Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 30, 2013

Bernama Buat Lawak Atau Muhyiddin Yang Badot?

Kalau benar PR buat statements bodoh yang mengatakan BN tumbang sebelum Pilihanraya, dan Muhyiddin pula menyambutnya dengan serius serta berdalilkan macam-macam, siapa yang menjadi badot sebenarnya?
Tumbang atau berdiri tegak, kalah atau menang di dalam Pilihanraya adalah dengan undi di Peti Undi, bukan dengan kata-kata
Dan perlu diingat undi adalah hak Rakyat!
Patutkah seorang TPM menyambut dengan serius tempelak secara lelucon dari pihak PR dengan bersungguh-sungguh sambil mendakwa itu dan ini

Oiii.....orang-orang politik, tunggulah sehingga selesai rakyat mengundi dan keputusan yang diputuskan rakyat itu adalah kekalahan atau kemenangan mutlak!
Nak main psycho pun biarlah cerdik sikit.......

Mana ada sesiapa tumbang sebelum rakyat mengundi?

Muhyiddin tempelak dakwaan pembangkang BN tumbang sebelum pilihan raya
APRIL 30, 2013
PAGOH, 29 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menempelak pakatan pembangkang yang mendakwa Barisan Nasional (BN) telah tumbang sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.
Beliau berkata dakwaan tersebut tidak benar sama sekali memandangkan beliau telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dalam lawatannya ke negeri-negeri di seluruh negara semasa tempoh berkempen sejak Ahad lepas.
“Saya sudah ke Sarawak, Melaka, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perak.
“Di Melaka tiada masalah kecuali Kota Laksamana, di Negeri Sembilan Menteri Besar yakin BN boleh menang lebih besar daripada 2008, Wilayah Persekutuan akan menang sekurang-kurangnya tiga atau empat kerusi tambahan, di Kedah sambutan luar biasa sehingga ada yang peluk cium saya.
“Kalau betul caranya Kedah boleh jadi negeri BN semula,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Gersik di sini.
Muhyiddin, yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, berkata walaupun mungkin sukar untuk memenangi semula Pulau Pinang namun beliau yakin BN akan mendapat pertambahan kerusi.
Katanya di Kelantan pula sudah jelas rakyat sudah tidak mahukan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang gagal menyelesaikan pelbagai isu dan memajukan negeri itu.
“Jadi kalau betul pembangkang dah menang, tunjukkan pada saya negeri mana yang mereka boleh menang besar,” tegasnya sambil disambut tepukan gemuruh rakyat yang hadir.
Menyentuh mengenai Johor, beliau mempersoalkan kemampuan pembangkang mengambil alih negeri itu yang merupakan kubu kuat BN.
Katanya percubaan penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu bertanding di Gelang Patah turut tidak disenangi rakyat Singapura yang bimbang pembangunan di Wilayah Iskandar akan terbantut.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin BN mampu memenangi pilihan raya umum kali ini sekali gus membentuk kerajaan semula dan menyambung segala perancangan yang telah dibuat sebelum ini.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis jamuan makan bersama penduduk Felda Sri Jaya di sini, Muhyiddin berkata negara memerlukan pemimpin berwawasan,
mempunyai idea dan berani untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju berpendapatan tinggi bagi tempoh tujuh tahun akan datang.
“Sebab itu dalam soal menjaga kebajikan, kita tak boleh berikan kepada orang yang tidak berpengalaman,” katanya.
Beliau sebelum itu turut mengimamkan solat Isyak di Masjid Ubudiah Felda berkenaan.— Bernama

4 comments:

  1. jgn takbur..Allah SWT marah..kita tgu malam 5 Mei 2013..x berapa hari saja lg...cakap nk bg sedap hati saja tu...rakyat sedar semua tu..Ini Kali Lah..

    ReplyDelete
  2. Serigala berkata2 untuk menjaga kebajikan ayam2 kat reban. Nampak sangat ketakutan kawan kita ni, hingga orang kata BN akan tumbang sebelum pilihanraya pun dia menangis.Macam budak nakal, bila sebut nanti adu kan ayah dia terus menangis.Tapi memang betul pun, belum selesai keputusan undi pru13 nanti, ramai pemimpin2 umno akan tumbang; samada kena strok atau pengsan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Kita bagi peluang lah Muhiddin ni bercakap, bukan kena duit pun.
    Macamlah rakyat tak tahu bila dia kata sambutan rakyat pada lawatannya memberangsangkan....
    Kalau rakyat datang dengan cara PAKSARELA, itu menandakan UMNO/BN akan tersungkur pada PRU13.

    ReplyDelete
  4. Dulu kata kalau PR menang DAP akan bersatu dgn PAP singa pura. Sekarang kata rakyat singapura bimbang DAP menang sebab mereka tak dpt beli tanah dan johor akan mundur.

    Cakap banyak hingga berbelit lidah. Yidin ingat semua rakyat bodoh? Hanya penyokong umno yg kau boleh bodohkan bukan rakyat lain.

    Siapa yg jual tanah dan pasir kpd singapura? PAS, DAP atau PKR?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa