Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 19, 2014

Jenis Gila Talak!

Tidak timbul isu MCA bebankan Najib, kata Ketua Pemuda MCA
 | June 19, 2014
Perdana Menteri sendiri mengalu-alukan MCA untuk kembali menyertai kabinet.
Chong_Sin_Woon_300x200PETALING JAYA: Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menegaskan tidak perlu timbul isu MCA bebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Chong dakwaan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu tidak dipersetujui kerana Perdana Menteri ( PM ) sendiri mengalu-alukan MCA untuk kembali menyertai kabinet.
“Ramai yang tidak setuju sebelum ini dengan tindakan MCA menarik diri daripada menyertai kabinet.
“Keputusan keluar masuk parti MCA dalam kabinet  adalah atas dasar-dasar latar belakang politik,” katanya.
Berhubung dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kasim mengenai setiap menteri yang dilantik berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan negeri, beliau bersetuju secara teorinya.
“Namun sebuah kabinet juga perlu terdiri daripada pelbagai kaum. Kerajaan juga perlu mengagihkan jawatan-jawatan ini kepada semua parti termasuk Sabah dan Sarawak.
“Saya berpendapat sesiapa sahaja boleh memberi cadangan dan terpulang kepada PM untuk membuat keputusan,” ujarnya ketika dihubungi oleh wartwawan FMT.
Seterusnya, beliau meminta semua pemimpin-pemimpin supaya menghormati semangat setiakawan.
“Kita tunggu sahaja PM melalui kebijaksanaanya membuat keputusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa