Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 19, 2014

Tindakan Menghina Bangsa Melayu?

Nor Saleha, 48, yang juga ketua wanita ISMA menyifatkan dakwaan terhadap suaminya sebagai satu tindakan menghina bangsa Melayu kerana suaminya hanya memperjuangkan maruah bangsa Melayu.
Benarkah begitu?

'Suami saya simbol perjuangan bangsa Melayu'
mk - 11:00AM - 19 Jun 2014
"Suami saya simbol perjuangan bangsa Melayu," kata Nor Saleha Mohd Salleh - isteri Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Nor Saleha (tengah) berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menunggu suaminya diikat jamin, selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang tuduhan menghasut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net.

Nor Saleha, 48, yang juga ketua wanita ISMA menyifatkan dakwaan terhadap suaminya sebagai satu tindakan menghina bangsa Melayu kerana suaminya hanya memperjuangkan maruah bangsa Melayu.

Sebelum itu, ahli ISMA berkumpul di luar kawasan Kompleks Mahkamah Kajang sejak jam 8 pagi, menunggu kedatangan Abdullah.

Abdullah tiba mahkamah bersama isterinya dan bertegur sapa dengan ahli ISMA yang menunggunya, sebelum menuju ke Mahkamah Sesyen yang terletak di tingkat 9 bangunan kompleks mahkamah itu.

Ketika ditemui Malaysiakini, Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mat Dali pula berpendapat segala keputusan diserahkan kepada pihak mahkamah dan peguam untuk menyelesaikan perkara itu.

Lebih ramai

Beliau menegaskan ISMA hanya memperjuangkan masa depan bangsa Melayu dan tidak menggugat bangsa lain hidup dengan aman berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita bukan hasut. Kita cakap berdasarkan fakta, merujuk asal usul kita," katanya.

Sementara itu, seorang penyokong ISMA yang enggan namanya disebut memaklumkan mereka hadir hanya untuk mendengar perbicaraan pemimpin mereka.

"Ya, hari ini kita hadir tak ramai. Insya-Allah hari sebutan semula (pada) 18 Julai nanti, lebih ramai solidariti yang akan hadir menyokong presiden," katanya.

Sehubungan itu, tidak kelihatan sebarang poster ataupun sepanduk dibawa serta jumlah kehadiran mereka juga tidak ramai.

Selesai diikat jamin kompleks mahkamah kira-kira jam 10:30 pagi, Abdullah Zaik ditemui wakil beberapa NGO lain antaranya Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Pertubuhan Professional Muslim dan Ukhuwah Ummah (ProMuslim).

Kunjungan NGO Islam itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin tertinggi ISMA dalam perbicaraan hari ini.

1 comment:

  1. Kenapa sekarang baru ada pertubuhan yang hendak membela Melayu ? Apakah setelah lebih setengah abad UMNO yang partinya hanya untuk melayu dan peribumi telah gagal untuk membela orang melayu dan pribumi,lupakah kita siapa yang menjahanamkan bangsa melayu adakah cina dan india yang dikatakan pendatang itu yang menlenyapkan hak-hak keistimewaan melayu,kami rasa jika dulu bahasa melayu dijadikan bahasa yang mesti untuk rakyat Malaysia kami rasa semua rakyat malaysia boleh boleh memahami apa isi hati bangsa masing-masing , tapi apa yang jadi,orang melayu macam ahli ISMA ini yang melingkupwkan bangsa dan negara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa