Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 22, 2014

Bila Sicelaka Membuat Laporan Gila!

Keluarga dan rakan juruterbang MH370, marah laporan tidak bertanggungjawab
Published: 22 June 2014 | Updated: 22 June 2014 6:46 PM
Sebuah akhbar luar negara melaporkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah kini menjadi suspek yang bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2014.

Keluarga dan rakan-rakan juruterbangan pesawat Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah marah dengan laporan terkini Sunday Times yang menamakan beliau sebagai suspek utama dalam kehilangan pesawat itu.
Mereka juga menafikan tuduhan yang dilontarkan kepada Zaharie dalam laporan itu, menyifatkannya sebagai laporan tidak bertanggungjawab kerana ia tidak menamakan sebarang sumber.
"Ia hanya menyebut polis cawangan khas. Beri kami nama. Siapa yang mengatakan semua ini? Polis Malaysia juga perlu memberi kenyataan mengenai perkara ini," kata Dr Mohd Ghouse Mohd Noor, kenalan kepada keluarga Zaharie
"Kami tidak mempertahankan Kapten Zaharie membuta tuli tetapi setiap kenyataan perlu disokong dengan bukti yang kuat dan jika tidak, ia akan berakhir sebagai hanya satu lagi spekulasi," katanya.
Mohd Ghouse berkata keluarga kapten amat kecewa selepas membaca laporan berita awal hari ini. – 22 Jun, 2014.
Ini pula Hishamuddin jawab
Hishammuddin sangkal laporan Kapten Zaharie suspek utama kehilangan MH370
Published: 22 June 2014 | Updated: 23 June 2014 2:34 AM
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2014.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Hishammuddin berkata perbuatan akhbar terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan meningkatkan jualan akhbar.
"Kalau hendak layan akhbar di UK (United Kingdom), hari-hari mereka ada cerita baharu. Jika ada asas, pihak tertentu di UK kena beri kita bukti dan petunjuk. Kita akan siasat mengenainya dan tidak perlu heboh di akhbar," katanya kepada pemberita selepas majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai, di Kluang hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Malaysia sentiasa konsisten dari awal mengenai apa jua petunjuk kejadian itu dan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu.
Beliau berkata kesahihan sebarang perkembangan kejadian terbabit amat penting kerana kerajaan tidak mahu keluarga juruterbang mahupun anak kapal dan keluarga keseluruhan penumpang menerima pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan mereka.
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga sudah menegaskan bahawa kita menggunakan segala pertimbangan bila kita siasat juruterbang, anak kapal dan penumpang. Jadi kita jangan layan konspirasi teori kerana kalau ada perkara yang disembunyikan sudah tentu ada pihak lain yang akan membantah," kata Hishammuddin.
Akhbar Sunday Times, UK melaporkan polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Akhbar itu melaporkan Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat tersebut dibersihkan.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menyifatkan desas-desus yang mengaitkan namanya untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan perdana menteri sebagai perbuatan nakal dan tidak bertanggungjawab.
Naib presiden Umno itu berkata tindakan seumpama itu sengaja melaga-lagakan pemimpin dan bertujuan melemahkan parti.
"Kita tidak boleh ikut rentak ini kerana kita perlu rapatkan barisan dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri," katanya.
Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan perdana menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan. – Bernama, 22 Jun, 2014.

1 comment:

  1. kelompok negara israel amarika britis memang terkenal dengan sikap yang suka negara lain tunduk kepada kehendak mereka.kebanyakan negara memang tunduk pun pada 3 dajal ni
    kalau yang dituduh ni buat mana dia nak lari tak masuk akal langsung tuduhan yang direka tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa