Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 20, 2014

Orang Politik Nak Kaya, Pegawai Kerajaan Pun Nak Kaya Juga!

Bekas penolong pegawai kementerian wanita didakwa peroleh rasuah RM600,000 
Published: 20 June 2014 | Updated: 21 June 2014 1:30 AM - MI

Seorang bekas penolong pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap enam pertuduhan memperoleh rasuah hampir RM600,000.
Hazmi Samsudin, 39, bertugas sebagai penolong pegawai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketika kejadian di kementerian itu, didakwa menerima sogokan antara RM98,455 hingga RM99,640.
Mengikut pertuduhan, bagi pertuduhan pertama dan keenam, Hazmi didakwa memperoleh rasuah 10% daripada setiap enam projek kerajaan melalui enam syarikat berlainan dengan perantaraan seorang individu bernama Zainal Arifin Lahuri.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Datuk Onn, antara Jun 2011 dan Oktober 2011.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim yang mewakili tertuduh merayu kepada mahkamah agar mengurangkan jumlah jaminan kepada RM30,000 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isterinya yang tidak bekerja dan ibu bapanya.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan kemudian menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula. Hazmi membayar jaminan itu. – Bernama, 20 Jun, 2014.

1 comment:

  1. Patut la bila balik kpg dok bawak kreta canggih2....mcm2 nk kaya...kan dh kena..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa