Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 18, 2014

MCA kekal cakap berdegar!

MCA kekal cakap berdegar, tindakan tiada
Ng Kee Seng06:30PM Jun 18 2014
SEKILAS PANDANG: MCA memang tiada harapan berubah.
Selepas ditolak secara pukal oleh komuniti Cina semasa pilihanraya ke-12 dan 1 3 seperti Umno, ia masih kekal berdegil.
Bagi MCA, politik hanya berjanji manis semata namun tindakan yang diambil langsung tiada.
Ambil contoh retorik “hebat” daripada timbalan pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA yang juga setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin yang berkata:
“Kita selalunya tidak mengendahkan kata-kata kesat golongan pelampau atau individu dengan fikiran serupa seperti kolumnis Sinar Harian Dr Ridhuan Tee Abdullah. Tetapi hari ini beliau melebih-lebih di dalam menyatakan penganut ajaran Kristian tidak perlu membina gereja besar kerana jumlah mereka hanya 10% daripada populasi, manakala penganut ajaran Buddha merangkumi 20% dan layak mendapat kuil lebih besar (The Malay Mail Online, 16 Jun 2014).
Dikenali dengan sikap rasis dan pemikiran tidak logik, Ridhuan mahu melaga-lagakan kaum Melayu dan Cina, tetapi rakyat Malaysia sudah tidak melayannya lagi. Jadi kini beliau cuba menyemai kebencian di antara penganut Kristian dan Buddha pula.
Sebetulnya, selagi rumah ibadah menuruti peraturan undang-undang kerajaan tempatan, tiada sebab baginya atau sesiapa sahaja menolak pembinaan rumah-rumah ibadat. Jika binaan dibuat di belakang rumahnya, beliau boleh membuat laporan rasmi kepada pihak kerajaan tempatan bagi dipertimbangkan, dan bukan mencetus persengketaan.
Ridhuan perlu sedar proses dan prosedur panjang yang perlu dilakukan sebelum rumah-rumah ibadat diberi kelulusan oleh PBT.
Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara Malaysia mendapat hak bagi mengamalkan ajarannya tanpa berdepan diskriminasi atau serangan. Saya suka mengingatkan Ridhuan hakikat ini. Juga, sebagai pensyarah di Universiti Pertahanan Kebangsaan, Ridhuan perlu sedar kenyataannya bersifat hasutan dan saya mendesaknya lebih berhati-hati sebelum menulis sesuatu perkara.”
Semua baik dan elok sahaja. Apa yang telah dicapai Ng dan MCA? Tak ada apa-apa.
Mengapa tidak komplen kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak atau Umno, dan minta tindakan dilakukan?
Mengapa tidak buat laporan polis terhadap Ridhuan? Ia lebih baik daripada hanya berkata-kata.
Cakap berdegar, tindakan tiada. Itulah MCA punya budaya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa