Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 18, 2014

Hishamuddin Bakal PM? Adakah Sejarah Ku Li Akan Berulang?

Muhyiddin bercuti, Hishamuddin Pemangku TPM?

 | June 18, 2014
Timbalan Presiden Umno itu bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno
downloadPETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka bercuti panjang mulai hari Jumaat ini.
Menurut seorang aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin dalam laman Facebooknya, Timbalan Presiden Umno itu bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dijangka dilantik sebagai Pemangku Timbalan Perdana Menteri.
“Jika Muhyiddin jadi TPM.. pejabat Umno dimana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti Umno bungkus,” dakwa Zaharin yang juga Setiausaha BN Bandar Tun Razak.
Katanya, bukan kerana Umno tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.
“Masalah peniaga Melayu di KLIA2 pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi,” dakwanya lagi.
FMT pada 22 November 2013 pernah menulis, “Sebenarnya Muhyiddin sudah tidak mahu lagi aktif dalam politik. Menurut sumber, selepas PRU ke 13, beliau telah menemui Najib untuk melepaskan jawatan dalam masa dua tahun lagi, tetapi Najib suruh beliau teruskan berkhidmat untuk negara”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa