Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 19, 2014

Titah Sultan Berkenaan Bible Yang Dirampas

Sultan titah JAIS rujuk pada pendakwa raya
mk - 2:50PM - 19 Jun 2014
Sultan Selangor menitahkan agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama naskhah Bible yang dirampas dari Persatuan Bible Malaysia akan dipulangkan atau dilupuskan.

Setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya menyebut, Sultan Selangor berhasrat agar keputusan berkenaan dilaksanakan mengikut proses undang-undang.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada JAIS perlu merujuk kepada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

"Prosedur undang-undang menetapkan pelupusan barang kes yang dirampas semasa serbuan dan siasatan boleh dirujuk oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi mendapatkan satu perintah sama ada perintah pelupusan atau perintah pemulangan," kenyataan itu dipetik.

Ia turut menyatakan bahawa titah berkenaan selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara – agar JAIS bertindak mengikut undang-undang.

"Oleh itu JAIS perlu segera merujuk perkara ini kepada pihak pendakwa raya untuk tujuan rujukan dibuat di mahkamah.

"Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga kedaulatan undang-undang dan sensitiviti kedua-dua belah pihak yang terlibat," kata Mohamad Munir lagi dalam kenyataannya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa