyDelete
  15. Kesemuanya merasakan mereka layak menjadi pemimpin. Kesemua mereka merasakan mereka betul. Kita yg kat bawah ni je rasa diri x layak jadi pemimpin. Nak paham, paham la, x paham lantak ler...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa