Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 28, 2013

Apa Yang BN Buat Selama Ni, Betulkah Cakap Mahathir Ni?

Segala 'Bailout' anak dan kroni tu duit dari mana ek?
Mahathir: Royalti minyak untuk rakyat, bukan tujuan untuk politik
28 April 2013
PASIR MAS - Kerajaan Pas perlu memastikan tuntutan royalti minyak digunakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan, bukannya untuk kepentingan politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata kerajaan pusat perlu berhati-hati dalam memenuhi tuntutan royalti minyak kerana ia melibatkan wang rakyat yang harus digunakan dengan cara yang betul.

"Dia (Pas) kena tentukan tentang kegunaan duit minyak ini. Yang kita tahu, mereka nak guna untuk parti dan bukan untuk kerajaan. Kita berhati-hati sebab ini adalah duit rakyat.

"Seperti mana Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)) kata dia bertanggungjawab terhadap rakyat, kita (BN) pun bertanggungjawab terhadap rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama rakyat di perkarangan rumah Che Johan Che Pa, di sini, hari ini.

Che Johan tidak menyerahkan borangnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada hari penamaan calon, 20 April lepas.

Berikutan tindakan itu, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, menyaksikan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi itu atas tiket Bebas.

Beliau akan dicabar oleh anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh, yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas.

Dalam pada itu, Dr Mahathir mendakwa pembangkang menerima dana dari luar untuk membantu mereka dalam kempen PRU13 dan meminta pihak tertentu melakukan siasatan.

Beliau turut meminta umat Islam menolak ideologi `Pas itu Islam dan Islam itu Pas' seperti yang dikatakan Nik Aziz.

"Saya nak tanya kitab mana dia (Nik Aziz) baca sebab dalam Al-Quran tidak ada (mengenainya)," kata Dr Mahathir.- SH

1 comment:

  1. aku rasa madey ni jiwa dh x tenteram cakap ikut sedap mulut kalau dh mmg pembohong sampai nk mati pn nk bohong

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa