Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 17, 2014

Mohon berkata benar!

Adakah wang tebusan dibayar? Mohon berkata benar!
Alyaa Alhadjri01:30PM Jun 17 2014
SEKILAS PANDANG: Jadi adakah wang tebusan dibayar? Satu perkara yang kita ketahui ialah wang tebusan merupakan insentif bagi melakukan jenayah dan pasti terdapat tuntutan wang.
Jadi mengapa pula kerajaan Malaysia menafikan ia dibayar bagi membebaskan warga China Gao Hua Yan, 29, dan pekerja resort berbangsa Filipina Mercelita Dayawan, 40, daripada cengkaman kumpulan Abu Sayyaf?
Mungkinkah bagi menjaga air muka atau menutup kelemahan kerajaan Malaysia bagi memastikan keselamatan di rantau tersebut? Atau enggan dilihat bersubahat di dalam berunding dengan pengganas?
Dayawan merupakan kakitangan Singamata Adventures Reef & Resort di Semporna manakala Gao sedang bercuti di situ. Kumpulan militan tiba di resort itu pada 2 April – di dalam tiga siri serangan pada tahun ini.
Semalam, akhbar Sabah Daily Express melaporkan Dayawan berkata keluarga Gao membayar 300 juta pesos (RM2,208,510) kumpulan militan Abu Sayyaf. Ini lebih rendah berbanding tuntutan 500 juta pesos.
Dayawan dipetik memberitahu stesen radio Bombo di Filipina bahawa kumpulan tersebut kerap mengulangi perihal wang tebusan sekiranya mereka mahu dibebaskan.
Dayawan, ibu kepada dua anak, berkata dia memberitahu kumpulan yang menawannya bahawa keluarganya tidak mampu membayar wang tebusan tetapi mereka menahannya bagi menjaga Gao di pedalaman Indanan di Sulu, Selatan Filipina.
“Saya tiada pilihan kerana saya mampu berkomunikasi dengan mereka,” ujarnya sambil menambah dia bertutur bahasa Tagalog dengan kumpulan itu tetapi menggunakan Bahasa Inggeris dengan Gao.
Dayawan dan Gao dibebaskan pada 30Mei dan Daily Express melaporkan bahawa Dayawan kembali ke pangkuan keluarga di Midsayap, Utara Cotabato, Filipina pada 14 Jun (Sabtu).
Pengakuan Dayawan tentang tebusan yang besar ini bercanggah dengan kenyataan pertama yang dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 30Mei melalui Twitternya: “Tiada tebusan dibayar bagi pembebasan mereka. Kejayaan kerana kerjasama pihak keselamatan Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua.”
Menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut dilaporkan mengesahkan pendirian Najib, apabila disoal agensi berita Reuters.
“Perdana menteri telah menjelaskannya dan tiada tebusan. Tiada apa-apa yang baru,” kata Hishamuddin yang dipetik Malaysiakini.
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa kumpulan militan jarang melepasan tebusan tanpa sebarang bayaran wang, dan ini telah pernah berlaku sebelum ini semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.
Berikutan pembebasan Dayawan dan Gao, dua lagi kes tebusan berlaku di Wilayah Keselamatan Timur Sabah (Esszon) melibatkan kumpulan militan.
Kes kedua terjadi pada 6 Mei di mana lima lelaki bersenjata menculik pengurus ladang ternakan ikan di Pulau Baik Lahad Datu; sementara yang ketiga terjadi pagi semalam.
Agensi berita Bernama melaporkan dua lelaki bersenjata menculik Chan Sai Chun, 32, dan pekerjanya yang dikenali sebagai Mazlan dari ladang ternakan ikan di Kampung Air Sapang, Kunak Sabah pada jam 12.40 pagi.
Isterinya, Chin Paek Nyuen, 40, berkata dia mendengar suaminya memberitahu penculik agar tidak mengganggunya.
“Jangan ganggu isteri saya. Saya akan ikut awak,” kata Chin pada hari Isnin lalu. Mereka tinggal di rumah bersama-sama anak perempuan mereka berusia dua tahun.
“Saya dengar anjing menyalak dan selepas memeriksa, saya lihat dua lelaki bersenjata memegang suami saya.
“Saya terkejut dan berlari ke bilik tidur dan mereka cuba memecahkan pintu. Saya dengar suami saya berkata jangan ganggu saya. Kemudian, penculik beredar,” kata Chin.
Kerajaan perlu mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan lebih ramai rakyatnya menjadi mangsa penculikan. Keutaman perlu diberi bagi mengetatkan kawalan keselamatan di masa depan.
Samada wang tebusan dibayar dan berapa jumlahnya, ia sewajarnya bukan perkara utama.
Kumpulan militan tidak gentar dengan kata-kata ancaman jadi solusi jangka panjang lebih mustahak berbanding usaha menjaga air muka dan memberi kenyataan bercanggah.

1 comment:

  1. Sabah dh jadi lubuk duit untuk pengganas..masaalah kerajaan nafi ke tidak itu kerajaan punya pasal..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa