Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 18, 2014

Sikatak Tua Dengan Kerja Batu Apinya Yang Belum Selesai!

Sepatutnya dia dulu yang ditangkap kerana mengapikan perkauman dan agama

Ahli Parlimen PAS derhaka kepada Sultan Selangor, kata Perkasa 
Published: 18 June 2014 | Updated: 18 June 2014 9:57 PM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari mendakwa ahli Parlimen PAS menderhaka kepada Sultan Selangor kerana mahu kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihadkan.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan ahli Parlimen PAS berkenaan mencemarkan kesucian agama Islam kerana mereka seharusnya melakukan perkara sebaliknya.
"Apabila lima ahli Parlimen PAS mahu kuasa Mais dihapuskan, ia jelas satu kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada raja.
Semalam, pemimpin PAS mahu kerajaan negeri Selangor menghapuskan kuasa eksekutif yang dimiliki Mais dalam menguatkuasakan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Desakan itu dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kecewa dengan tindakan Mais tidak mahu memulangkan Bible yang dirampas walaupun diarahkan.
“Kami ahli Parlimen PAS mengharapkan agar kerajaan Selangor kaji balik persoalan peranan dan kuasa yang ada pada Mais dan kembali kepada dasar kerajaan atau raja berperlembagaan,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen semalam.
Ibrahim berkata tiga lagi ahli parlimen PAS yang membuat dakwaan sama adalah Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat.
Katanya, PAS boleh memohon mengadap Sultan Selangor dan memberi pandangan mengenai isu semasa yang sedang melanda negeri itu.
“Kita semua tahu kuasa berkaitan hal ehwal Islam adalah kuasa raja di negeri masing-masing. Bagi negeri tiada raja, ia dibawah Yang di-Pertuan Agong.
“Dari segi adat dan budaya Melayu yang beragama Islam, jika ada perkara yang perlu diberi pandangan atas kehendak mereka yang berkenaan, sepatutnya mereka boleh mohon mengadap ke bawah duli Tuanku. Berbincang mengenai peranan majlis atau jabatan agama Islam negeri,” katanya.
Beliau berkata empat ahli Parlimen PAS tersebut perlu didakwa di bawah Akta Hasutan kerana jelas perkara itu dipolitikkan dan mencemar kesucian Islam.
Katanya, Perkasa tidak akan berdiam diri dan akan mempertahankan kuasa majlis agama negeri hingga ke titisan darah yang terakhir.
“Inilah sejarah yang amat memalukan PAS sebagai parti Islam. Sepatutnya, mereka pertahankan Mais dan Jais serta memperkasakan institusi penguatkuasa dalam mendaulatkan kemuliaan Islam.
Ibrahim menyeru umat Islam agar tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak untuk mencabar kuasa majlis atau jabatan agama di peringkat negeri.
Katanya, pimpinan PAS pusat perlu menyatakan pendirian sama ada bersekongkol dengan empat ahli Parlimen berkenaan atau menolak pandangan mereka.
“Saya menyeru umat Islam bangkit menentang habis-habisan usaha menggugat sebarang kuasa majlis atau jabatan agama Islam negeri bukan sahaja di Selangor.
“Kita tak tahu kenyataan empat ahli Parlimen ini mewakili kenyataan PAS secara keseluruhan. Adakah ia dipersetujui oleh jemaah pimpinan dan Majlis Syura PAS atau mereka sahaja.
“Kita akan tunggu sehingga mereka menjawab. Adakah mereka mahu mengubah enakmen tertentu yang mengehadkan kuasa Mais dan Jais?” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata Perkasa kini sedang mengkaji adakah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang diperkenalkan setara bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Katanya, ISA yang terkandung dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan seharusnya digantikan undang-undang setara sebagaimana bentuk penguatkuasannya.
“Sehingga sekarang kami masih kaji. Perkasa tubuh jawatankuasa kecil khas di kalangan Ahli Dewan Tertinggi bersama beberapa orang peguam mengkaji ISA selepas ia dimansuhkan.
“Kita ada Perkara 149 yang merupakan akta induk melindungi keamanan dan keselamatan negara. Di bawah akta ini ada enam perkara yang melahirkan ISA. Instrumen menjaga Akta 149 adalah ISA.
“Bila ISA mansuh, kerajaan ganti dengan Sosma, dua perkara terkeluar yang tidak terkandung dalam akta itu termasuk menghina agama dan memppersoalkan kedudukan raja. Jika Sosma tidak meliputi, adakah pemansuhan ISA sah atau tidak? Ini kerana ia mesti selari dengan Perkara 149,” katanya.
Ibrahim berkata kekecohan yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan tiada akta ISA yang boleh menahan seseorang tanpa bukti mencukupi.
Katanya, atas dasar itulah Singapura masih mengekalkan ISA kerana melihat keperluan di saat-saat negara memerlukannya.
“Jika Sosma berat sebelah, pemansuhan ISA tidak sah. Kami mengkaji itu dan peguam melihat dengan lebih terperinci. Banyak kekecohan sekarang berlaku kerana tiada ISA.
“Bila ada media baru dengan blog, mereka tulis semua sehingga kita tidak ketahui nama sebenar mereka. Bila tiada ISA mereka boleh menghina nabi dan Al-Quran tetapi kerajaan tak boleh buat apa-apa.
“Jika ditangkap  tiada bukti kukuh kerana mengatasi keraguan munasabah, mereka akan lepas tapi kita tahu mereka dalangnya,” katanya.
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, pengalaman dalam ISA akan menginsafkan seseorang itu untuk tidak mengulangi kesalahan sama.
“Jika ada ISA senang, tak payah kecoh terus tangkap masuk lokap dua minggu.
“Dua kali saya masuk ISA, duduk dalam lokap, saya tengok orang kena tangkap. Manusia banyak cakap besar di luar, kena dua hari melaung, melolong. Polis tak buat apa-apa. Pepijat besar gigit. Itu cara nak ajar,” katanya. – 18 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa